Showing posts with label Tak tahu nak label apa. Show all posts
Showing posts with label Tak tahu nak label apa. Show all posts

Monday, October 24, 2011

I'm Jobless

Baru beberapa hari saya duduk goyang kaki je kat rumah. Kepala asyik rasa pening je. Banyak sangat baring...tengok TV makan baring...tido Zzzz. Cukup sebulan hidup camni mau gain weight 10 kilo. Serious!


Saya dah pindah ke KL balik. Rumah di Perak jenguk sekali sekala. Kalau duduk sana banyak aktiviti saya. Pagi2 siram pokok...arghhh rindunya kat pokok2 tanamanku. Sabtu Ahad confirm kuar jalan-jalan. Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu memang ada pasar kat sana. Tak sah la kan kalau tak support orang2 kampung menjual. Ehehe. Barang2 kat sana murah. Sejak duduk sana duit dalam bank saya melimpah ruah. Sila percaya. Ahaha.

Kat sini boleh je kerja balik dengan bos lama. Tapi malas la nak pressure2 terbelit2 dengan wiring. Ingatnya nak buka bisness sendiri. Tapi tengah pikir2 lagi nak meniaga apa ni.Dah letih rasanya kerja dengan orang, terlalu banyak politik terlalu banyak konflik. Baik kerja sendiri, susah senang tanggung sendiri.


Haritu saya email Dinas Mokhtar nak join venture Butik dia. Sekali dia mintak modal 200k. Mak aihhh...


Kalau orang lain need a job for a food kan, saya nak kerja sebab takmo makan lagi. Tak reti benti la mulut ni kalau takde keje lain nak buat. Sape2 ada idea bisness tu sila2 bagitau...nak join venture:))



Nota kaki :Sah la aku xde keje kan dok update blog ni. Ahaha. Apesal la maxis broadband ni ada quota2 plak. Aku pakai broadband lama quota dia 1.5 Gb je. Bulan2 bil RM96 jugak. Apakejadahnya semua ni. Huh!