Kita kena membuat pemeriksaan sendiri sekurang2nya sebulan dalam sekali mengikut kata pakar.
Tapi saya tak pernah periksa pun. Malu arr nak tgk t*t*k sendiri dpn cermin. Haha. Blushing. Sampai lah minggu lepas baru saya dpt kesedaran tentang bahayanya kanser payudara ni pada kita wanita. Skrg ni bulan kanser ni kan. Selalu tgk kat hallmark channel tu iklan2 bekas pengidap kanser payudara nih. Tapi tak pernah ambik port pun.
Kesedaran tu dtg bila mana..mak saya dpt panggilan telefon Khamis lepas. Tentang pemergian kwn baik dia akibat kanser tersebut. Mak saya tak tahu menahu pun dia menghidap penyakit tu. Tahu2 arwah dah pergi dulu awal dari kita.
Semasa majlis pengebumian dia..sempatla mak saya tanya beberapa org terapat dgn arwah. Tersentuh hati saya bila diceritakan tentang arwah pulang ke rumah menangis berjam2 dalam bilik air lepas dia tahu mengidap kanser payudara ni. Dia dah stage ke-4 masa disahkan doktor. Iaitu setahun lebih yang lps. Ketika tu dia masih sehat..boleh bekerja.
Ada rumours2 yg pot pet2 mengatakan faktor dia mendapat penyakit tu mungkin akibat kurang menyusukan anak kerana dia mmg bekerja di sebuah syarikat terkemuka Msia dari muda hggalah saat kematian dia. Bygkan bila doktor bgtau yg kita takkan hidup lama lagi..sungguh terbeban perasaan tu. Tergambar2 saya perasaan arwah masa tu. Yang mungkin blh terjadi pada kita juga. Arwah seorang yg berjimat cermat. Saya tak tahu mcm mana dia menikmati hidup dia..kali terakhir saya ke rumah dia ketika masih bersekolah rendah. Dan ketika majlis pengebumian dia Khamis lepas..rumah tu sama je. Tak banyak yang berubah. Sya ingat..sbb saya ada byk gambar kat rumah dia masa kecik2 dulu. Dok main basikal la...bla bla..
Arwah byk menyimpan duit. Beli rumah 2, 3 bijik unt dinikmati lepas dia pencen. Tp rumah yg dia tggl adlh rumah yg sama bertahun2 lamanya. ........................................................................................... Org2 tua cakap sbb ada benda kat dunia ni yg belum dia langsaikan. Org tua2 ckpla..betul ke idak..jgnla percaya. Perkara penting yg kita bawak masa mati nanti hanya amal dan doa anak2 yg soleh. Dan saya rasa anak2 yang soleh tu arwah dah ada. Bila mana anak2 lelaki dia yang menurunkan jenazah ke liang lahad..bila mana melihat anak bongsu perempuan dia berpakaian asrama sekolah Maahad pada hari pengebumian arwah. Semoga roh arwah damai di sana.
Apa yang pasti kematian tu benar. Mak saya terkilan sebab arwah rahsiakan penyakit dia dari smua org. Arwah yang saya jumpa kali terakhir tahun lepas gemuk orgnya...hanya kurus kering ketika melihat jenazahnya. Sedih tak terkata. Kaum keluarga arwah dan rakan2 opis tahu pun bila 6 bln terakhir hayat arwah. Masa tubuh arwah menjadi semakin susut akibat tiada selera makan..cuti bekerja tanpa gaji dan kerap berulang alik unt buat kimoterapi dan radioterapi. Dan arwah pergi...saya pasti dlm keadaan penuh bersedia. Kerana dia tahu bila dia akan pergi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah. Al-fatihah.
:::Checkla payudara anda..kerana ajal kita mungkin bkn dgn cara begini jika dpt mengesannya di peringkat awal.
Wednesday, October 14, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
yess...emy pun kena gi buat scan gak tau. for the peace of mind dear!! akak dah buat scan n mamogram sekali! Alhamdulillah!!
Good kak Ain...before this mmg takde kesedaran lgsung. Sbb tak kena kat diri sndiri kan. Byk kes bila nk ambil tahu ketika sudah terlambat:-(
mmg segan tgk depan cermin, tp kene bt jugak..
periksa dr awal..
sedih la cerita arwah..semoga roh dicucuri rahmat..amin
ms kt ofs lama aku dulu, makck klener tu pengidap BC. dah buang pun sblh & dia selamber jek tunjuk kt aku parutnya. ala.. cam mak & ank la.. lps beberapa lama.. kanser menyerang dia semula. dai kena kanser tulang pulak. kini, dah arwah pun makcik tu.
Al-fatihah.
ish.. buang rasa segan tu. lg pun PSP kn.. self svc hiks!
tp kn.. buat pap smear lg malu weyyyy!!!
Dear Emy,
Blog ni LOL follow.
www.onebreastbouncing.blogspot.com
ada masa, Emy jenjalan ar kat sana..
memang sangat menginsafkan..
emy..kanser tidak kenal itu semua..faktor pasal x nyusu anak tu akak rasa emy kena cek betul2..ada jugak org nyusukan anak yg kena..
rajin2 ye buat cek up..nak2 bila dh kahwin n ada anak..
Al-Fatihah utk arwah..n takziah utk keluarganya..
Post a Comment