Friday, October 29, 2010

Ada Orang Cakap Muka Aku Macam Manohara

Kejadian berlaku kat Husein Sastranegara International Airport-hehe nak jugak sebut nama airport panjang2 ni. Tetiba teringat kejadian ni. Sebabnya masa search gambar "cik anj dan cik bab" untuk entry sebelum ni...terjumpa pulak gambar Manohara Odelia Pinot tengah pegang anjing.

Kejadian berlaku masa serah passport kat pegawai Imegresen, tetiba pakcik tu kata muka aku mirip Manohara. Masa tu memang tengah hangat kes Manohara lari balik Indonesia tu. Pakcik tu siap masuk dalam office dia panggil kawan2 dia nak tunjuk aku. Terasa macam artis la aku time tu. Semua dok tengok aku. Nak mintak autograph la tu. Hah hah

Baru je aku nak riak dan makin berkembang...tetiba mak aku menyampuk. "Manohara apa kalau gemok camnih!"...Cis...memang tak menyokong pendapat anak langsung la mak aku ni.

Dan semalam baru la aku terajin nak search muka2 Manohara ni. Lepas kes dia lari dari Tengku Fakri (adik Sultan Kelantan skrg ni)...Manohara dah makin kurus. Gambar2 dia kat newspaper pun tunjuk dia time kurus2 je.



Bila aku search banyakla terjumpa gambar2 dia time gemok nih. Hasil makan bersuap kat dalam Istana...pastu tak reti nak bersyukur. Erhhh takmo campurla hal rumahtangga diorang ni.

Seksigem gak Manohara ni. Model lah katakan.


Ni semua gambar2 lama dia ni. Latest dia dah turun 10kilo dah. Maybe lebih. Maklumla dah makin popular di 2 negara. Dengar-dengar ada berlakon filem pun kat Indonesia.

Bawah ni masa saat bahagia diorg.





Setelah dikaji dan diusul periksa...ada la kot muka aku ni iras2 dia. Tang mata sepet dengan kening tu. Hehe meng"compare" kan sendiri. Dan sebab muka aku bulat2 tembam2 cam dia jugak...dan kalau aku banyak duit pakai handbag branded cam dia harus muka aku lagi sebijik cam dia. Hahaha.



Seb baik ayah aku tak Mat Salleh. Kalau tak hidung Manohara pun sama macam aku. Kembang-kembang kempis gitew. Kah kah.



Apesal la Tengku Fakri tu susah2 culik Manohara ni. Aku kan ada. Made in Malaysia lagi. Hehe. Ok dah habis perasan....laki aku dah tepon. Bye!

8 comments:

siti said...

itula kak..watpe la p kawen dgn org luar..kan dh susah..org mesia pon ada yg iras manohara jgk...

Atiqah Adnan said...

cantik rupenye emy ni eak..
sebab tu tanak tunjuk muka..tihihi~

mendatak hijau said...

tgk sket kak..kot2 la aku leh mintk sign..huhu

Dee said...

emy..jap2 kak dee nk cuba ingat muka emy..adalah iras2 emy..nti kak dee nk mtk sign eh..hihihi..

cikbedahlaser said...

ehh mano..nk signnn...
ade la kot..tang mata...
klu free hair leh sy suruh akak wat rmbut style2 mano...
xpe..akak lg lawa dr mano..sy taw.. hehehhe

fazemy said...

Siti- Banyak duit lagi jauhla carinya.

Atiqah- Kalau cantik mesti dah tepek byk muka sndiri kat blog ni..tapi sbb tak cantik la menyorok ni. maluuu..hihi

Mentadak- Takmo la tunjuk...kang ada lak syarikat recording nak ambik akak jd artis diorg. haha

Kak Dee- Ok...satu sign RM10 hengget yer...side income. haha

Cik Bedah- Klw akak free hair mmg dah kawin ngan Sultan la kot skrg ni. Hahaha.

Queen said...

ha..jap..saya nak pengsan jap..agaggaa..

kak emy..jom amik gambar..pastu kita tepek kat blog..

"saya bergwmbar dgn monahara".

habesla..ahahaha

fazemy said...

Tgk2...blom pape lg dah ada peminat. hahahaha