Saturday, April 18, 2009

Suggestion Place For Honeymoon

Ini adalah entry untuk kawan2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat ni. Mesti tangeh sebuk memikirkan barang2 keperluan majlis nanti kan. Jenuh nak ingat itu ini, tempah yang tu beli yang ni. Memang banyak guna masa, banyak guna duit, tapi lepas majlis confirm akan rasa kepuasannya. Walau orang kata kita pengantin tu yang diraikan, sebenarnya kita yang meraikan tetamu2 tu. Kita yang sediakan baget untuk hidangan kepada tetamu, goodie beg dan etc. Bila tiada pahat berbunyi selepas khemah di turunkan, kita akan tersenyum puas. Tapi dgn syarat la, jangan sesekali berhutang. Buatlah majlis seadanya kita. Jangan melampau untuk bermegah2. Sebabnya yang akan merasa pusing esok, kepala kita la jugak.

Biasanya tengah mekap2 tu kawan2 mesti sebuk2 nak tahu kita honeymoon kat mana kan. Mesti dah ada dalam baget korang kan nak honeymoon kat mana. Biasa pasangan pengantin pergi honeymoon lepas selesai majlis sebelah lelaki. Kalau ada baget, alhamdulillah. Klw ada baget cukup2, bagi saya pergilah selepas 2, 3 bulan berkahwin. Atau selepas dah ada anak sorang ke jika anda terus bunting pelamin.

Sebabnya saya bercakap dari pengalaman. Saya kawin muda. Agak muda untuk orang zaman sekarang ni. Kami bukan anak orang kaya. Jadi kena sediakan semuanya sendiri. Habis majlis kami pergi honeymoon. Ala kadar kerana baget ciput. Walaupun begitu gambar masa honeymoon tetap 300 keping lebih. Haha. Tapi itulah. Sana sini sangkut. Nak itu baget nak ini baget. Sebabnya mmg tak cukup baget. Baget dah hbs untuk majlis kawin. Gaji plak minggu depannya. Adusss...nak berjalan pun rasa tak best la kan. Tapi tetap best sbb 1st time g jalan2 jauh dgn suami secara sah tanpa ada orang lain yang menyibuk. Yeyyyy...gatai!

Honeymoon atau cuti2 yang plg best ialah masa duit banyak. Nak apa ambik2...nak makan itu ini..lahap2 kan aje. Jgn lupa souvenier unt mak, ayah, mak mertua to ketua kampung, makcik jiran sebelah, sepupu pak long belah opah bla bla semua dpt dibelikan. Jadi bila balik bercuti tu takdelah orang menanti2 apa yang kita belikan unt diorg kan. Kenapa orang putih pun nak kena ada honeymoon erh. Padahal diorg dah honeymoon awal2 lagi sblom kawin. Haha. Apapun honeymoon ni mcm meluangkan masa ber2 bersama psgn kita unt pertama kalinya. Berehat selepas penat melangsungkan majlis yang memerlukan kita berpikir selama berbulan2. Dan honeymoon ini juga sgt sesuai unt mereka yang duduk umah mak mertua lepas kawin. Arghh tak best betul ada orang kacau daun. Jadi bila berpeluang honeymoon, sangat2lah best.

Ok bagi sesiapa yang belum ada idea nak g bercuti kat mana tu, saya cadangkan Awana Porto Malai, Langkawi. Tempat dia romantik. Sesuai untuk mereka2 yang inginkan privasi. Hotel ni terletak jauh dari Pekan Kuah tu. Kiranya klw kita menyewa kereta dari pekan kuah tu, kita pusing satu pulau untuk sampai ke sini. Tapi takdelah jauh mana pun. Dalam setengah jam perjalanan dengan membawa kereta secara romantik.

Hotel ni lawa. Ada deck kat blakang dia membuatkan nya nampak unik. Petang2 dok bersantai tepi dek tu bestnya. Dengan angin laut menampar2 pipi sungguh dingin sekali. Kalau biasa rasa nak menampor orang mulut celupar, tapi bila dok kat situ rasa tenang dan damai selalu. Cheeewah!


Saya kenkononnya nak taruk la trademark kat semua gambar2 ni kan. Lepas buat 2 keping dah malas dah nak buat. Haha. Dah lama saya tak edit gambar, tah kenapa akhir2 ni saya malas sungguh nak mengphotoshopkan gambar. Mungkinkah kerana sudah ramai rakan2 friendster beralih ke facebook sekarang sehingga tiada siapa lagi yang sudi mengomen dengan ayat
"Erh mana hilang jerawat dimukamu? Kenapakah kau kelihatan lebih kurus dalam
gambar dan etc etc".
















