Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Monday, January 3, 2011

Dekorasi Majlis Perkahwinan Yang Cantik

Meja makan.


Bilik tidur.


Kipas lipas yang besar. Owh ini trend terkini.


Kerusi pelamin kaler hitam dan besar.


Flower girls.


Bunga dalam sangkar burung.



Red karpet.


Flower girls yang comel-comel lagi.


With bride:))



Kubah di tengah-tengah red karpet.


Dekorasi yang cantik-cantik ini di buat di rumah kampung sahaja. Mujurlah hari tak hujan. Kalau tak habisla red karpet segala basah. Menangis mak andam. LOL!

Ini perkahwinan x-roomate saya. Dah lama tak jumpa dia. Jumpa-jumpa balik dia lose weight lebih 10kilo...saya gain weight 20kilo. Hahaha...what a great life!...

Mas ni cantik orangnya. Dalam kamera saya ni je dia tak bape nak nampak cantik. Kat luar dia macam Angelina Jolie versi melayu punya. Hehe tak tipu. Betul-betul muka asli melayu yang cantik. Errr kalau dah macam Jolie tu kenapa cakap macam melayu. Eheh. Masa kami tinggal sebilik, Mas hari-hari bangun pukul 3 pagi study. Pointer dia tiap-tiap sem hebat. Nasib tak sama course. Kalau saya lepak kat bilik geng-geng lebih pukul 12 malam, mesti dia kunci pintu bilik. Tak bagi masuk. Huwaaaaa dengki! Nanti dah dibukanya pintu kena bebel balik lambat. Sob sob mak aku pun tak bebel camtu. Huwaaa nak tukar bilik. Dah tu bila baju busuk saya dalam baldi hampir melimpah, dia main ambik je...pergi cuci dengan tangan. Masa tu of cos la saya takde kat bilik kan, hari-hari kuar jalan. Mak suruh belajar saya sebuk nak jalan-jalan je. Hehe. Balik-balik tengok baju dah ada orang basuhkan, terus nak sebilik sampai bila2. ^_^

Dia pernah hampir bercinta dengan sepupu suami saya. Macam takde pilihan lain kau ni Mas. Ya betul..sebab dia budak baik. Hari-hari dia tulis diari. Diari tu dia taruk atas meja. Kami hari-hari baca diari yang dia tulis tu. Haha jahat! Dia memang sangat baik. Tak tahu nak terangkan camne dah. Cantik + baik=Mas.

Last year dia pergi umrah. Alhamdulillah kahwin juga dia akhirnya. Tak tahu nak cakap apa dah. gembira jumpa dia setelah sekian lama. Bahagia tengok dia...sebab dia antara satu dalam seribu kawan yang baik yang pernah saya kenal:))). Selamat Pengantin Baru Mas & Fit. 01012011. ^______^.

Monday, December 6, 2010

Kawan Saya Yang Cantik Punya Anak

Awin dah selamat pun melahirkan baby lelakinya. Afiq Lokman namanya. Tahniah yer Cik Awin Awin. Tak sangka ko dah jadi mommy sekarang ni. Tengok cam budak2 je lagi.



Nape muka baby semua cam same je. Eheh.



Ni anak buah laki Awin. Petah bercakap. Suka budak2 yang petah bercakap ni..



Ok..pasni nak lawat anak kengkawan banyak2. Ambik berkat. Azam tahun baru Hijrah...Selamat Tahun Baru smua:=)

Friday, August 20, 2010

Lawak Tak Berapa Nak Nasi Lemak Antarabangsa Sangat

Besfren saya Dila tak kurang mangkuk tingkatnya. Kalau kitorg jumpa atau bersembang dalam phone..arghhh dalam sms...fesbuk..email sekalipun..pasti saya akan terbahak2 layan karenah dia. Ada je bahan nak buat pipi bengkak2 ketawa. Yang tak boleh blahnya kalau masa jalan2 kat shopping complex ke..klw ada orang mengorat pasti muka dia blushing2. Sebab dia ni pemalu orangnya. Pernah ada orang ngorat masa kitorg berdua tengah window shopping. Bila mamat tu dah blah je Dila mengaku :

Dila :
"Tengok...org tu ngorat aku..nampak sangat aku lagi cun dari ko kan".
Saya : "Arghhh dia ngorat aku la..dia tak sebut pun nama ko tadi. Aku lagi cun la!"
Dila : "Dia ngorat aku la..aku lagi kurus dari ko."
Saya : " Sori sikit erh..aku nampak mamat tu tadi pandang aku bukan ko. Aku panggil dia kang tanya..."
Dila : (Sambil melambai2 mamat tadi..mamat tadi dah blah pun sebenarnya)..."Bang2...dia dah kawin...saya single lagi".

