Showing posts with label Blog Tips n Problem. Show all posts
Showing posts with label Blog Tips n Problem. Show all posts

Wednesday, March 14, 2012

Cara Nak Add Button Printer kat Blog

Jarang blog ada button untuk print artikel2 mereka. Hakmilik sendirian berhad la katakan.

Sesape nak tambah button print kat blog korang bolehla masuk sini. Senang aje caranya. Senang gak aku nak plagiat posting2 blog korang. Hahaha gelak kijang!

Thursday, December 2, 2010

Dah Delete Header Yang Buat Ramai Orang Menyampah Tu...

Gambar kat header blog saya sebelum ni agak annoying kan. Saya pun terasa menyampah setiap kali bukak blog ni. Hehe.






Ok dah delete. Lalala....




Kadang tak tahu nak buat entry pasal apa. Sebab rasa macam berlagak je setiap kali buat entry baru.

Friday, June 11, 2010

Blog Berwajah Baru

Tiba-tiba hari ni nampak ada setting baru kat blog. Saya dengan rajinnya telah mengklik2 design2 baru yang ada itu sehingga terlupa nak save template lama. So ini je hasilnya so far. Kalau rajin esok2 klik-klik lagi.

So kepada blog beginner, setting yang terbaru ini amat berguna kepada anda semua. Mari kita mencuba.



Psssss: Komen2 untuk entry lepas semua dah hilang dan beberapa lagi setting lain turut hilang. Huwaaaaa...

Friday, April 2, 2010

Untuk Perhatian Geng Klik-Klik Nuffnang

Dear Nuffnangers,

As you might already know, there are 2 different types of campaigns from Nuffnang: Metered (mCPM) Campaigns , which pay according to the number of visitors who see the ads; and Cost-Per-Click (CPC) campaigns, which pay bloggers based on the number of clicks generated on the ads.

It has come to our attention that certain groups have been committing click fraud, which is defined as clicking on CPC advertisements intentionally just to generate earnings for a blog's owner. Do note that this act is an abuse of our Terms & Conditions under Section 6.

Banner ads are only supposed to be clicked on if the viewer is interested to find out more about the advertising campaign, and not for the intention of earning extra money. Should this situation worsen, the frequency of ad campaigns might be significantly reduced as we'll only be able to sell ad spaces on blogs with no click fraud record.

Our system is capable of tracking these illegal actions which are documented and if necessary, be used as evidence for any legal purposes. In the past, Nuffnang has suspended and banned various individuals and groups for committing this offence. However, as the number of bloggers who commit this selfish act has been growing in an alarming rate within our community, we're forced to be more vigilant and will take necessary action to ensure our other members of the community who do not engage in such act to suffer in the long run.

If you are aware of any of your friends or anyone who have been engaging in such acts, we would appreciate it if you could kindly advise them to refrain from doing so, as bloggers who are caught engaging in click fraud activities will be punished severely, either by suspension or termination.

Thank you for your attention.

Cheers
Blogger Relations Department
Nuffnang Sdn Bhd






Nota tak baik taruk kat kaki :
Email dari nuffnang. Dah jangan nak gatal2 tangan klik iklan nuffnang lagi. Kecuali kalau berminat dengan iklan tersebut. Kalau buat jugak hukum earning tersebut adalah haram. Haram maknanya berdosa besar. Ok sila klik iklan nuffnang saya yang kat atas, kanan dan bawah ni. Yang berdosa korang bukan saya. Dah tegur pun degil nak buat lagi. Haha

Monday, July 6, 2009

Bijak Berbelanja Di BlogShop Online

Sekarang ni byk betul orang create blogshop sndiri. Semua orang nak meniaga. Elokla kan. Dpt menjana pendapatan sampingan. Kena dengan gaya masyuk tu bulan2.

Sayapun antara orang yang rajin beli secara online. Sampai ada sekali tu posmen tu taruk barang saya atas peti surat kat bawah je. Hampeh punya posmen. Dia dah malas nak naik selalu mintak sign. Sah sign sndiri ni. Seb baik takde orang curi barang saya, klw tak mau kena saman en posmen tersebut. Hu.

Saya ada beli mcm2 secara online. Handbag? Kasut? Baju? Tudung jgn cakapla asyik beli jek. Haha. Tu belum mention saya beli lampu dinding 4 pasang alih2 sampai rupanya takde wayar. Hampeh..bukan nak cakap awal2. Grrr...seb baik sampaila jugak lampu tu coz saya tunggu 2 minggu baru sampai. Katanya guna pos laju alih2 sampai dia guna pos biasa je. Standartla charge lbh unt penghantaran tu tapi at least bgtau la kan. Ni hari2 saya dok tunggu lampu tu tak sampai2, bila call orang tu dikatanya dah hantar. Call hotline pos laju yang 1300... tu mmg haram la diorg nak angkat telefon. Last2 saya fax memo AMARAN KERAS suruh diorang return back my call, tak sampai 5 minit wakil Pos Malaysia call terus. Katanya ada masalah teknikal telefon tu sbb tu takde orang angkat. Yelah tu..mcm aku tak tahu orang keje gomen mmg malas angkat tepon. Muahaha. (Ayat terakhir diucapkan smbil berlari takut direjam dgn batu oleh kawan2 pekerja gomen skalian..larik larik!)

Bercakap psl BlogShop ni, pandai2la membeli. Selain kena hati2 dgn kes penipuan seperti duit dah transfer barang tak sampai2..ataupun kes barang tdk seperti dalam gambar ataupun barang telah rosak binasa ketika sampai ditangan kita...hati2lah kita juga dgn harga barang2 yang ingin di beli tu. Kadang saya tgk orang yang memasarkan barang tu melampau. Tak tahulah jika yg membelinya bukan kaki shopping ke..tp klw dah ko mmg rajin klik kat blogshop tu sahla ko mmg kaki shopping kan. Dah kaki shopping tu of course la ko tahu harga item tertentu kat pasaran bukan? Kata every week pergi mall:-p.

Maaf yer kepada empunya blogshop sekalian, kdg saya lihat harga2 item yang anda jual sangatlah mencekik darah. Sedangkan sepengetahuan saya klw kita beli kat luar pun tak semahal itu. Lepas tu siap kena tambah kos penghantaran lg. Mak aihhh jual barang. Tp tahniah jugak kepada anda kerana berjaya memasarkan brg2 tersebut dgn jayanya. Yelah bkn senang nak menjual..even 1 barang je. Tak caye cuba jual 1 barang anda dlm blog sndiri. Cuba tgk berapa lama brg anda akan terjual. Kecuali klw anda jual dgn harga murah mmg lajulah org nak beli.

Di blogshop..ada yg membeli brg dgn harga runcit. Makanya unt untung mereka terpaksa mark-up lg harga tersebut. Saya baru je gelakkan sorang member saya ni. Dia beli smpai 4 helai tudung kat 1 blogshop ni. Katany tudung tersebut kainnya dari luar negara dan dijahit sndiri oleh empunya blog. Dia jual dgn harga yg murah sahaja. Bila tudung tersebut sampai saya tgk itu adalah tudung2 yang terdpt kat pasaran skrg ni. Dan harganya 3 kali ganda lbh murah dari yang kawan saya beli tu. Haha lawak giler bodoh2 kena tipu pastu nak g berlagak dgn smua orang. Padan muka ko. Erh tak baek la mengutuk orang...tp itulah...hati2lah dlm berbelanja. Jdlah pengguna yg bijak.