Semua kat atas ni adalah pemandangan dari dalam bilik kami. Sungguh tenang kan pemandangan dia. Orang pun jarang ada. Tak bising. Hanya sesekali terdengar bunyi bot masuk parking. Dekat belakang hotel ni jeti untuk Star Cruise. Tapi masa kami menginap di situ takde plak Star Cruise nye. Klw tak boleh tumpang bergambar kenkonon kami bercuti atas star cruise. Haha. Saya pernah tgk Star Cruise dari Holand masa pergi Kemaman haritu. Ya Allah besar betul. Kapal dia sebasar 10 tingkat rumah flet darab dgn 10 bangunan flet 5 tangga. Giler besar dia. Kagum sungguh saya masa tu. Bilalah nak merasa naik Star Cruise plak. Bercuti selama sebulan pusing2 dunia. Wahhh sungguh best sekali. Dah2 jgn nak berangan..pergi Mekah dulu!

Tapi satu je yang tak best pasal hotel ni. Perabot dia semua yang lama. Tak up to date langsung. Katil, kerusi meja dia semua dari jenis rotan mcm ni. Mungkin dah lama tak tukar. Patutnya pihak hotel dah boleh buat dah :
"Jualan Perabot Terpakai Dari Hotel".



Pastu tombol pintu dia still lagi guna kunci. Tempat power masuk kad ni pun dah tak function dah. Kena tekan suis baru nyala lampunya Haiyaaa.



Pintu bilik air pun dah berkarat camni dah. Patut kena selek baru ke hape ke dah ni. Tak well menten langsung!


Pastu cat2 dinding pun dah byk menglupas. Takpe i dont mind. Mandi tetap segarkan badan.


Husband saya kan suka masak air kat hotel. Sebab dia suka guna cerek kat hotel. Walau saya..eee as usual tak suka la brg kongsi2 nih. tak sape lah yg pakai sbelum tu. Heee pompuan ngada2..gediks!




Dan lihatlah airnya. Berkeladak. Pagi2 masukkan air tu dlm botol, masuk peti ais, petang kluarkan dan beginilah hasilnya. Mmg takleh minum. Dan bercampur ngn air laut agaknya.

Pastu karpet dia..ketara kesan air. Mungkin sebab pelanggan2 sebelum ni. Tapi sepatutnya pihak hotel kena ganti karpet baru. Tak pun kena pakai pencuci karpet yg guna bahan kimia tu. Boleh hilangkan semua kesan. Eeee save cost betul la maintenace department hotel ni. Kedekut!



Pastu kan, saya mintak saterika. Mmg hobi saya masuk2 hotel je tros dial housekeeping service mintak iron. Tp tgklah iron board yang saya dapat. Haiyooo...klw ye pun belilah pembalut board iron tu. Rm5 je. Ada bg customer cenggini. Seb baik saya ni bkn datin2 sri yang ngada2. Mau kena se das masa hantar board ni ke bilik. Erh datin2 seri mana irn baju sendiri. Ngeee..


Apa yang saya komen ni bukan saya je komen. Sebelum pergi sana saya dah review kat internet dah. Mmg ramai yang complaint hotel ni not well maintenance. Tapi kami pilih jugak hotel ni..sebab view dia sangat best. Klw nak tempah bilik tu jangan lupa mention nak siew view tau. Klw tak diorg bagi garden view nanti.

Ini adalah pemadangan dari tempat nak naik bot ke pulau dayang bunting dan etc etc. Nun jauh di sana hotel Awana Porto Malai tuh. Cantik. Dok betul2 tepi laut.

Nak masuk ke lobi diorg yang sempoi tu ada kolam ikan kiri kanan jalan. Cantik sangat.

Breakfast percuma setiap pagi dengan menu yang sama tetap best walau hari2 ambik nasi lemak kuning je. With oren juice. Menu sehat saya sehinggakan bila berjumpa kawan2 yang dah lama tak jumpa akan terdengar ayat sebegini :
"Sehatnya ko sekarang ni..."
Haha.



Dan menu sehat itu akan ditambah untuk second round dgn ini. Tak elok sgt makan nasi berlemak..makan yang bakar2 je cam bean baked and roti bakar ni. Tu pun lepas dah kenyang mkn nasi lemak la. Kui kui...bini sapolah nih. haha.
Kitorg mmg makan kat deck luar tu lah. Saje menikmati pemandangan. Biasalah batak. Kat rumah saya takde pun pas makan bleh bg lebihan ayam, hot dog ke kat ikan2 mcm ni. Banyak ikan timbul. Seronok tengok.

