Wednesday, October 20, 2010

Hanya Perlukan "Ini" Untuk Langsingkan Badan

Ada baca tak muka depan akhbar Kosmo semalam dengan tajuk GAGAL KURUSKAN PELANGGAN. Seorang pelanggan Marie Body France bawa kes ke Persatuan Pengguna bila pusat rawatan tersebut gagal kuruskan badan dia walau telah melabur lebih dari RM15 ribu. Gilo ko...bape banyak makanan leh makan guna duit banyak tu. Bling bling...

Saya pun nak kurus jugak. Perempuan mana tak nak kurus...tak nak cantik kan. Bila kurus dapatla pakai baju cantik2...kalau pakai baju buruk pun orang cakap cantik..sbb takde lemak yang terkeluar sana sini.

Sekarang ni macam2 produk boleh kita dapatkan untuk kuruskan badan. Dari herba...pil...jus..threadmile yang ala2 Ferrari tu~~dengan iklan Amy Mastura yang sangat takleh blah tu...dan bermacam2 pusat kuruskan badan ada. Pilih je mana nak. Model2 yang ditaja dan berjaya kuruskan badan pun semua cantik2 belaka. Dan kita berasa teruja dengan iklan2 mereka.



Tapi terfikirkah anda...jika seramai ini testimoni yang berjaya kuruskan badan...agak2 berapa ramai yang tidak berjaya? Dah tentu tidak dinyatakan oleh pengeluar produk2 tersebut kan. Saya pernah terbaca Enot ditaja Dr. Rozmey untuk kuruskan badan...tapi takde hasil pun tgknya. Hehe.

Apapun produk yang kita guna, yang kita makan, yang kita dapatkan rawatannya...semuanya perlu dari hati yang nekad. Kita kena nekad kawal pemakanan. Pemakanan pula dari faktor psikologi. Biasanya hari pertama diet, sepanjang masa kita pikirkan tentang makanan. Umpama boleh mati kalau tak makan. Sebab otak send kat perut gambaran2 makanan yang nak dimakan, dietpun hancur. Sekerat haripun tak jalan. Sebabnya hati tak nekad tak cukup tabah.

Kalau beli produk kuruskan badan yang perlu kita makan. Kita kena ikut aturan. Hari2 kena makan produk tu ikut time, makan kena kurangkan, nasi klw boleh kena tinggalkan sebab bila makan nasi selera jadi besar..lauk macam2 nak...dah tu kena makan sup2 je..yang kurang minyak kurang kalori. Tabahkah anda? Kalau perut dah diajar hari2 makan banyak, makan kfc pizza segala...minda mmg dah set benda2 manis je..mmg payahla nak harung tabiat makan ni. Dah tu ko makanla produk kuruskan badan tu...makan pun ko bedal...mmg sampai bila pun tak kurus. :=p. Produk makan ni dinyatakan akan kurangkan selera makan...tapi klw dah mindset ko ingat kat makanan je...sukar...mmg sukar kalau tak tabah.


Kalau beli alat senaman atau register ke Gym pun sama. Biarlah ko ada personel trainer sekalipun. Kalau tak ikut aturan pemakanan dia toksahla nak berangan nak kurus. Kalau ikut jadual trainer hari2 kena makan roti ngan salad. Telur seminggu sekali je. Yang lain2 takde dalam list. Kudap-kudapan cuma buah-buahan je. Itu pun buah epal dan yang berserat tinggi je. Durian D24 yang manis, isi banyak biji kecil tu jangan harapla dapat makan. Kek coklat apatah lagi. Sob sob. Dah tu pergi gym kena selalu. Jangan asyik nak skip kelas je. Kalau beli alat senaman sendiri kenala rajin mengayuh, berlari. Jangan 10 minit dah berpeluh pastu berhenti dah. Minggu depan pulak sambung. Memang tak kurusla. Huuu..


Sama juga seperti pergi dapatkan rawatan kat pusat2 kuruskan badan tu. Mula2 kena bayar RM699. Itu untuk 2,3 balutan..2,3 kali urutan cili dan 2,3 kali sauna. Untuk teruskan sesi duit kena tambah lagi dan lagi dah lagi. Dari RM699 tu boleh jadi ke RM16 ribu juga. Tu pun belum tentu ko kurus kalau tak jaga pemakanan. Consultan kat pusat kuruskan badan tu akan suruh kita senaraikan apa yang kita makan hari2. Walau sebiji gula2. Kadang mulut nak rasa sedap...tibai juga la nasi lemak sebungkus 2. Tapi takkan nak tulis kan...nanti kena marah. Alih2 mengomel buat rawatan 3 minggu sekali tak kurus2 pun.

