Showing posts with label Promot. Show all posts
Showing posts with label Promot. Show all posts

Tuesday, March 22, 2011

Promote : Kain Ela Untuk Dijual


Sempena bulan syawal yang lambat lgi nak tiba ni...saya menyarankan agar tuan tuan dan puan puan sekalian memulakan aktiviti pembelian kain ela untuk baju raya. Ini adalah kerana tukang jahit tukang jahit yang ado sekarang ni kadang2 suka jahit lambat2. Kalau dah masuk bulan Ramadhan diorang tak terima dah tempahan rayo. Jadi mana ada nak menempahnya? Boleh wat nayo kalau kena kes macam tu.




Untuk tuan-tuan boleh la belikan untuk isteri. Buat surprisedddd... Alih2 sampai depan rumah. Terharu tak isteri2?....Mestilah terharu...tapi kalau boleh biar isteri yang pilih coraknya..kang suami pilih tah hape hape tah. Buat kecik hati je terima surprised kain tak cantik. Eheh..





Macam2 corak ada. Maher zain pun pakai kain ela kah?




Ni kain opel. Serendah RM62 1 set. Tak dapek ni kalau beli sendiri kat kedai. Opel semeter bape erk?







Oklah..kepada sesiapa yang berminat dengan kain2 ni..bolehla ke  http://awinjelita.blogspot.com/ . Tak payah tunggu raya. Macam tak tahu korang tu setiap hujung minggu beli handbag kasut baju raya kan kan. Dah la kat Msia ni banyak benar perayaan dia. Yang terdekat hari bapa lah kan. Ok sempena hari bapa akan datang ni marilah kita membeli kain ela untuk dijadikan baju kurung ke..kebaya ke okeh. Walau takde kena mengena dengan bapa kita. Heheee...

Tuesday, March 1, 2011

Makan Steamboat Comel

Comel je steamboat ni. Nak makan pun rasa kesian kat dia.

Tapi sbb saya spesis dinosaur...belas kasihan tu tolak tepi...

Aiskrim yg saya buat..tapi en suami yg habiskan...huwaaaa gemok sorg2 dia nih!



Macam2 pilihan haiwan peliharaan laut ada kat sini. Saya suka lahat tu. Korg kenal lahat? Saya pun baru berkenalan dgn dia. Panjang2 rupa dia..isi dia rasa cam lala gitew. Kenyal2...sedapppppppp...



Fishball..hotdog..ketamball..udangball...bola2 api semua ada.



Bihun...megi..


Telur burung puyuh tu wajib ambik..klw nak beli mahal. heh heh.


Tempat buat aiskrim.


Flaming Steamboat Buffet, Danau Kota
. Dia ada 2 cawangan..satu lagi kat Sunway. Murah je harga dia...RM23.80++ sekepala. Nasi2 goreng rendang pun ada. Kuah steamboat tu sup dgn tomyam...bolehla tahan. Berbaloi la dgn harga dia. Berbaloi-baloi la makan sampai kedai nak tutup tak reti2 nak balik lagi. Hehe:))


Wednesday, August 25, 2010

Dikehendaki : Baju Raya!

Gambar kredit : Mudah.my

Saya belum berkesempatan untuk shopping raya. Orang lain dah 5, 8 pasang baju raya...saya satu pun takde lagi. Huwaaaa kisah sedih ni. Hihihi...

Tahun ni tak tahu nak tema kaler apa. Rasa macam semua kaler dah ada dah. Pastu kalau pergi kedai mata asyik kat warna pink je. Tak habis2 warna pink. Haih...

Masa pergi bandung aritu banyak juga kain pasang saya beli. Macam kain ni kan, saya beli RM40 per 4 meter. Kat sini jual ada yang RM120 la. Belum lagi kain2 lace. Ada yang saya beli RM15 je. Cunnn tu...cam mahal je harganya. Erhhh pada pandangan mata saya la cun.

Tapi disebabkan Awin pregnant, pastu dia dah takmo jahitkan baju saya..jadi semua kain2 tu dalam lemari je. Sekarang ni Awin je yang salah..takde org lain dah yang salah dlm hal baju raya saya tahun ni. Hahaha.

Tahun ni trend manik2 banyak giler ni kan. Cantik dipakai...leceh untuk dibasuh. Takleh nak sumbat dalam washing machine. Owh memang dasar pemalas! Heheh..

Warna oren pun cantik jugak.

Jubah pun dah jadi trend. Jubah moden yang bermacam2 fesyen ada.

Hijau?..hemmm.
Bunga2 macam tak minat la. Menampakkan size badan lagi besar punya! Ni dah separuh puasa dah ni..tak kurus2 lagi. Camne nih...haiyaaa..

Jubah dari seberang ni tengah popular. Kalau orang kurus tinggi cun pakai nih.

Owh warna pink pujaan hatiku. Macam tiap2 tahun je kena ada baju kaler pink. Haih!

Belang2 pun cantik. Boleh buat nampak kurus.

Kebaya cheongsam. Errr macam dah lama je tak pakai kebaya. Sebabnya takleh nak cover perut..pastu nak makan banyak pun susah..macam nak terbukak je semua butang2 baju kebaya tu. Gegege...


Kalau pakai fesyen kaftan camni ada alasan la datang rumah orang taknak basuh pinggan. Takut kena tangan meleret.
Pink again! Baju ni harga dia RM80.

Purple pun dah banyak.
Kuning air?...nampak jarang.

Brown? maybe..
Hijau lumut.
Putih? erhh cam nak g menikah je.

Cotton?
Pink lagi. Cantikkk...
Ni jubah moden yang terus boleh buat kain semayang. Tinggal pakai tudung je. Meleret2! Erh semalam ada tengok kat paper Permaisuri Agung pakai baju cam gini.


Sifon.
Hijau pucuk pisang.
Dan cotton yang digemari ramai kaum ibu. Serap peluh pun kainnya.



Ha ada sape2 boleh cadangkan website baju2 raya ni tak? Ada orang taknak keluar rumah sebab takut duit keluar nanti, tapi zaman sekarang duduk rumah pun duit boleh habis dok shopping online.

Semalam dah shopping satu baju raya dari Acu Sofia. Baju2 yang dia jual pun murah2 dari website lain. Cuma dia bukan blogshop tegar la. Kalau tak mesti banyak koleksi dia.

Hasil kajian saya mendapati blogshop menjual harga lebih mahal dari pasaran luar. Tidak semualah..tapi kebanyakkannya. Sebab kalau kita compared harga dia, kedai lagi murah. Cuma kita tak penat la..lepas tu tak berapa nak rambang mata sangat. Shopping online ni buat kita berfikir jugakla. Sebab bila nak transfer2 duit ni ambik masa jugak..kadang sebelum bayar terfikir erh tak payahla beli. So takde la boros sangat. Hihi jaga hati sendiri.