Wednesday, April 22, 2009

Hepi Besday Sue & NekPP!!!

Busy betul saya seminggu 2 nih. Syukurlah saya masih punya kerja di saat beberapa rakan saya diberhentikan kerja kerana kegawatan ekonomi. Secara peribadi saya tak merasa sebarang efek pun dlm kegawatan ni. Sama saja..ekonomi dunia gawat ke tak gawat ke, saya tetap mainten cun..erh bukan bukan..tetap menten cenggitu jugak. Tak kaya dan tidaklah meminta2. Cukuplah sekadar bersederhana dalam segalanya.

Akibat ke'busy'an saya ini, saya telah terlupa untuk membuat satu entry for birthday wish untuk my dear friend Suehaida. Sedangkan masa birthday saya, Sue siap cover 1 page blog dia lagi semata2 nak wish besday kat saya. Terima kasih yer Sue. Sangat terharu walau saya tahu Sue mmg setting 1 entry untuk 1 page. haha.

By the way, tak kesahla kan walau lewat seminggu pun..saya tetap nak wish dan nak masukkan gambar Sue kat sini. Better late than never. Huh huh. As usual gambar telah di curik dari friendster Suehaida walau saya mampu mencuri dari Facebooknya. Nak bagitau jugak tuh dah ada facebook sekarang nih. Haha.

Buat Sue, Selamat Ulangtahun Kelahiran yang mungkin terakhir berstatus single and very not available tu. Saya doakan moga Sue tabah harungi segala liku2 hidup ini lebih2 lagi di saat bergelar tunangan orang ni. Banyak dugaannya dari sudut hubungan, nafsu dan pemahaman terhdp psgn. Semoga Sue lebih matang, success dlm pelajaran, dlm hidup dan yang penting semoga bahagia selalu k. Owh yer, saya juga doakan semoga Sue cepat2 ke jinjang pelamin. Saya dah tak sabar nak tempah baju baru dah ni. Haha.

Dan salam takziah atas kematian Pak Ngah Sue yang terlibat dalam kemalangan jalan raya baru2 ni. Sesungguhnya setiap yang hidup pasti akan pergi jua. Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Ilahi. Dan marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. AL-FATIHAH.

Dan setiap kali kita menyambut harijadi, itu bukan bermakna umur kita semakin bertambah, tetapi semakin berkurangan. Saya tak suka iklan yang "I love my age" tu..

Dan Selamat Hari Jadi jugak kepada semua blogger yang menyambutnya pada bulan April ni. And special birthday wish for NekPP. Hepi birthday to you. Smoga kalian bahagia dunia dan akhirathendaknya. Aminnn...

---------------------------------------------------------------------------

Dan ini adalah tag dari akak fantaghirolynn. Kak Lynn ni mesti suka tgk citer Fantaghiro dulu2 ni kan kan. Kat TV2 kan cite tu dulu. Dan tag nya adalah mengkehendaki kita mem"print screen" kan wallpaper yang sedang kita gunakan. Dan untuk first timenya saya belajar watt print screen nih. Wahhh terornya saya. Tahniah! Tahniah kepada saya yer. Haha. Mmg batak benda senang mcm tu pun tak reti buat. Btw mekasih yer kak lynn ajarin aku inih.

Dan ini adalah wallpaper yang saya sedang gunakan sekarang. Cantikkan rama2 nih. Tak leh taruk gambar sendiri kat desktop nih. Line tak clear sbb kedudukan meja di ofis adalah tempat di mana terdapat ramainya orang yang suka berlalu sambil mencantas lalang. Nanti klw taruk gambar ada je yang sudi nak bertanya..Ni gambar sape ni? Gambar kat mana? Bila pergi? Aduhaiii...

Tapi sbb masih lg merasakan diri berketurunan batak, saya wat lagi satu print screen nih. Haha gambar masa muda2 remaja lagi. Dah ada yang jadi mak orang pun kengkwan saya nih. The good old days ever.