Inilah deck tersebut. Yang bestnya ada penunjuk2 arah. Berapa kilometer kita dari negara2 lain dan arah mana. Sori gambar takde..sbb gambar penuh muka saya sampah tanda arah tu sedikit je yang kelihatannya. Hu.

Dan ini adalah pemandangan jika anda pilih bilik garden view. Quite good jugak kan. Cantik kolam renang dia. Klw ada anak2 gadis mandi berbikini lebih bertambah cantik pemandangan tersebut:-p.

Dan saya tetap mempromot Hotel Awana Porto Malai ini walau ada jugak keburukannya. Mana ada benda perfect kat dunia ni. Jadi kita kena terima seadanya. Walau kadang2 curious jugak nape hotel ni tak provide suratkhabar setiap pagi. Tapi bila terkenangkan tidur malam yang lena dengan tingkap terbuka luas, bunyi ombak memukul pantai amat menenangkan jiwa.
Saya bercuti kat sini saje2 je haritu. Kadang2 bila kerja kita akan rasa stress sangat. Hujung minggu yang sepatutnya masa untuk kami berdua2an penuh dgn aktiviti lain. Takpelah..itu tandanya hidup kami indah. Dan dikelilingi orang yang tersayang. Sekurang2nya kami tak pernah rasa kesunyian. Dan sesekali dapat bercuti merehatkan minda mebuatkan kita berfikir langkah indahnya hidup kita ini. Semakin kita kejar, semakin cepat masa berlalu. Jadi apa salahnya sekali sekala kita luangkan masa untuk menghayati hidup ini. Betul tak? Sebab hidup tidak selalunya indah...dan jika kita kena berusaha untuk mengindahkannya:-)

9 comments:

siti said...

aa btol perabot kat c2 sgguh antik..sy pegi dl pon tekejut ingatkan hotel yg gah promote kt tv ni mcm hotel 5star tp...bl msk blk jd xsemangat hehe sebbek view cntik kan..

ain said...

biasa le tu..mesti ada pro n con. Tp the view sungguh cantik. boley le akak ajak hubby honeymoon kat situ. bila ye..??

Queen said...

alamak..syioknyer....
awana porto malai....
uhuhuhuhuhuuhu....lagi kak emy?takde lagi yang best..?

hehehehehe...aku bertanya nie macam la kak emy nie travel agent...heheheh
jgn marah ye...

fazemy said...

Queen - Baru nak sound td. Haha. Dah nak kawin yer Queen. Takpe plan baik2..klw baget lebih pergi lah Paris. kekeke.

Siti - Ha ah..brg2 dlm bilik dia lama kan. Ada baca kat web diorg org komen servis tak bagus, seb baik masa kami dtg dilayan dgn senyuman.

Ain - Blh la kak ain. Honeymoon jgn lupa ajak anak2 tuh. Haha. Hotel ni cam sesuai unt bersantai berehat2 tenangkan fikiran. Malam2 diorg wat barbeque kat deck tuh. Bestt..

ejea aziz said...

hai...
very good hotel review...btul tu..mana2 pn xde yg perfect kn..tp bab carpet n iron board tu memang sadis dh la...
hehehe...nice view la..

fazemy said...

Itulah...sadis sungguh! Dalam mcm hotel baget je rupanya. haha.

Lupa nak cerita, orang kata hotel tu ada bilik bawah laut tau. RM2k per night. Mcm VVIP selalu tidur hotel tu. Takkanlah dia dpt bilik korok jugak kan. Seorang kwn cerita masa Paklah ngn Najib pergi Langkawi diorg tidur hotel ni lah. Maybe yang bilik bawah laut tu kot.

Dee said...

pemandangan yg cantik tp sunyilah kat situ emy..i prefer dok kat ngan cenang..ni honeymoon yg ke berapa ni? kehkehkeh..

Kujie said...

lamanya tak pergi langkawi....3-4 tahun dah kot

tgok view cantik2 tu gian betul nak bercuti..tp ..


tahun ni anak2 peksa..SPM dgn PMR

kena tahan la napsu

fazemy said...

Dee - Saya lg suka pergi tempat2 yang takde orang kak dee. Damai dan tenang rasanya. Sbb dah biasa dok kat kwsn bising. boring dah. sesekali mkn angin nak bersunyi2an. Ini honeymoon yang tak tahulah dah ke berapa kali tah..smpai ada yg perli asyik honeymoon je dpt anak tak jugak. Cis!

Kujie - Itulah. Ingat nak kena pergi lg skali ni..nak g beli pinggan mangkuk lagi. Haritu smpai tak cukup tgn nak bwk balik dah tak blh beli byk2. Rugi betul. Pinggang mangkuk kat langkawi tu murah2 harganya.