Showing posts with label Tag n Awards. Show all posts
Showing posts with label Tag n Awards. Show all posts

Wednesday, April 22, 2009

Hepi Besday Sue & NekPP!!!

Busy betul saya seminggu 2 nih. Syukurlah saya masih punya kerja di saat beberapa rakan saya diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Secara peribadi saya tak merasa sebarang efek pun dlm kegawatan ni. Sama saja..ekonomi dunia gawat ke tak gawat ke, saya tetap mainten cun..erh bukan bukan..tetap menten cenggitu jugak. Tak kaya dan tidaklah meminta2. Cukuplah sekadar bersederhana dalam segalanya.

Akibat ke'busy'an saya ini, saya telah terlupa untuk membuat satu entry for birthday wish untuk my dear friend Suehaida. Sedangkan masa birthday saya, Sue siap cover 1 page blog dia lagi semata2 nak wish besday kat saya. Terima kasih yer Sue. Sangat terharu walau saya tahu Sue mmg setting 1 entry untuk 1 page. haha.

By the way, tak kesahla kan walau lewat seminggu pun..saya tetap nak wish dan nak masukkan gambar Sue kat sini. Better late than never. Huh huh. As usual gambar telah di curik dari friendster Suehaida walau saya mampu mencuri dari Facebooknya. Nak bagitau jugak tuh dah ada facebook sekarang nih. Haha.

Buat Sue, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang mungkin terakhir berstatus single and very not available tu. Saya doakan moga Sue tabah harungi segala liku2 hidup ini lebih2 lagi di saat bergelar tunangan orang ni. Banyak dugaannya dari sudut hubungan, nafsu dan pemahaman terhdp psgn. Semoga Sue lebih matang, success dlm pelajaran, dlm hidup dan yang penting semoga bahagia selalu k. Owh yer, saya juga doakan semoga Sue cepat2 ke jinjang pelamin. Saya dah tak sabar nak tempah baju baru dah ni. Haha.

Dan salam takziah atas kematian Pak Ngah Sue yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru2 ni. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Dan marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. AL-FATIHAH.

Dan setiap kali kita menyambut harijadi, itu bukan bermakna umur kita semakin bertambah, tetapi semakin berkurangan. Saya tak suka iklan yang "I love my age" tu..

Dan Selamat Hari Jadi jugak kepada semua blogger yang menyambutnya pada bulan April ni. And special birthday wish for NekPP. Hepi birthday to you. Smoga kalian bahagia dunia dan akhirathendaknya. Aminnn...

---------------------------------------------------------------------------

Dan ini adalah tag dari akak fantaghirolynn. Kak Lynn ni mesti suka tgk citer Fantaghiro dulu2 ni kan kan. Kat TV2 kan cite tu dulu. Dan tag nya adalah mengkehendaki kita mem"print screen" kan wallpaper yang sedang kita gunakan. Dan untuk first timenya saya belajar watt print screen nih. Wahhh terornya saya. Tahniah! Tahniah kepada saya yer. Haha. Mmg batak benda senang mcm tu pun tak reti buat. Btw mekasih yer kak lynn ajarin aku inih.

Dan ini adalah wallpaper yang saya sedang gunakan sekarang. Cantikkan rama2 nih. Tak leh taruk gambar sendiri kat desktop nih. Line tak clear sbb kedudukan meja di ofis adalah tempat di mana terdapat ramainya orang yang suka berlalu sambil mencantas lalang. Nanti klw taruk gambar ada je yang sudi nak bertanya..Ni gambar sape ni? Gambar kat mana? Bila pergi? Aduhaiii...

Tapi sbb masih lg merasakan diri berketurunan batak, saya wat lagi satu print screen nih. Haha gambar masa muda2 remaja lagi. Dah ada yang jadi mak orang pun kengkwan saya nih. The good old days ever.



Dan beberapa award yang saya dapat dari Kak Ain dan jirannya NekPP. Kata Kak Ain dia tak mau kawan kat sesape yang tak ambik award dia nih. Jadi saya ambikla sbb saya suka berkawan dgn kak Ain. Tak tahu nape. Adakah kerana dia mempunyai anak dara yang jelita. Erhh untuk sape pun. Atau mungkin sbb umah dia ala2 umah Inggeris kot. Tu pasal saya suka baca blog dia tu. Walhal dia tak pernah pun taruk gambar umah dia kat situ. Muahaha. Kak Ain sila taruk gambar dekorasi rumah anda. Saya kepingin skali melihatnya. Mashihh..
Dan terima kasih juga buat NekPP yang sudi bagi award nih. Walau dirimu meng"invite" daku di dalam facebook mu. Akan ku jenuh memikirnya dahulu sama ada mahu accept or just ignore it. Ngeeee. Sebabnya saya merasakan sudah cukup popular jadi dah tak nak trima kenalan baru lagi. Keh keh. Padahal tak nak orang usha line...baik punya mengutuk kat blog...diri sendiri pun sama hampeh sebenarnya. Haha. Nanti yer nekPP saya renung2kan...







Ketika saya sebuk2 buat kerja, ada satu problem untuk delivery lighting baru. Enquiry spec dia menyatakan lampu tu mestilah bertahan untuk 30 tahun. Dan my boss said :

"Just give it the normal one, masa lampu tu rosak kita dah mati pun"..

Friday, April 17, 2009

Asalaamu Alaykum Blogger Sekalian

Apa khabar dan Assalamualaikum w.b.t. semua. Panjang tulisan salam saya tu. Maklumla baru balik dari blog Kak Chik yang mmg menulis salam dengan panjang. Bagus betul dia. Tapi betulla jugak. Since email berantai psl tak boleh nak taip perkataan AKUM tu dan kena gantikan dgn salam..saya jugak terikut taip "salam". Sebabnya bila saya taip Askum ke A'kum ke ada je yang nak tegur. Kata saya ni tak membaca ke? Tak dapat YM. Sbb kononnya AKUM tu bermaksud tak elokla untuk orang Islam. Singakatan bahasa Jerman ke bahasa Yahudi tah.

Tapi bagi saya semuanya atas niat. Bukannya kita taip AKUM tu mcm mendoakan benda buruk untuk Islam. Dah sah2 maksud kita Assalamualaikum kan. Tapi tulah. Saya pun terikut2 jugak. Hantar SMS kat kawan2 mulakan dengan "Salam...ko tgh buat apa tu..bla bla". Klw kawan tu terus jawab Waalaikumussalam..alhamdulillah la kan. Klw saya kdg2 dapat SMS atau YM yang masuk dgn perkataan "Salam" tu..saya baca Salam la jugak. Tdk seperti saya dpt SMS yang bermula dgn AKUM..spontan baca Waalaikumussalam w.b.t. Hemm entahlah masing2. Apapun gaya taipnya, di harap niat kita tetap sama untuk mendoakan sejahtera orang yang kita tegur tu. Kadang curious gak sape yang mula2 hantar AKUM berantai tu. Semoga niat org tu baik menegur kita. Dan bagi saya adalah baik menggunakan singakatan Askum atau A'kum(ada koma lepas huruf A) atau lebih afdal taip macam Kak Chik..Taip je panjang2..bukan rugi pun. Tapi klw SMS dah panjangla kan jadinya. Untuk lebih afdal..klw bagi salam dalam blog ambik taip mcm ni :

assalamualaikum Pictures, Images and Photos


Ok ni award dari Kak Chik. Hehe..mekasih yer kak chik. I love your blog too. Ingat kak chik nak bagi saya hadiah sbb saya pengunjung ke 9999 blog dia tadi. Heh heh.



Kata Lily a.k.a orang yang forwardkan award ini kat Kak Chik, 'award' ni ada 'rules' iaitu:

1. The winner can put the logo on his/her awesome blog - OK, DAH LETAK dengan penuh perasaan riak dan takbur eksyen la ni dapat award. hehehe.

2. Link the person you received your award from - OK, INI LINK KE BLOG KAK CHIK

3. Nominate at least 7 other blogs - Saya serahkan award ini kat "Good Listener Saya" iaitu : (Sila lihat jika nama anda tertera di senarai Good Listener saya.) Terima kasih kepada anda semua. Pendengar yang baik adalah mereka yang memberi pandangan apabila kita meluahkan perasaan. Sebab diorang ni rajin komen di blog saya maka sangat baguslah pendengaran mereka. Saya tahu ada juga yang selalu baca je blog saya, tapi tdk meninggalkan komen. Mcm saya jugaklah...pergi skodeng je blog orang lain tapi jarang meninggalkan komen. Sekali rasa nak bagi komen kan jadi mcm komen kat blog Kak Kujie tu..huwaaaa insap2..takmo komen dgn penuh perasaan lagi lain kali. Hehe.