Haha sengalnya!
---------------------------------------------------------------

Ada satu kes masa kitorg study dulu. Yang ni memang lawak ingat sampai mati. Kitorg dua ni
kalau buat assignment mesti nak meniru. So dengan kejelitaan yang ada, Dila pinjam notebook sorang bdk laki nih. Padahal tak pernah tegur pun budak tu selama ni. Orangnya hensem, pendiam, asyik 4flet je tiap2 sem.Budak tu pas notebook masa lecturer tengah mengajar. Ada satu mukasurat dia lipat. Dila bukak2 terus terbaca :

"Saya dah lama minat kat awak...kalau awak pun suka kat saya sila tanda right kat bawah ni"...

Kotak pertama bertulis "suka"...Kotak kedua "tidak suka".

p/s: Jangan tunjuk benda ni kat sape2 termasuk Emy.


Dengan spontan Dila tunjuk kat saya. Saya baca pastu memang takleh tahan terus tergelak kuat2 dalam kelas. Satu kelas pandang saya. Serius memang lawak giler. Kelakarnye la weii cara dia ngorat Dila. Lawak...lawak...sakit2 perut saya tahan gelak haritu. Mengalir2 air mata sebab rasa memang lawak giler. Lecturer tengah mengajar ni..fikiran saya masih kat nota tersebut. Kang datang usus gelak rasa geli saya tergelak kuat2. Bila lecturer pandang saya cakap.."Sori puan sori"...Sambil Dila pukul2 saya...saya terus gelakkan dia. hahaha lawak antarabangsa ingat sampai mati nih.


Dan Dila pulangkan buku tu dengan menanda kotak kedua. Sampai sekarang benda tu kami bertiga je tahu. Lepas lecturer keluar kawan2 lain tanya kenapa kitorg gelak...kitorg jawab dengan hilaian pontianak je. Siyes...sakit usus2 perut ni gelak masa tu. Hahahaahaha..



::::Kebahagian tidak terletak di mana kita berada, tapi dengan siapa kita bersama.

Monday, March 15, 2010

Best Friend Saya Dah Pregnant

Wahhhh berita gembira pagi ni. Sorang demi sorang kawan2 saya dah jadi mak. Gembira + sedih pun ada. Satu sebabnya..bila kwn2 dah jadi mak ni, diorang akan cocentrate kat family je, no more hangout together-gether with friends anymore. Giler kau nak seret anak dalam stroller pergi dangdut. Hah hah.

Sebab lain off course la jeles kan. Orang lain dah ada anak. Kita single pringles lagi. Tapi nak buat camne kan. Kalau saya ni anak dara tua bolehla ajak je mana2 lelaki yang jumpa kat tepi jalan tu kawin. Dengan harapan lepas dah kawin orang tak mengata kita lagi. Tapi kalau dah lama kawin takde anak camne nak buat nih? Ambik anak orang sumbat dalam perut sendiri pastu berjalan dengan bangga selama 9 bulan sambil berkata "yerrr saya wanita sejati". Eeeuwww.

Kalau nak fikir apa yang orang lain fikir pasal kita, lama2 boleh jadi sewel kot. Elok2 boleh mati dalam iman, tak pasal2 mati kat Tanjung Rambutan. Hah hah. Ada tu yang nak kawin buat grand2 sebab nak bagi orang lain fikir yang dia kawin dengan anak raja. Lepas kawin jenuh dok membayar hutang berjela sudahnya hari2 laki bini gaduh sebab bila kita takde duit semuanya jadi serba tak kena.

Untuk Azwin..tahniah! Ko kena tgk gambar aku banyak2 tau masa pregnant ni..nanti anak ko leh jadi comel cam aku. Haha. Apapun i'm really happy for you. Orang kata kalau kita tak pernah mengandung kita takkan tahu camne rasa happy dia. Heii sapa kata? Sape tak happy kalau satu hari kita terbangun dari tidur tiba2 kita dapati ada satu lagi makhluk Allah dalam perut kita, boleh berjoget kehappian masa tu. Gembira ibu mengandung saya dapat rasa dah, sakit nak melahirkan blom boleh rasa lagi. Mak-mak budak cakap sakit masa nak melahirkan. Tapi saya pelik betulla, kalau sakit kenapa mesti ada anak kedua, ketiga malah ke 8 orang anak makcik tersebut. Cakap sakit. Hehehe.

Awinnnnnnnnnn tahniah tahniah! I love u. Suka suka. Nanti kita g shopping baju baby sama2 erh. (^_^)



Nota : Gambar Awin last week time kitorg lunch together2...patut kemain selera makan ko yer. (Padahal yang order Ais Batu Jagung kemain tu adalah saya..hehe)

Friday, February 19, 2010

Berdialog Dengan Seorang Kawan Yang Sengal

Seb baik esok dia tak kerja. Kat rumah dia takde internet. So harapan untuk dia membaca entry ini adalah pada hari Isnin. Time tu entry ni pun dah turun ke bawah. kekeke.

Saya ada seorang kawan yang sengal. Orang kata kalau kita nak kenal seseorang, kenalah tengok kawannya. Kalau kawan saya sengal, adakah saya sengal jugak? huhuhu



DIALOG 1
Ketika bercuti bersama di Cherating 2 minggu yang lalu.

Saya : Bilik aku ada 1 katil Queen, 1 katil single. Bukannya ada orang guna pun single bed tu.
Yus (mmg nama sebenar) : Haah, bilik aku pun sama. "Takde orang tidur kat katil single tu".

Kami ramai-ramai : Gelakkan Yus. Hahahaha. Mangkuk giler. Dah ko suami isteri je yang dok dalam tu sape lagi yang nak tidur kat single bed tu. keh keh.



DIALOG 2
Baru je dia mesej saya sebentar tadi.

Yus : Weh ko tahu..Yaya kawin hari Sabtu la, bukan hari Ahad. Aku ingat hari Ahad.
Saya : Yelah, kan dia kata majlis sehari lepas dia nikah.
Yus : "Habis tu ko nak pergi hari apa?"
Saya : #$@^&$#&#*#*#@$$^%^

Apanye sengalla kawan saya sorang ni. Dah majlisnya hari sabtu takkan nak pergi hari Ahad pulak. Wakaka. Saya tak habis2 lagi gelakkan dia ni. Apalah kelakar benar ko ni Yus. Boleh pecah usus perut kalau hari2 gelakkan ko ni. Hahaha

Tuesday, January 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Awin

Cuti sekolah yang lepas, tiap2 minggu saya hadiri majlis perkahwinan rakan-rakan. Seronok meraikan majlis orang lain. Dapat lihat pengantin yang cantin, pelamin yang cantik, dekorasi yang cantik dan juga dapat makan free. Hehehe. Save baget. Asal hujung minggu dapur tutup. xoxo

Dimulakan dengan gambar kek yang cantik.