Ada sorang kwn saya tu suka suruh alamatkan ke ofis brg2 yg dibelinya. Kenkonon nak berlagak dgn kitorg la brg2 dia tu. Whatever...duit ko. Saya kagum dgn blogshop yang aktif. Rajin diorg cari material. Dan nasibla klw item yg diorg jual tu lg mahal dari luar...mana taknya..bil letrik dan internet kena bayar jugak maaa..Saya respek blogshop yg jual item hasil tangan mereka sndiri. Mcm blog yg jual baju yg dijahit sndiri..keychain yg dibuat sndiri...wahhh kreatipnya korang. Apapun buat pembeli..hati2. Tahulah skrg ni smuanya hanya dihujung jari je..alih2 dah smpai dpn pintu rumah. Buat empunya blogshop pulak...goodluck! Agak2la klw nak untung yer..Jgn sekali je untung besar lepas tu tak untung2 lagi sudahla...Bijak membeli..bijak menjual(^_^).


p/s: Saya suka window shopping kat Blogshop & mudah.my...sebabnya tak rasa pun penat berjalan. peluhpun tak keluar. Haha.

Wednesday, July 1, 2009

Thank U My Followers




Harini followers saya dah jadi 100 org. Wahhhh ramainya. Popularnya saya. Cece prasan!. Tapi malangnya bukan semua bloger saya sempat berkenal-kenalan. InsyaAllah klw ada jodoh kita kenal dan mungkin akan berjumpa di luar sana suatu hari nanti. Apapun terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Tanpa anda siapalah saya..ngeee.


Untuk semua follower saya, jemput ambik kambing nan seekor ni dan tepek di blog anda..hadiah ikhlas dari saya(^_^).


Wednesday, May 6, 2009

Cara2 nak jadi blogger yang fofular

Saya prasan 7 orang add saya as a follower masa saya buat posting rumah style Inggeris tu. Diorg yang add tu semua peminat style camtu. Sungguh best dapat berkongsi minat yang sama..kan korang kan..



Dan saya perasan bila saya buat topik ada perkataan Siti Nurhaliza, followers saya jadi genap 80 orang. Wahhhhh...sangat ramai sehinggakan saya tak berkesempatan untuk mengenali semua orang. Apapun selamat berkenalan yer kawan2 semua(^_^). Nah ambik bunga ros ni sebagai tanda perkenalan kita. Ceeewah! (Sila tepek di blog korang-nanti saya dtg komen..jeng jeng jeng..).

Dan gambar masa saya kecik ni untuk followers yang lama. Dan dan je gambar masa kecik. Keh keh. Ok sila tepek jugak di blog korang agar saya tahu gambar saya masa kecik telah disebarkan dan saya merasa sangat popular. Yeh sungguh perahsantan.


Dulu saya fikir blogger ni unt org politik je. Saya tak tahu pun ada ramai org buat blog. Bila tgk org lain punya followers beratus2..saya sangat kagum. Ramai juga yer yang berblogging nih.

Saya berblog ikut suka saya. Ada benda nak luahkan saya tulis la kat blog. Akhir2 ni semuanya indah2 je dalam hidup saya, jadi takde apa unt diceritakan di sini. Saya copy paste je gambar2 dari email. Sekadar untuk update blog. Takdelah berabuk kusam blog saya ni kan.

Bagaimana cara nak jd blogger popular? Layakke saya terangkan kat sini. Saya bkn popular pun:-p. Apapun saya tgk blogger2 yang popular itu..yang sangta saya jelesi, mereka:

1) Sangat tegar tentang sesuatu perkara..cth agama, novel, politik, fotografi n etc.


2) Suka memuji diri sendiri..yang buatkan org menyampah, jd org suka ke blog dia lagi. Untuk menyampah sama dia. Haha. Ini realiti sbb saya suka ke blog2 yang saya menyampah itu.


3) Pastu blogger tu seorang yang up to date, perasan bagus, suka berangan, cerita poyo2...hah lakukan hari ini unt jd femes seemesnya.


4) Cara penyampaian blogger tu bagus. Jadi kita suka membacanya.

5) Blogger yang rajin update. Dalam sehari blh ada lbh dari 5 posting. Giler ko. Pegi jamban pun nak cerita dgn orang. Tapi itulah realitinya. Mereka2 yang rajin
posting ini sungguh ramai followersnya. Tahniah!


6) Dan cara terakhir unt femes ialah meletakkan nama artis sbg tajuk posting anda. Confirm ramai jenguk. Klw wat posting tajuk "Doa yang mustajab lagi menarik"...jgn kan ada org nak add as ur followers, followers yang ada pun taknak jengah. Muahaha.