Sebenarnya ada beberapa blog yang saya suka baca dan layak untuk terima award ini. Tapi rasa2 korang Tun Mahathir, Pak Nil dan etc nak ke reply award saya ni dalam blog mereka?!! Haha. Apapun saya suka semua blog anda. Klw tidak, tidaklah saya link beratus2 blog melebihi follower saya. Banyak yang saya boleh dapat dari penulisan korang di blog ini. Yang membuat kita berfikir, yang mebuat saya up to date perihal semasa, dan yang buat saya tersenyum cemburu dengan keterujaan Honeysour Blog tu cerita pasal dia nak kawin. Huwaa jelesnya aku..rasa nak kawin jek lagi skali. Sronok betul sebuk2 prepared barang2 kawin ni kan:-)

4. Put links of those blogs on yours. - SET! (Copy paste je jwpn Kak Chik..haha)

5. Leave a message on the blogs of those you’ve nominated. - WOKEH!Dengan sukacitanya kakchik nak anugerahkan 'award' (Copy paste ayat Kak Chik dan menokok tambah ayat seterusnya) ini kepada mereka yang dah sah2 dianugerahkan itu. Korang Rocks!!!! (Sukati je ckp korang Rock walau korg mungkin peminat lagu nasyid, irama malaysia mahupun balada..kekeke)

Dan ini adalah award dari LOL. Satu2nya kawan saya yang berketurunan kadazan. Walau tak pernah jumpa dan kenal dalam blog je sekurang2 saya boleh cakap mcm ini time sembang2 ngn 7 orang kawan2 sekolah masa lepak2 sambil makan 2 slice kek di secret resipe. Ayatnya berbunyi begini :

"Itulah, kawan aku ada sorang kaum kadazan. Tapi dia tak tahu menari
tarian Sumazau tu. Sekarang ni dia balik kampung. Dia tu mmg rajin la..rajin
update blog..pot pet pot pet..bla bla"..



Cerita poyo konon kenal dgn LOL dah lama dah. kekeke. Btw thank you LOL. Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan setiap yang mati mengingatkan kita bahawa kita tidak selamanya hidup di dunia ini. Dan hidup tak selalunya indah..


Saturday, February 21, 2009

Canvas It!

Ini adalah tag dari Izzah :

Instructions:

->Go to your photos folder in your computer.
->Go to the 6th folder of photos.
->Go to the 6th picture in that folder.
->Put the picture on your blog and description of it.
->Invite six friends to join the challenge.(Sape2..silakan. Tapi sila tinggalkan komen yang anda telah menjawab tag saya ni k. Nnti saya akan ke blog anda. Mekasih.)
->Link them in your blog and let them know they have been challenged.

Saya jawab tag ni Izzah. Tapi saya taruk 3 gambar yer. Tamak kan saya. Haha. Alah klw saya pergi kat photos folder yang ke 6, pastu pergi dekat gambar ke 6, saya tetap tak kan tepek gambar no 6 tuh. Tah hape2 gambar tah tu. Mesti nak kena tepek gambar2 yang cun2 kan kat sini. Owh saya mmg tak suka mendengar arahan. Tapi ada alasan la..tak paham bahasa sbb instructions yang diberi dalam omputih. Heee.

---------------------------------------------------------------------------------

Uols, saya nak mintak tolong nih. Saya ada 3 pilihan gambar untuk di besarkan jadi canvas bersize 10" x 20". Nak tepek kat dinding rumah. Tapi masalahnya sekarang saya tak pasti gambar yang mana sesuai di canvas kan ni. Korang tolong bagi pendapat k.

Sila ke blog ni http://liwaniel.blogspot.com/ untuk keterangan lanjut pasal canvas ni.


GAMBAR 1
Saya suka gambar ni. Sebab ala2 gambar panorama sikit. Biarpun dok tepi jalan pun kan. Tapi slek plak perutku kelihatan muncit di situ. Heee. Gambar ni saya rasa sesuai untuk size canvas tersebut. Mmg untuk size gambar pemandangan.
GAMBAR 2
Gambar kedua ni pun dari pemandangan yang sama. Cuma saya kelihatan jelita banyak dan ala2 manja menyampah gitew di dalam gambar ni. Pastu gambar ni closed up sikit. Takdelah pokok yang byk inteprem kan. Hish..gambar tepi jalan jugak yang saya pilih. Gegege..
GAMBAR 3
Gambar ni paling giler kuasa. Muka kami suami isteri kelihatan sangat terang lagi bersuluh ha. Korang tak nampak jugak tak tahulah kan. Well, muka kami kan cam Angelina n Brad Pitt gitew. Ahaha. Saya rasa suka pulak gambar ni sebab penuh dgn kaler yellow n pink di situ. Klw tepek kat dinding rumah confirm ceria rumah saya kan.