Tetiba je pada hari kejadian Awin suruh saya jadi pengapit dia. Haish...kalau dia sama besar dengan saya oklah balance. Ni kan bridesmaid dia lg menyerlah atas pelamin tu kang. Haha. So dengan bangganya saya ambil job sebagai camerawoman pada hari tersebut.
Skill mengambil gambar dah ada. Dicelah2 orang ramai terkocoh2 saya berlari untuk mendapatkan angle yang baik. Dengan cabaran pengantin lelaki yang tak suka pandang kamera saya..huwaaa. Dan juga kamera yang terpaksa dikecilkan megapixelnya sebab tak sempat nak transfer gambar bercuti selama seminggu sebelum tu, jadi kamera memory full.
Skill dah ada...cuma DSLR je takde. So inilah hasilnya. Cantik kan pengantin perempuan tersebut. Puji mintak belanja nih. Hehe.
Perkahwinan Awin ni dibuat di Felda Villa, dalam kawasan Dewan Felda tu. Cantik juga tempatnya. Kira perkahwinan dalam taman la. Kalau ada DSLR ni mau saya suruh pengantin tu posing2 dengan kolam ikan Restoran tu. Cantik.
Dekorasi dalam restoran tu pun cantik jugak. Yang penting makanan ni ok. 1st class. Semua kitorg cuba. Ok jangan cakap dah tahu kenapa saya tembam sebegitu. Haha. Lauk dia adalah dekat 7,8 jenis tak silap. Yang penting ayam goreng tepung time panas2 baru masak kitorg ambil lagi. Haha. Desert dia cendol..keuw tiaw smua saya cuba. Haihhh bila lagi nak merasa Awin belanja makan mewah ni kan. Tenkiu tenkiu Awin. Nanti anniversary korang tahun depan buat macam Birthday Dato Siti semalam yer. :-p
Dah lama saya mengidam nak bergambar dengan kek macam ni secara dekat2. Biasa kalau majlis kawan2 lain tak merasa la nak posing2 kat kek ni. Malu. Tapi sempenan majlis Awin ni saya siap korek2 lagi kek ni. Keras rupanya. Haha.
Masa saya kawin dulu nak order la kek macam ni. Takde yang harga seribu ke bawah. Nak yang harga ratus2 dapatla yang setingkat ciput tu. Ending nya saya order kek harijadi bertingkat2. Murah pun murah. Makan pun konyang. hehe.
Apapun untuk sahabat baikku Awin. Selamat Pengantin Baru. Ko kena terharu tau ni Awin. Dalam byk2 majlis yang aku pergi, majlis ko je yang aku rajin buat liputan dalam blog ni. Tu pun sebab bos aku takde nih. Line clear. Haha.

Kudoakan smoga korang berdua kekal bahagia sampai bila2. Belajar untuk bertolak-ansur dan sentiasa berfikiran positif tentang pasangan kita. Hidup ini adalah sebuah perjalanan. Bila kita berkahwin, bermakna kita telah melalui separuh daripada perjalanan itu...teruskan berjalan. Semoga kelak bila mana kita sampai dipenghujung jalan kehidupan ini, kita masih seiring dengan si dia. Si dia yang berjaya menawan hati kita dan membuat kita bahagia.

Dan ini adalah baju nikah Awin yang saya temankan dia beli di Jakel. Siap tipu salesgirl Jakel tu lagi cakap saya ni Taylor Swift. Erhh bukan. Saya cakap saya tukang jahit. Terus dia bagi diskaun dengan banyaknya. Ni tips tau. Kalau korang pergi Jakel, cakap je korang tailor, sure dapat harga murah. Ni kawan saya Yati yang ajar. Dia memang ada butik. Kalau kain tu harga RM250 camtu...boleh dapat diskaun sampai RM80 tau. Kalau korang betul2 tailor berbaloila..kalau korang menipu..ish tak halal kain tu. Haha.

So sape2 yang nak tunang ke nak nikah ke yang sedang mencari baju lace putih, Awin nak jual baju nikah dia ni. Dengan harga RM200 sahaja. No nego2. Harga kain je dah berapa erk ko beli haritu Win. Upah jahit lagi. Ni kira tolak harga murah2la. Saiz S, ada lebihan kain dalam 3 inci kalau nak besarkan lagi. Apapun berbaloi-berbaloi. Email saya untuk sebarang pertanyaan yer.


:::Selamat Pengantin Baru juga buat semua kawan-kawan yang melangsungkan perkahwinan pada bulan lepas. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat hendaknya. Buat rakan blogger saya, Maziah dan Nik Hakimah- Happy Honeymoon(^_^)

Thursday, November 12, 2009

Hanis Again





Saje taruk muka Hanis lagi. Ni masa reception belah her husband. Cantik mekap dia. Suka tgk.

Monday, November 2, 2009

Gambar Hanis Kawin

Sumber gambar : Kredit to Adi(^_^)



















Hanis..kawan yang saya kenal pada hari pertama persekolahan..yang setiap liku hidupnya saya ikuti. Dia adalah seorang yang cantik di mana saya ungkapkan sebagai "orang cantik selalu tak bahagia"...dan kini dia ibarat Cinderella with happy ending. Cuma..bezanya Cinderella kurus la. haha.

Friday, September 11, 2009

PUASA BOLEH MENGURUSKAN BADAN?!!

Kak Ina-2 months ago.. Last week picture. 46kg and still counting to lose more weight..

Cayalah Kak Ina! Boleh pakai baju kebaya la raya ni nampaknya. Hope tak seksi2 yer mcm kebanyakan org after kurus. Gambar before elok je pakai tudung..dah cantik..dah lawa..dah slim...kemain ha baju ko..saiz kanak2 sekolah pastu klw pakai tudung pun yang ada bunga kat telinga. Haha.
p/s: Huwaaa...nak kurus jugak...