7) Ada lagi..tp sila tambah sendiri:-p


Apapun terima kasih kepada mereka2 yang sudi membaca dan mengunjungi blog saya. Maaf andai saya tdk memberi kunjung balas. Blog2 yang saya follow pun saya jengah bila topik2 yang best naik. Klw tak best tak kuasa I! (Kena berlagak unt jd femes..ingat tu). Haha. Idakler..saya ni kebusyan skrg ni. Sehinggakan terlupa untuk save top komentar last month. Sape rasa dia top komentar blog saya bln lepas sila mengaku. Akan ku taruk namamu di sudut kanan blogku(#_^). Bukan nak bg hadiah. Cis cis kedekut!:-p


Korang tgkla carta pengunjung blog saya tuh. Kdg2 ada 4 org je dtg blog saya. Itu pun 2 daripada pengunjung tu adalah diri sndiri yang menggunakan 2 laptop yang berbeza. haha. Yang bar tinggi skali tu masa topik "pengaruh Siti Nurhaliza". Very impres mak siah..

***Camne saya nak kaya dgn nuffnang ni klw tdk femes. Aduhaiii...

Wednesday, April 22, 2009

Hepi Besday Sue & NekPP!!!

Busy betul saya seminggu 2 nih. Syukurlah saya masih punya kerja di saat beberapa rakan saya diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Secara peribadi saya tak merasa sebarang efek pun dlm kegawatan ni. Sama saja..ekonomi dunia gawat ke tak gawat ke, saya tetap mainten cun..erh bukan bukan..tetap menten cenggitu jugak. Tak kaya dan tidaklah meminta2. Cukuplah sekadar bersederhana dalam segalanya.

Akibat ke'busy'an saya ini, saya telah terlupa untuk membuat satu entry for birthday wish untuk my dear friend Suehaida. Sedangkan masa birthday saya, Sue siap cover 1 page blog dia lagi semata2 nak wish besday kat saya. Terima kasih yer Sue. Sangat terharu walau saya tahu Sue mmg setting 1 entry untuk 1 page. haha.

By the way, tak kesahla kan walau lewat seminggu pun..saya tetap nak wish dan nak masukkan gambar Sue kat sini. Better late than never. Huh huh. As usual gambar telah di curik dari friendster Suehaida walau saya mampu mencuri dari Facebooknya. Nak bagitau jugak tuh dah ada facebook sekarang nih. Haha.

Buat Sue, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang mungkin terakhir berstatus single and very not available tu. Saya doakan moga Sue tabah harungi segala liku2 hidup ini lebih2 lagi di saat bergelar tunangan orang ni. Banyak dugaannya dari sudut hubungan, nafsu dan pemahaman terhdp psgn. Semoga Sue lebih matang, success dlm pelajaran, dlm hidup dan yang penting semoga bahagia selalu k. Owh yer, saya juga doakan semoga Sue cepat2 ke jinjang pelamin. Saya dah tak sabar nak tempah baju baru dah ni. Haha.

Dan salam takziah atas kematian Pak Ngah Sue yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru2 ni. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Dan marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. AL-FATIHAH.

Dan setiap kali kita menyambut harijadi, itu bukan bermakna umur kita semakin bertambah, tetapi semakin berkurangan. Saya tak suka iklan yang "I love my age" tu..

Dan Selamat Hari Jadi jugak kepada semua blogger yang menyambutnya pada bulan April ni. And special birthday wish for NekPP. Hepi birthday to you. Smoga kalian bahagia dunia dan akhirathendaknya. Aminnn...

---------------------------------------------------------------------------

Dan ini adalah tag dari akak fantaghirolynn. Kak Lynn ni mesti suka tgk citer Fantaghiro dulu2 ni kan kan. Kat TV2 kan cite tu dulu. Dan tag nya adalah mengkehendaki kita mem"print screen" kan wallpaper yang sedang kita gunakan. Dan untuk first timenya saya belajar watt print screen nih. Wahhh terornya saya. Tahniah! Tahniah kepada saya yer. Haha. Mmg batak benda senang mcm tu pun tak reti buat. Btw mekasih yer kak lynn ajarin aku inih.

