Jawab Nabi SAW :
" Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta'ala, iaitu : Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain. Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan
Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. "
" Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. "
Kemudian Nabi bersabda lagi : " Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua pekara ini ?"
Muaz Bin Jabal r.a. menjawab : " Mahu, ya Rasulullah. "
Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata :
" Awas, jaga ini baik-baik. "
Muaz Bin Jabal r.a bertanya : " Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? "
Baginda lalu menjawab :
(Riwayat Tirmizi)" Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. "
***Kadang takut jugak nak berbloging nih..takut tersalah dalam berkata-kata.
9 comments:
hari ini emy tlh menyampaikan 1 ilmu dn peringatan untuk semua bloggers.
Hati-hati meski pun sekadar di dalam hati
kebiasaannya bertutur dgn cara 'berlapikkk' ckp..ekeke gan tisu kerrr...wahaksss...
salam,
em..sbnarnya trputus link..huhu..
susahnya nak jaga benda yang lembut ni..'dia' boleh cakap ape je 'dia' nak..tapi jiwa dan fikiran yang kena kawal
kadang2 kalau fikiran dah menguasai..ape pun boleh cakap. benda2 yang tak exist pun boleh wujud.
Sometimes dalam kita menyampaikan sesuatu secara tak sengaja kita melukakan hati orang lain. Selagi dia tak maafkan kita maka itu dosa namanya. Apapun buat semua..jgn ambik hati dlm mana2 posting saya..sori klw ada yang terasa. Ampun dan maaf semua.
walau tak bermaksud nak melukai sesapa tp kekdg ada org yg terluka dgn tulisan kita..
bagusla emy ni..=)
setuju dgn @cu SaYaNg...kadang2 kita tak berniat nak melukakan hati orang lain. Tapi mereka tetap terluka dgn ape yang kita tulis. Rasa bersalah, cuma harap orang lain paham bahawa mereka bukan orang yang kita tujukan. N3 kali nie bagus la kak emy, hensap kejap...
Post a Comment