So korang rasa gambar yang mana erk paling sesuai di buat kanvas tu? GAMBAR 1 , 2 atau 3?Sila undi untuk saya k. Segala jasa baik tuan puan amatlah kami hargai. Bling bling.
---------------------------------------------------------------------------------

Buat Izzah, terima kasih byk2 atas Anugerah Teman Sejati ini. Yer..teman sejati sukar di cari.

Tuesday, February 17, 2009

Tanda, Petanda dan diTandakan Oleh Daniella

Ok. Harini saya nak buang tebiat menjawab tag Kak Daniella. Tapi saya taknak jawab tag dia..saya nak komen jwpn dia. Boleh ye Kak Daniella. Hehehe.

**Yang kaler2 tu soklan tag, yang tulisan senget jawapan Kak daniella dan yang dalam kurungan komen saya..Ni semua Suehaida punya pasal la ni. Tadi masuk blog dia kata tgh tanda paper..saya pun nak tanda paper jugak..tapi saya bukan cikgu..hehe)

TANDA
1.TANDA2 KAMU BAD MOOD.
~ muka masam mencuka..(Ish mesti seram klw tgk muka Kak Daniella time ni kan)

2. TANDA2 KAMU MARAH.
~ muncung panjang sedepa..(Aii sampai sedepa panjangnya mucung tuh..betul2 panjang nih. Boleh wat sangkut baju tak kat muncung tuh?haha)

3. TANDA2 KAMU SINTING.
~ ?? aku tak faham apa sinting tu??(Sinting tu cam gila la kak...tapi jwpn akak ni mcm menunjukkan akak sinting je. Haha. Sebabnya orang gila dia tak mengaku dia gila tau. Pastu pura2 tanya gila tu apa. Hahahaha)

4. TANDA2 KAMU MALU.
~ muka kemerah2an dan agak tersipu2.. ngee..(Mesti kak Daniella ni putih orangnya kan)

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
~ percaya tak?? aku tak pernah cemburu..(Percaya2. Sbb bila kita ada kepercayaan pada psgn kita, prasaan cemburu tu tak kan ada.)

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
~ dah tentulah menangis..(Itu mesti sesuatu yang sgt menyedihkan kan. Klw yang sedih biasa2 tu mesti kita diam termenung je kan)

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
~ ngee.. ketawalah, apa lagi..(Kdg2 klw kita tgh bersedih, gelakla sorang2..insyaAllah kesedihan kita tu akan berkurang sedikit..)


APA?
1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
~ warna putih.. suci bersih..(Wahh akak ni nurse ke..pegi kerja pakai baju putih?huu)

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
~ yess.. rasanya semua wanita dalam dunia ni suka shopping.. tapi, kena tinjau2 gak poket..(Sbb perempuan ni ada 9 nafsu..klw kita perempuan yg tak membeli..bangkrapla smua kedai kat dunia ni..betul tak? Btol btol btol..haha)

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
~ mestilah.. sampai sekarang masih teringat.. walaupun tak kesampaian.. huhu..(Perasan la ni..heh heh. tapi kebiasaanya apa2 1st impression kita pada seseorg tu silap. Dah kenal baru kita akan tahu dia mcm mana. Klw 1st impression kita caka org tu prangai buruk...kenal dulu..tak kenal maka tak cinta)

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
~ nak habiskan tag ni secepat yang mungkin.. sebelum bos sampai..(Saya pulak sdg mengomen tag akak..hehe..bos takde as always.hee)

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
~ entahlah.. tak de rasa yang special..(Saya rasa nak gelak..sbb suka2 je kan komen jwpn org lain..haha)

BILA
1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA
~ ada kali ke dua ke?? aku dilahirkan pada 06 Oktober, 1972..(Wahh pandai la akak wat lawak. Ahaha. Wahh dah 37tahun dah yer akak tahun ni. Mesti dah tempuh mcm2 onak duri kan. Yang mengajar akak erti kedewasaan. Jgn lupa berkongsi pengalaman dgn kami di blog k. Yang baik akan kami jadikan panduan..yang tak elok akan dibuat sempadan..Belajar dari pengalaman adlh sesuatu yg lebih bermakna:-)