Dan ini adalah wallpaper yang saya sedang gunakan sekarang. Cantikkan rama2 nih. Tak leh taruk gambar sendiri kat desktop nih. Line tak clear sbb kedudukan meja di ofis adalah tempat di mana terdapat ramainya orang yang suka berlalu sambil mencantas lalang. Nanti klw taruk gambar ada je yang sudi nak bertanya..Ni gambar sape ni? Gambar kat mana? Bila pergi? Aduhaiii...

Tapi sbb masih lg merasakan diri berketurunan batak, saya wat lagi satu print screen nih. Haha gambar masa muda2 remaja lagi. Dah ada yang jadi mak orang pun kengkwan saya nih. The good old days ever.



Dan beberapa award yang saya dapat dari Kak Ain dan jirannya NekPP. Kata Kak Ain dia tak mau kawan kat sesape yang tak ambik award dia nih. Jadi saya ambikla sbb saya suka berkawan dgn kak Ain. Tak tahu nape. Adakah kerana dia mempunyai anak dara yang jelita. Erhh untuk sape pun. Atau mungkin sbb umah dia ala2 umah Inggeris kot. Tu pasal saya suka baca blog dia tu. Walhal dia tak pernah pun taruk gambar umah dia kat situ. Muahaha. Kak Ain sila taruk gambar dekorasi rumah anda. Saya kepingin skali melihatnya. Mashihh..
Dan terima kasih juga buat NekPP yang sudi bagi award nih. Walau dirimu meng"invite" daku di dalam facebook mu. Akan ku jenuh memikirnya dahulu sama ada mahu accept or just ignore it. Ngeeee. Sebabnya saya merasakan sudah cukup popular jadi dah tak nak trima kenalan baru lagi. Keh keh. Padahal tak nak orang usha line...baik punya mengutuk kat blog...diri sendiri pun sama hampeh sebenarnya. Haha. Nanti yer nekPP saya renung2kan...







Ketika saya sebuk2 buat kerja, ada satu problem untuk delivery lighting baru. Enquiry spec dia menyatakan lampu tu mestilah bertahan untuk 30 tahun. Dan my boss said :

"Just give it the normal one, masa lampu tu rosak kita dah mati pun"..

Sunday, March 29, 2009

Saya Sangat Kagum Dengan Anda Blogger Sekalian

1) Sbb anda punya banyak masa untuk mengupdate blog anda. Tahniah!

2) Sbb anda sentiasa ada idea untuk blog anda. Entry2 anda juga kdg kala sgt best untuk di baca.

3) Sbb anda sudi berkongsi stiap inci kehidupan anda di blog anda. Apa yang anda makan hari ini, apa yang anda buat hari ini..anda ceritakan. Saya sangat kagum.

4) Saya juga kagum dgn anda kerana apabila entry anda menceritakan tentang apa anda makan, apa yang anda masak, apa yang anda beli...disertakan dgn gambarnya sekali. Saya sangat kagum. p/s: Confirm kamera terdapat dalam laci dapur anda:-)

5) Anda juga rajin menurunkan komen2 membina, menarik sambil kdg kala mengutuk entry orang lain dgn menggunakan nick *****.

6) Anda juga menggunakan ayat dan cara penulisan yang best dalam entry anda. Saya sangat kagum dgn tatabahasa yang anda gunakan.

7) Penulisan anda juga kadang kala memberi saya inspirasi, keyakinan, dan ilmu2 yang kian lama kian saya lupakan akibat zaman persekolahan yang telah lama ditinggalkan.

8) Dan saya juga sangat kagum dengan anda yang membuka topik baru semata2 untuk mengutuk saya. Saya sangat kagum dengan anda! Terima kasih kerana sudi mengomen saya secara jujurnya dalam blog anda tanpa mengetahui saya telah membacanya.