Kat dunia ni apapun yang kita nak boleh je kita dapatkan. Janji kena nekad. Kalau separuh jalan je takyah la buang masa buang duit. Kalau semua produk tu sangat berkesan tanpa usaha banyak, tanpa perlu tahan nafsu makan...dah lama Siti Nurhaliza kurus balik, dah lama Sharifah Aini pakai baju size S dan dah lama Rosmah Mansur pakai kebaya. Setakat ada duit nak bayar nak beli segala produk kesihatan ni tapi tiada tekad yang kuat untuk tahan makan toksahla berangan nak kurus.


Petua untuk kurus...kena kurangkan makan...kurangkan makan..dan kurangkan makan. Produk2 tu cuma membantu mempercepatkan lagi proses untuk kurus. Yang penting air kena minum 3 botol besar sehari...malam jangan makan. InsyaAllah sangat berkesan :=)))



Komen : 1- Rasa nak gelak tengok orang yang promote produk kuruskan badan pun gemok. Nampak sangat orang lebih percayakan kata2 dari lihat hasilnya. Tak terpikir ke asal la dia pun tak kurus2 walau pakai girdle hari2. Cerita dia mmg la best sebab dia yang jual produk tu:=p

2- Banyak testimoni tentang kejayaan kuruskan badan...kalau rajin jumpa la dengan pentestimoni tu dalam masa 6 bulan lepas tu..tgk dia kurus lagi ke tidak. Heheh. Carilah testimoni mereka yang tidak berjaya dengan produk tu dan fikir dulu sebelum beli.

3- Dalam banyak2 ala2 MLM kuruskan badan ni kan, saya suka cara Dr. Rozmey. Walau rambut dia ehem sikit...hihi...saya suka tgk testimoni pengedar produk dia. Yang dah berjaya pakai Saga BLM...Myvi je. Kira logikla kan. Ni tak...jadi pengedar alih2 dapat pakai Mercedes. Tah sape2 punya Merc la jadi mangsa dia bergambar tu. Heheh.


Gambar : Ray Benson peserta the Biggest Loser yang berjaya kuruskan badan lepas tu naik balik badan dia akibat tidak menjaga pemakanan. Dan ramai lagi bekas peserta rancangan realiti tersebut yang gain weight...cuma tidak disiarkan di media sahaja.




Oklah..renung-renungkan dan selamat menguruskan badan. Chayok2!!!





---->Ini bukan pemikiran negatif yang diserap untuk tidak yakin boleh kurus, tetapi untuk berfikir sebelum membazirkan wang untuk sesuatu produk. Untuk berjaya kurus boleh dengan pertolongan produk tetapi nekad pada diri adalah yang utama. Say no to food!

8 comments:

Queen said...

say No to non healthy food...

heee..

Daging makan sebulan sekali je..Hee..

Elakkan makan burger la..sosej la..Mekdi la..

Makan la roti dgn sayur2 an..

Nik setuju dgn ayat Kak Emy..pemakanan kene jaga..Gaya hidup sihat..insyaAllah.. =)

Diamilikku said...

i like this entry....really2 like....

syabas emy...hehehehhehe...NAFSU makan memang sukar nak dikawal...

Ms.Lilies said...

Sangat suka entry ni...
Apa2 pun smuanya bermula dengan nekad di hati...

Jemari Seni said...

Susahnyer nak kontrol napsu makan nih....
Lemah lutut kalau tak dapat nasi hehhehe camne la nak kurus.

atty's said...

betui emy..yang penting mindset..no rice..huhuuhuh..bila lah kty nak kata taknak pada nasi..

awin said...

huhuhu....macam2 la...tp betoi la tu...ade org jual produk kurus tp yg jual tu pon x kurus...bulat je badannye...ade kwn sy sorg tu jual hai o..produk beautiful...tp bdn die sndri x beautiful pon sy tgk..klakar pon ade...

Dee said...

nti nk ikut petua emylah..kalo x kurus gak k dee..tgu jelah surat saman eh..kehkehkeh..

fazemy said...

Queen- Ye say no to healty food. Tp yg not healty tu la yg sedapnya. nyum nyum..

Kak Ina/Ms Lilies/Jemari/Kak Atty- Itulah yg payah nak kurus ni.

Awin- Mentang2 ko kurus..ko mengata org gemok yer. hihi

Kak Dee- Nak diet apa lg..dah kurus sgt dah kak dee tu:=p