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
~ tak tau la bila. rasa macam belum ada jer..(Masa kawin dulu tak indah ke? Masa melahirkan baby..kan indah saat2 tu)

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
~ kalau dengan ayah, dah 26 tahun tak kena marah.. tapi, dengan mak, baru semalam kena marah.. sebabnya, aku pukul anak aku.. sikit jer tu.. biasalah, nenek sayang cucu kan buruk..(Haha..biasalah orang tua..akak marah anak..mak marah akak..elokla tu..anak2 yg kena marah..haha)

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
~ ehemm.. bila 'ek?? nak bagitau jugak ker??(Soalan berbaur lucah ni..tapi ehem2 itu mungkin bermaksud lain jugak..cam buang air besar ke..itupun diorg nak tahu. ahahaha..Soklan kelakar nih)

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
~ nak suruh married lagi?? cukup la dua kali jer..(Saya pun nak tahu bila akak kawin yg no 2 ni? Lepas brapa tahun jd ibu tunggal tu? (busy body jugak nih))

BAGAIMANA
1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
~ bergantung pada siapa orang tu.. agak2 kalau boleh kena marah, aku marah je la..(Bagus..jgn pendam prasaan..nak marah..marah je. Sok raya mintakla maaf..hehe)

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
~ senyum je la..(Owh mesti akak seorang yg mmg lawa nih..klw tak lawa mesti kembang kuncup je hidung bila ada org puji..hiks)

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
~ teman biasa ker atau teman tapi mesra?? kalau dia nak pergi, pergi je la.. takkan nak tahan pulak..(Teman ketawa mudah di cari..teman berduka siap je yg sudi..betul tak? Kawan dtg dan pergi dalam hidup kita ni..)

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
~ mana ada manusia yang sempurna.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.. kalau dah tak suka, dah.. aku peduli apa..(Bagus..ignore je orang tu. Mula2 kita pun akn sakit hati gak dgn dia..buat dek je..jgn layan org mcm tu.)

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
~ apa tunggu lagi, larilah..(Klw dlm drama melayu diorg akan jerit Api!Api!Api!)

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
~ kalau aku keseorangan.. masuk blog la..(Sekurang2nya ada tempat nak dituju yer)


Ok sekian. Hehehehe.

Friday, January 23, 2009

Tag by Kak Tinie (Down payment dulu..boleh?..hehe)

I’m ..

I really want to go to ..

My favourite place ..

My favourite things ..

My favourite drink ..

My favourite food ..

My favourite colour ..

I live in ..

I was born in ..

My school/college ..

My favourite series/story ..

My hobby..

I wish i can settle this tag after holiday..hehe. Busy ma..tak sempat. Sori ye kak Tinie..pas raya sambung...lalala

Teacher Lillies tagging me..

1. Do you think you are hot?
No..i’m not like the hot dog ok.

2. Upload a favourite picture of you.
Byk feveret pic aku. Tak tahu nak upload yang mana. (Ayat mengelat..haha)

3. Why do u like that picture?
Sebab ada aku dlm gambar tersebut. Haha..Buleh? Hiks.

4. When was the last time u ate pizza?
Last year. Wahh sudah lama tdk makan pizza. Lgpun kan skrg ni kena boikot Pizza Hut tuh. Boikot Israel!

5. The last song u listen to?
Lagu apa erk dgr dlm kete td. Lupa dah..Kak Sue harini baik hati plak dia tak bukak radio kat ofis ni.

6. What are you doing right now besides this?
Tgh pura2 wat autocad drawings..haha. Teruk betul! Pekerja sapolah nih. Sori bos..

7. What name do you prefer besides yours?
Call me my name..

8. People to tag.
No need. Aku kan baik hati. Heh heh..

9. Who is number one?
Klw kat ofis ni..bos aku la. Huk.

10. Who is number two?
Project Manager.

Amacam Lillies…ok ke jwpnku cekelatku ini? Heh heh..

Mari Memaki Hamun Bekas Kekasih ~ tag dari Kak Daniella


Nak setlekan smua hutang tag hari ni. Nak cuti raya cina lah katakan..lai lai lai..


WHAT IF YOUR EX-BOYFRIEND SAID THESE TO YOU :

1) hi, how r ya?
Err..have we meet before? (Bercakap dgn gaya sombong lagi bongkak)

2) hey! you wanna go to mall?
Nak buat apa? Ko nak suruh aku tolong angkat barang2 ko ker? (Nada suara semakin tinggi..ala2 nak cari gaduh)

3) i love you..
Kepala hotak ko! Ko ingt ko hensem? Pergilah cermin muka ko tu dulu. Muka tak pakai oxy..poket kosong memanjang je ada hati nak kata2 love u kat aku. Byk hensem!

4) do you want some cookies?
Eee miskin la dia ni. Ko ingt aku batak sgt dgn biskut ko tuh? Nak blanja ajakla g makan kat seafood restoran ke..5 star hotel ke..ini biskut chipsmore…apa kelas?!!!

5) can u take me a picture?
Ko ingt aku ni photographer ke? Nak bleh..bayarla! RM 100 sekeping gambar. Deal?

6) help me in my homework?
Ko ingt aku org gaji ko ker? Buatla sndiri..mak bapak hantar g skolah 4 tingkat..tu pun tak boleh nak buat sendiri! Apa punya orangla ko nih. Wat malu bangsa..agama dan Negara je. (Sambil geleng2 kepala penuh kesesalan)

7) here's my gift to you..
Ikhlas ke tak ni? Ni ori ke tak? Ke ko beli kat pasar malam ni? Macam aku tak tahu..klw handbag guess ke..jam ke..yg ko bagi aku dulu smua made in pasar malam kan. Kan kan..baik ko ngaku.

8) let's just be textmates
Takdehal. Dengan syarat ko top up kan henpon aku seminggu RM50 boleh?

9) do you want me to buy you an ipod?
Owh itu sudah bagus (Mata di bling2kan..sambil dlm hati berkata “sudah menang loteri kah x-boypren aku nih)

10) let's sit together in the bus..
(La..terserempak dgn x-boypren ni kat bus stop ke nih?..hu)
Hey plis..apa bas2 nih? Elegik la aku naik bas. (Cakap ala2 gaya pompuan kaya yg sombong lagi suka eksyen)

11) hi baby
Ye B*bi…(Ni akibat dendam clash dia curang dulu masih berdarah lagi)

12) you still cute..
Well..mmgla..dah beribu aku habis tau cocok botok sana sini situ. Seb baik clash ngn ko dulu..klw tak nak pakai SK2 belum tentu tau merasa muka aku nih!

13) i still love tou..
Hey dia ni..tak paham2. Nak aku mencarut lg ke ni?..Grrrr..

14) can i visit your house?
Ko ingt ni time raya ke ha aku nak buat2 open house?

15) do you love me?
Pang! (Bagi 1 penampar maut dan berlalu pergi..tetiba plak husband aku baru sampai time tu..tu psl berani nk lempang anak org tuh..heh heh)

Named 5 candidates on ur list, ask them to complete this tag repost on their blogwrite title 'what if ur ex said this to u?
No need la. Kang tak beraya cina plak 5 orang kawan tu. Hehe.



***Huh berasap hati aku nak menjawab soklan2 kat atas nih. Penuh perasaan sekali. Cam marah betul2 pun ada. Haha. Btw..saya mana ada x-boypren la. Maklumla orang tak cantik. Takde sape nak kat aku nih. Sedih tak? Hehe. Skali habis blaja ada orang a.k.a my husband masuk meminang..tros ler kawin. Gatai!

Tuesday, January 13, 2009

Uolss..Tenkiu..

Hai kawan-kawan blogger sekalian alam..

Errr..seganla nak cakap..err..err..
Saya cuma nak bagitau yang saya sangat gembira..

Sebab saya dapat award ni..haha. Cute's Blogger Award..tang mana cute tu saya tak dapat nak memastikannya..kih kih..

Sebelum ni saya piker takde sape2 pun nak baca blog ni..

Tapi harini saya tersenyum..Sebab misi saya untuk memperkatakan tentang sesuatu..

Ada yang mengambil tahu..
Owh tidak..ini bukan cara reply award ini..
Sorry ye Pearl n Kak Daniella (err..camne korang buat bila klik tros di "link"kan tu yer?)..
Apapun buat semua yang sudi membaca blog ini..jutaan terima kasih saya ucapkan. Kadang2 bila saya membaca blog anda, saya merasakan seperti kita sudah kenal dan bersahabat lama. Alangkah indahnya hidup ini kan..bila ada yang sudi berkongsi suka, duka, tawa, tangis, gembira bersama2..Love u guys..n gay also. Haha.