***Saya tidak komen blog2 anda semua tidak bermakna saya tidak membaca entry anda.

Wednesday, January 28, 2009

Blog 3 kolum

Fuh..akhirnya saya berjaya jugak buat blog ni jadi 3 column. Izzah..i pun ada 3 column ok. Haha. Thanks 2 amoi sbb bagi link ni : http://tips-for-new-bloggers.blogspot.com/2007/07/three-columns-rounders-2-template.html

Sape2 yang nak buat 3 column tu boleh ler mengelik link tersebut. Skali ikut je arahan yg diberi..akan menjadi dgn jayanya. Wahhh hebatnya aku! (Berlagak nih!)..hu

Oklah..nak tukar2 kaler blog dulu. Pastu nak add link mereka2 yg patut dilink kan. Wahh terima kasih yer kerana meng"link"kan blog saya. Sape2 yang saya tak link kan tu lagi bgtau yer. Maklumlah sejak blog jd 3 kolum ni (ish..berlagak lagi skali nih..)..byk link dah hilang. Hu..So let me know to link u back ok. Yang bg komen kat shout box tu akan ku linkkan smua. Buat Kak Tinie..nnti free2 ku buat tag mu itu yer. Untuk Lilies : Boleh tak tunggu i kurus balik untuk tepek gambar tu..hiks. Lg skali unt Cikgu Izzah : Saya dh kembali bekerja..sronoknya nak ke ofis harini..maklumla blog dah jd 3 column. Haha..mau berlagak lagi. Sekian mekasih :-p

Kukujarikutaip : Hemm..nak kena pike topik2 yg best plak lepas ni. Maklumla blog dh jd 3 column..kenalah ada pengisian yg padat dan mampat gitew. Terima kasih kerana me"link"kan blog saya.

Thursday, January 15, 2009

I'm Stuck Over Here..HTML Code..Failed!

body.sidebar-left #footer { margin-left: -110px;}
/* So we move the #center container over the sidebars to compensate */body.sidebar-left #center { margin-left: -110px;}
/* And add blanks left and right for the sidebars to fill */body.sidebar-left #squeeze { margin-left: 110px;}
body.sidebar-right #center { margin-right: -110px;}
body.sidebar-right #footer { margin-right: -110px;}
body.sidebar-right #squeeze { margin-right: 110px;}
body.sidebars #center { margin: 0 -110px;}
body.sidebars #footer { margin: 0 -110px;}
body.sidebars #squeeze { margin: 0 110px;}

Ish..blog template ni degil betulla..bila betulkan kod yang ni yang tu lari..betulkan yang tu yang ni dah ke mana2 dah hilangnya. Huwaaa..sadis betul.

Ada tak sape2 yang terer psl HTML kod ni..help me plisss..Asalnya nak jadikan 3 column blog ni..tapi tah mana2 hilang 1 lagi kolum tu. Haha..nampak sangat sekolah tak habis.

Dulu ada gak belajar C++..ala2 kod2 HTML ni lah..result unt subjek tu hampir2 nak 4flet tau(riak nih). 3 point something la. Tahu tak macam mana saya boleh dpt result sebagus itu?Sebabnya saya selalu copy n paste simulation orang lain. Haha. Jahat kan..hik hik..

Mcm mana saya buat? Unt subjek tu biasanya kitorg buat dlm lab komputer. Bila lecturer bagi soklan..saya akan try buat..tapi biasanya tak boleh simulated pun. Haha. In the end of the class..sure kelam kabut..so main cara kotor (untuk hidup)..i go to START - My recent Document..gegege...apa lagi carila result org lain kat situ. Budak kelas lain sure dpt soklan yang sama. Biasanya diorg akn save dlm komputer tu jugak. Dengan pelbagai nama. Ada yg wat nama sendiri la..nama kelas la..save as AAAAAA la..Huh..kena rajin2 la godek satu2..Hasilnya saya berjaya wat simulation...Hahaha.

Itulah yang saya lakukan masa kelas C++ dulu. Dan sekarang..saya tahu saya dah dpt balasannya. Bila kita belajar secara tak berkat kan. Ye saya tahu saya bersalah..Saya dah insaf nih..Sob sob..

