Tempat yang sama pada 2003 :
Dan 2008.
The Palm Island. Kat Msia pun ada camni..kat Sepang Gold Coast:-)
Tgkla kren2 yang banyak tu. Banyak bangunan baru sedang di bina. Orang kata kat Dubai tu lebih ramai rakyat asing dari penduduk tetap. Penduduk Malaysia pun ramai kat kat situ. Salah seoarangnya NekPP. Agaknya NekPP ni kejenya kendalikan kren berat tu la...ngeee.
Kota Hydro. Underwater hotel yang pertama di dunia. Akan siap dalam masa terdekat ni. Dijangka siap 2009. Lepas ni sape nak g honeymoon bolehla ke sini yer. Jangan risau tentang Tsunami sbb anda mmg sudah berada di dalam air. Haha. Sambil honeymoon bolehla mendekatkan diri lebih banyak dgn Allah, mana taknya..setiap saat dok mengucap, takut mati lemas dalam tu:-p.
Klw takut tidur dalam air, boleh tempah Burj al-Arab Hotel ni plak. