Tetiba teringat kat adik perempuan saya yang agak mangkuk bertingkat2 tu. Dia kalau gelak mesti lama nak boleh dia berhenti. Janganla buat lawak depan dia. Kang kita gelak bukan sebab benda tu lawak sangat..tapi sebab tengok dia gelak. Kes sungguh!
Ada sekali tu masa kitorg naik Air Asia Indonesia, pramugara tu ucap selamat pada setiap penumpang. Sampai kat adik saya :
Pramugara : "Selamat siang Ibuk"...dengan longat indonnya..
Adik saya : " Erh..erh..saya belum kawin lagi..takde anak lagi"....Pastu dia gelak ngekek2 tak benti. Sengal sungguh.
Masa dalam flight tu kitorg asyik panggil pramugara je. Ada je makanan yang nak diorder. Jap lagi tekan butang nak buang sampah la. Jap lagi tanya nak pergi toilet la. Masa saya dalam toilet dia sebuk dok bersembang dengan pramugara check2 mikrowave dekat cabin area. Bila saya dah siap dia marah. "Asal ko cepat sangat....tak habis lagi tinjau area krew cabin nih".
Hampeh sungguh!
Time saya, dia dan husband saya rancak bersembang, pramugara tu dari depan nak ke belakang. Masa lalu kat kitorg dia tegur. Disebabkan adik saya paling tepi dia pandang muka adik saya. Dengan manjanya pramugara tersebut berkata :
"Cik sampahhhhhhhhhhhh", ok..baca dengan nada manja yer..tanpa ada koma selepas perkataan cik tu.
Time tu apa lagi, kitorg bantai gelak la. Camne pramugara tu tahu nama ko sampah? Haahahaha....giler2 kitorg gelak time tu. Orang giler pun tak gelak camtu. Hahahaha...cik sampah...sesuai dengan mukanya nama tersebut. Hahaha.
Gambar : Adik saya masa kursus medic unt malapetaka. Sengal okeh dia tu. Adik sapolah tu. Ok...dia single lagi! Iklan ini ditaja khas oleh ubat nyamuk cap ping pong.
---------------------------------------------------------------------
Friday, August 20, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hehehe biaq betui buat lawak cenggini
papepun sempoi aa adik awak ^_^
Dia cantik dan kelakar orgnya..tapi kesian takde orang nak. hehe...meh2 ambik dia buat menantu. gegege
hihi.. cantik orang nyer...
ingat kan emy tadi...comel..
boleh di rekemen kan utk anak sedara acu nie...heheheee
Post a Comment