Dila : "Tengok...org tu ngorat aku..nampak sangat aku lagi cun dari ko kan".
Saya : "Arghhh dia ngorat aku la..dia tak sebut pun nama ko tadi. Aku lagi cun la!"
Dila : "Dia ngorat aku la..aku lagi kurus dari ko."
Saya : " Sori sikit erh..aku nampak mamat tu tadi pandang aku bukan ko. Aku panggil dia kang tanya..."
Dila : (Sambil melambai2 mamat tadi..mamat tadi dah blah pun sebenarnya)..."Bang2...dia dah kawin...saya single lagi".
Haha sengalnya!

---------------------------------------------------------------
Ada satu kes masa kitorg study dulu. Yang ni memang lawak ingat sampai mati. Kitorg dua ni
kalau buat assignment mesti nak meniru. So dengan kejelitaan yang ada, Dila pinjam notebook sorang bdk laki nih. Padahal tak pernah tegur pun budak tu selama ni. Orangnya hensem, pendiam, asyik 4flet je tiap2 sem.Budak tu pas notebook masa lecturer tengah mengajar. Ada satu mukasurat dia lipat. Dila bukak2 terus terbaca :
"Saya dah lama minat kat awak...kalau awak pun suka kat saya sila tanda right kat bawah ni"...
Kotak pertama bertulis "suka"...Kotak kedua "tidak suka".
p/s: Jangan tunjuk benda ni kat sape2 termasuk Emy.

Dengan spontan Dila tunjuk kat saya. Saya baca pastu memang takleh tahan terus tergelak kuat2 dalam kelas. Satu kelas pandang saya. Serius memang lawak giler. Kelakarnye la weii cara dia ngorat Dila. Lawak...lawak...sakit2 perut saya tahan gelak haritu. Mengalir2 air mata sebab rasa memang lawak giler. Lecturer tengah mengajar ni..fikiran saya masih kat nota tersebut. Kang datang usus gelak rasa geli saya tergelak kuat2. Bila lecturer pandang saya cakap.."Sori puan sori"...Sambil Dila pukul2 saya...saya terus gelakkan dia. hahaha lawak antarabangsa ingat sampai mati nih.

Dan Dila pulangkan buku tu dengan menanda kotak kedua. Sampai sekarang benda tu kami bertiga je tahu. Lepas lecturer keluar kawan2 lain tanya kenapa kitorg gelak...kitorg jawab dengan hilaian pontianak je. Siyes...sakit usus2 perut ni gelak masa tu. Hahahaahaha..
::::Kebahagian tidak terletak di mana kita berada, tapi dengan siapa kita bersama.
4 comments:
hahaha..tumpang gelak sama..
hahah cian mamat tu hampaaa...hekhek
memang kelakar..
dua-dua lawa.dan.kurua.
huhu
bekas roomate aku.adalah antara org pling lawak aku pnah jumpa..tp tak tahu cemnaa nak crita kat blog.huuhu
hehehehhe...memang lawak sungguh citer no 2 tuh..
Post a Comment