Friday, October 2, 2009

Selagi Nyawa Di kandung Badan









Hadis Abu Hurairah r.a:
Nabi s.a.w bersabda tentang apa yang baginda terima dari Allah s.w.t katanya: Seorang hamba Allah melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku telah melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: Hamba-Ku melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa.

Kemudian hamba Allah tersebut kembali melakukan dosa, lalu berdoa: Wahai Tuhanku! Ampunkanlah dosaku. Allah s.w.t berfirman: HambaKu melakukan dosa, tetapi dia tahu bahawa dia mempunyai Tuhan yang akan mengampunkan dosa atau menghukumnya kerana melakukan dosa. Oleh itu buatlah sesuka hatimu, Aku akan ampunkan dosamu.

Hamba tersebut berkata: Aku tidak tahu sehingga kali ketiga atau keempat aku meminta keampunan, tetapi Allah s.w.t tetap berfirman: Buatlah sesuka hatimu, Aku tetap akan mengampunkan dosamu.

(Riwayat Muslim)


:::Gambar yahoo- Selepas gempa bumi kali ke-2 di Selatan Sumatera Rabu lalu. Allah dh beri byk peringatan supaya kita bertaubat dan kembali kepadaNya. Tetapi adakah taubat kita sekadar tau buat? Tepuk dada tanyalah iman...

8 comments:

Dearie Pearls said...

Dear Emy,
Gambar2 yang membuat kita 'terpana'.
Semoga kita kembali ke jalan yang benar dengan peringatan yang berganda ini..

Thanks email me..

So sweet..

Anonymous said...

Memang insaf kan..

Saya menangis masa tengok berita mlm tadik..

Kesian sangat..

ain said...

selamat hr raya emy!!!!

kesian tengok nasib mereka ni!

Oya Mokhtar said...

bumi marah!! so..kena ler jaga bumi nih..! tgk tu nob..ko mkn lepas tu buang sampah merata2..marah ler bumi tuh!

fazemy said...

Ada satu kes tu..kat majlis kawin. Tetamu dgn pengantin perempuan smua tertimbus dlm tanam.

Anonymous said...

kita biasanya spt peribahasa hangat2 tXhI ayam. sedar la sat lepas tu terus terjerumus lagi. ingat time Gaza kena bedil last time, habis semua brand nak kita boikot, lpas u hampes. now, sama la, time2 berita hangat ni kita semua insaf... moga2 terusan insaf

Unknown said...

rasa terlalu sedih... kerana sebahagian dari saudara masih disana dan tak tahu keadaan mereka.

apapun, mmg tak boleh nak bayangkan jika keadaan begitu menimpa dibumi kita malaysia.... adakah akan sekuat mereka.

kehilangan adalah tragedi yang pedih...

watie said...

selamat hari raya..

sedih sangat2 :(