Friday, October 15, 2010

Gambar2 time Open House 2010






Bila saya nak buat open house, adalah mulut busuk yang berkata "takkan ada orang yang nak datang". Entah kenapa saya tersensitif dengan kata2 dia. Mungkin sebab saya tak suka dia kot. Saya tak suka dia sebab dia tak suka saya. Jadi apa2 pun yang dia kata semua saya tak suka. Semua saya ambik hati. Kalau kawan2 cakap saya gemok..saya redho..saya mengaku sambil bergelak ketawa...tapi kalau dengan hampagas ni rasa panas je hati. Ada je pasal aku nak dikutuknya. Kalau cakap depan2 takpe, ni jenis cakap belakang2 pastu ada pulak yang tukang buat penyampaiannya. Sakitnya hati walau apa yang dikata tu cuma benda kecik je. Astagfirulhalazim...ish hati ni... --->Ini bukan soal nak dengki ke tak puas hati ke apa...ini soal aku dah menyampah tahap gaban dah. Pastu elok je dia dtg umh aku dgn muka tak malunya. Eeee tak jemput tak jemput pun..!


Saya pun buat open house. Untuk pertama kalinya di rumah sendiri. Tetamu yang datang tak berhenti2. Terasa nak nangis je terharu dengan mereka2 yang sudi datang ni. Walau duduk jauh beribu batu sampai jugak kawan2ku. Tocey tocey semua. Terharu sangat. Dah tu dengan jiran2 yang super peramah belaka yang sudi singgah rumah kami. Diorang kata sebelum ni segan nak datang sbb owner lama eksyen lebih. Hehe. Ok ok kami low profile je orangnya.



Atas pertolongan mak dan kakak, tersedialah menu :

Nasi hujan panas
Nasi putih
Ayam masak merah
Daging rendang
Nasi impit
Kuah kacang tak ingat plak bape kilo
Sayur campur--->Ingat nak buat dalca timun tapi takut lembik bila dah malam
Bihun tomyam
Kuah timyam ala Rumah Thai--->Kakak pernah kursus kat situ. Tak bape best sgt tomyamnya.
Yong tau fu
Kek coklat
Puding jagung (Tak sempat tangkap gambar...puding berbentuk ikan..rasa taknak bg org makan je. heheh)
Puding caramel
Keropok kering
Tapai pulut

Pastu ingat nak buat Koktail susu tapi tak sempat pulak. Yong tau fu tu pun sempat rebus 1/4 bahagian je. Punyalah tak sempat nak masak dengan berebut dapur nya. Itulah first time kami masak byk2 anak beranak. Kalau tak memanjang order jiran sebelah. Heheh.


Apapun sangat seronok. Dengan karenah anak2 kakak yang tak menang tangan untuk dilayan. Tetamu yang datang pun tak putus2. Sampai ada yang tak sempat dilayan. Tahu2 je nak balik. Asal nak duduk je ada lagi 2 group yang datang. Kalau dtg bergroup oklah tak dilayan, diorang leh sembang sesama diorang. Yang kesian kalau datang sorg2 takpun yang kapel2 tu. Maaf yer kalau tak sempat bersembang. Dah la dtg jauh2...lama tak jmpa pulak tu..alih2 tak dilayan. Sori sangat2.


Apapun sangat seronok buat open house atas usaha sendiri dari A to Z..seb baik ada Econsave dekat..laju2 pergi sana kalau barang tak cukup. Dengan kejiranan yang baik. Walau baru duduk setakat periuk belanga ramai yang sudi hulurkan.


Oklah enjoy the pic. Buat yang sudi datang...kehadiran anda amat dihargai. Terharu ni..

3 comments:

mia said...

banyaknye makanan sis..hehe

atty's said...

teruk betui org yg ckp camtu emy..

jgn layan dia .biaq pi.

fazemy said...

Mia- Itulah..next year kena kurgnya menu tp bykkan kuantiti..penat basuk kuali je masak byk2 ni. hihi

Kak Atty -Itulah..yg kelakarnya dia pun sebok nak dtg jugak umah kita. hehe tak malu.