Tuesday, July 28, 2009

Seronok Tengok Orang Kawennn...

Ini Dzuliyana...kitorg panggil dia D.Z. saje. Sian mak ayah dia bg nama panjang2 kitorg sebut 2 huruf depan saja. Haha. Dz ni saya kenal since darjah 5. Ingat lagi masa dia masuk kelas kitorg masa tu..kitorg ingt dia budak darjah 6 yang salah masuk kelas. Mana taknya..masa tumbesaran kitorg normal..dia dah tinggi mcm galah. hu


Flower girls ni penyeri..comel je budak2 ni. Kdg kita bkn tgk pengantin..sebok dok tgk flower girls malu2 kucing nak jalan.

Ni keje pengapit Dz..Tangan kanan pegang kipas..tangan kiri pegang kain pengantin. Mesti dpt goodies beg lebih ni.

Ni part yg best. Makan beradab. Kebetulan masa kami datang pengantin baru keluar rumah nak ke meja makan. Cantik betul meja makan dia. Penuh fresh flowers. Pintu gerbang pun sampai 2. Semua bunga hidup. Keterujaan saya tgk dalam khemah sampai terlupa nak masuk rumah Dz tgk pelamin. Menyesal plak. Klw tak confirm byk gambar saya kat pelamin tu.

Teringat masa saya kawin dulu. Part smua org tangkap gambar kita time ni lah yang haru. Rasa bengkak2 dah muka tahan senyum. Dah smua org fokus kat kita. Aihhh...malu.

Senyum2 malu tu hanya sbb ramai tetamu belah lelaki time tu. Maklumla tak bape nak kenal lg dgn keluarga suami tu. Tapi dgn kawan..ha engko..siap peace lg.

Si Dz ni siap paksa kitorg ambik gambar dia. Masa ni saya dgn http://honeysour00.blogspot.com/ yang dok depan meja makan pengantin.

Kami bukan apa...nak tangkap gambar udang ni je time tu. hehehe.

Wahhh romantiknya. Klw la hari2 kita makan dgn suami kita cenggini...confirm kurus kan. haha.
Pengantin dah la malu2 nak makan...kitorg ramai2 buat pakatan penyebok nak bergambar dgn pengantin. Huhuh..Makanan dari katering pun heaven. Kira puas hati la. Ayam2 dia besar. Takde ayam2 baget cam kebiasaannya.

Sronok tgk Dz ni kawin. Sporting je. Lepas makan diorg berjalan dari meja ke meja bersalam dgn tetamu. Walaupun majlis diorg ni ada org kenamaan yang hadir..tp majlisnya tidak protokol..sempoi dan selesa untuk semua.
Dan ini Aulia anak kawan baik saya Azza Dalila. Azza dan Aulia ni dtg dgn kami sbb ayah Aulia ni ada keje lain. Sepanjang hari Aulia ni badmood. Mungkin sbb ayah dia takde kot. Biasa ayah dia la yang melayan dia sana sini. Biasa dia ok je dgn saya.Haritu tak nak langsung dgn saya. Masa dalam kereta saya pandang belakang nak tgk dia pun tak boleh. Mulalah menjeling sambil merengek2. Eee..nak kena Aulia nih.

Tapi bila saya halakan kamera kat dia..spontan tros senyum. Padahal amsa tu tgh merengek2 nak nangis. Haha..pandai betul Aulia ni.
Dan yang plg bestnya kat majlis Dz ni dapat jumpa kawan2 lama. Mcm2 cerita blh dgr tp tak sempat sgtla nak bercerita. Yang plg seronok ialah : Saya Emy...Liana dapat jumpa Norliana Azhar, Nurliayana Uzir di Majlis kawin Dzuliyana. Huuu... p/s : Maksud Liana itu kelemahan kelembutan camtulah tak silap saya. Mcm kelakar lak bila ingt tu nama saya. Haha. Lemah lembut. :-p


Selamat Pengantin Baru Dz & Hezry.

Diorang bertemu jodoh kat Jepun dan seb baik kawin kat Malaysia. Klw kawin kat Jepun idakler kami smua ni dapat mkn free camni. Heh heh.