Walau C++ tu takdela sama dgn HTML code ni kan..tapi saya tetap failed tulisan2 alien ni. Saya tak pahammmm...huwaaa..tulun tulun. Anyone?

***Tahu tak mcm mana nak save apa yg ada dlm windows ni as a picture? Saya nak tunjuk mcm mana rupa my page element tu kat korang smua. Kena pakai software ke? Saya budak baru belajar..ambil galah tolong tunjukkan..gegege

Wednesday, January 14, 2009

Any idea for my blog?

Since i'm already ketagih with this bloging2 kan..u alls ada idea tak what should i write in my blog?

1) Should i write about my-self here? About my husband ker or my family ker? Alah segannya nak crita psl diri sendiri nih..mcm bagus2 je rasanya...hik hik
2) Or should i tell the whole world about all the kekayaan that i have? Cerita psl my house ker..my car..my salary..dan bgtau smua org byk mana aku dah derma unt badan kebajikan..wah...wah...untuk riak, takbur dan berlagak gitew.. (reject shop) 3) Or should i gossip about artis here? Err..kira mengumpat pasal artis la. Buat dosa di sini..gegege.(Gambar hiasan : Memey yg berjaya menglemerkan diri sendiri tanpa perlu mempunyai blog peribadi:-p} 4) Ataupun..haruskah saya bercerita tentang Humayra yang comel..atau psl anak2 buah yang kecik2 dah pegi Mekah?
5) Or should i write about the latest news? Isu2 semasa yang hangat dlm newspaper. Kira tolong rumuskan lagi la berita tersebut. Dulu kenkonon bercita2 nak jadi wartawan..tapi sekolah sampai tgkat 4 je..adehh
6) Atau bercerita tentang kehidupan seharian..tentang kawan2 yang sengal2 otot lagi kusayangi itu..cerita mengenai function2 yang dihadiri..err..rasa mcm artis la plak dok crita smua benda kat org..heh heh

7) Atau menulis tentang luahan jiwa perasan (mmg perasan..bkn typing error yer)..gembira..kuciwa..geram..bosan..bla bla..macam2 rasa ada..lebih sedap dari ikan siakap masak 3 rasa ceritanya..
Which one should i write ha?..Adehhh..susah2 ku campur adukkan smua di atas..Sukati akula kan..blog aku..aku punya sukalah kan nak tulis pasal apa. Haha. Terima kasih di atas smua pendapat diri sendiri di atas. Lalala (Hatiku berjoget2 riang)
***Suka baca asam garam kehidupan orang lain..suka baca tulisan mereka yg berilmu..yg sudah berjaya..suka baca jugak idea2 org yg otaknya giler2 yang boleh menjadi pengubat duka lara ..Kenapa saya suka baca blog orang lain?..sbb mcm2 ada...Keep writing guys..

Friday, December 26, 2008

Aku Jatuh Cinta Pada Blog

Mula2 start tulis blog dulu rasa nak update sekali sekala je. Kdg2 je nak jenguk blogspot nih. Alih2 skrg ni hari2 dok bukak blog nih. Klw tak update sebok terjah blog orang lain. Sudah addict kah aku? Haha.

Tapi ok apa blog ni. Aku rasa dah mula jatuh cinta padanya. Ceewah. Aritu sesaje je nak buat blog ni. Tengok orang lain buat nak buat jugak. Ni semua Liyana ni punya pasal. . Hehe. Aku klik link blog dia masa dia buat status kat YM dia tu. Then link to link to link. Rasa seronok pulak baca2 blog orang nih.