Dan beberapa award yang saya dapat dari Kak Ain dan jirannya NekPP. Kata Kak Ain dia tak mau kawan kat sesape yang tak ambik award dia nih. Jadi saya ambikla sbb saya suka berkawan dgn kak Ain. Tak tahu nape. Adakah kerana dia mempunyai anak dara yang jelita. Erhh untuk sape pun. Atau mungkin sbb umah dia ala2 umah Inggeris kot. Tu pasal saya suka baca blog dia tu. Walhal dia tak pernah pun taruk gambar umah dia kat situ. Muahaha. Kak Ain sila taruk gambar dekorasi rumah anda. Saya kepingin skali melihatnya. Mashihh..
Dan terima kasih juga buat NekPP yang sudi bagi award nih. Walau dirimu meng"invite" daku di dalam facebook mu. Akan ku jenuh memikirnya dahulu sama ada mahu accept or just ignore it. Ngeeee. Sebabnya saya merasakan sudah cukup popular jadi dah tak nak trima kenalan baru lagi. Keh keh. Padahal tak nak orang usha line...baik punya mengutuk kat blog...diri sendiri pun sama hampeh sebenarnya. Haha. Nanti yer nekPP saya renung2kan...







Ketika saya sebuk2 buat kerja, ada satu problem untuk delivery lighting baru. Enquiry spec dia menyatakan lampu tu mestilah bertahan untuk 30 tahun. Dan my boss said :

"Just give it the normal one, masa lampu tu rosak kita dah mati pun"..

10 comments:

kuIna said...

tak pa yg penting ingatan...

epy birthday gak utk cik adek manes tu...


lawa la rama2 tu.. nk ambek wat frame leh

Dee said...

lawa wallpaper pc tu..30 tahun? betullah kata bos emy tu..dh kiok kot dulu..kehkehkeh..

ain said...

happy bday to sue juga! moga jd bakal isteri yang soleha!

utk emy tq sbb tepek award akak. akak pun suka kwn ngan emy..akak tau kenapa, mungkin kerana dia jelita. nak tunggu anak dara dia yg jelita..ntah bila. atauuuu...dh ada tanda2..??hikhikhik

psst..nanti akak email awk!

Atiqah Adnan said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

waaa...sOlid laa wallpaper sys...
sangat sUka..
kawan saya sUka rama-rama..
dea mesti terUja tgOk wallpaper nie..
hee~

psssttt waaa.. kat sidebar ade lagU
laskar pelangi.. i loike!!!

<3 with love, Qa~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

fazemy said...

Kulna - Ambik gambar saya sekali..cuci..pastu framekan kat rumah. haha.

Dee- Ha ni mesti baca separuh2 ni..

Ain - Itulah..tah bila nak dpt anak dara jelita jugak nih. Blhla kita berbesan nanti. kekeke. Ala nape nak email saya kak Ain..bank in kan saje duitnya. huhuhu

fazemy said...

'Qa- Marilah kita menyanyi sambil menari2..bestkan lagu tu..suka tgk video klip dia. nampak bahagia gitew.

MaZNi PutERi said...

ada ke org yg mtak spec cmtu?
kelakar lak rasanya...
betul la ckp bos kak emy tu...
hehehe..

p/s: nice to jln2 to your blog... jemput la dtg ke umah sy plak yer...

Queen said...

_Gnie_..memang ade...dan saya berpendapat, lagi kaya org tue..lagi cerewet die...huhuhuhuhu...

my boss always say : stupid fuller, they dont know anything about construction then want to teach me how to do it.

hahahaha..dan skang saya pun macam kak emy, meng'amend' satu dwg yang entah hape2 ntah...

hohohohoho....
rindu nak menaip kat page kak emy sebenornyer..

NekPP said...

salam fazemy..wahaha..xabis cita besdayy..kang ramai plak yg muak wakaka..nekPP pon xdek selera nak makan ari niee..punyaa laa gumbiraaa..mekasih yg tidak terhinggaaaa...muahhhh...

S u H a I d A said...

=) ada2 je tau emy ni..hehe..thanks emy..caya cayang kamu!!