Orang tulis macam2 perkara dlm blog. Yang elok dijadikan sumber inspirasi. Ada yang bila kita baca smpai bergenang air mata nih..ish ish..syahdu, pastu ada jugak yang cerita pasal hantu la, rumahtangga, anak2, mahupun kehidupan harian mereka. Tapi yang pasti dengan membaca blog2 ni macam2 perkara yang boleh kita dpt. Kadang2 idea yang diorang bagi tak terfiker dek kepala otak kita sebelum ini. Belum lagi cerita2 tragis yang boleh kita jadikan sempadan dan sbg peringatan. Dengan baca blog kita boleh kenal seseorang itu. IQ tinggi kah..orang kayakah..suka berlagak kah dia..atau seorang yang low profile d luar tetapi idea di blog dia bergunung2 tingginya.

Bagi aku blog ni lagi ok dari network perkenalan or whatsoever yang lain. Sebab kita boleh masukkan picture-no limited. Video..dan kita boleh bercerita berdasarkan gambar2 tersebut. Selain itu klw kita nak bercakap dan taknak orang kenal kita pun boleh jugak. Tapi melalui tulisan tu kita boleh kenal orang tu mcm mana bagaimana dan tahap mana dia tu.

Kira seronokla blog ni. Dan rasanya amat sesuai untuk luahkan perasaan. Boleh buat diari harian kita ke. Nak cerita pasal seseorang ke. Pasal anak kita ke. Then nanti bila diorang besar suruh diorang baca balik blog ni..biar diorang terharu sikit tengok mcm mana kita besarkan dia. Blog jugak sesuai unt bg pendapat mengenai sesuatu perkara, yelah kita bukan sesape pun unt bagi pendapat. Sekurang2nya bila ada blog ada lah tempat untuk berkata2..klw ada orang baca itu dah kira bagus. Kot2 ada orang nak forwardkan pendapat kita kat newspaper ke. Ha mana tahu.

Kesimpulannya..aku dah benar2 jatuh cintan sama ini blog. Ahaha. Thanks Nurliyana..jasamu akan ku kenang:-). Nurliyana ni kwn aku yg plg lama aku penah kenal. Since umur 5 tahun. Kitorang 1 tadika dulu. Hope pasni aku akn dpt lebih ramai kawan dekat blog ni. Sukala baca blog2 korang. Sorila klw aku main terjah je. Saje tinggal jejak. Ahaha. Nak la jugak orang komen apa yang aku tulis ni. Penat tau perah otak nak menaip bla bla. Tapi biasanya aku menulis bila ada idea je. Tapi oklah kan blog ni..umur ku dah tak sesuai unt My Space ke Friendster ke. Itu tempat nak cari jodoh oklah. Haha.

Selain boleh dpt info baru, boleh tambah kenalan jugak kan kat blog ni. Macam sukalah dgn bloger2 sekalian ni. Sbbnya dari penulisan tu boleh tahu tahap profesinal korang. Then sbb dah pandai menulis kan..maknanya korang amatlah bijak2 belaka. Wahhh sukanya saya ber blog2 ini..

Friday, November 21, 2008

Salam perkenalan


Lately aku suka btol membaca blog2 org..n komen on their blog. Ntah kenapa harini trasa plak nak buat blog ni. Hope aku x ketagih dgn menatang nih..mau 24 hours per day aku dok ngadap je blog ni. satu keje pun x jd nanti. haha.
Dalam blog ni aku plan nak buat tempat aku mengumpat. Actually byk yg aku x puas hati. Klw nak pike sakit hati tu mmg rasa nak tonyoh2 kpala org yg buat aku sakit hati tu. Tp disebabkan tahap kesabaran aku setggi gunung Ledang aku wat dek je lah biasanya. So aku plan nak ngumpat ngata ngutuk dengan berhemahnya kat sini. So bg sesape yang makan cili sos..jgn nak ambik botol sos kfc tu buat balik yer. Aku mulakan blog ini dgn sejuta keampunan dan
insyaAllah aku akan slalu mintak ampun lg. heh heh. Papun kepada korang yang membaca blog aku nih..tenkiu toche sifu. Segala tulisan aku adalah lahir dari hati nurani aku yang mulia ni. Klw ada yang terasa, ada yang kata aku over ke hape..please leave ur komen, i will reply it. Membaca dan merenungkan stiap apa yang di baca adalah terbaik unt kesihatan minda anda. peace.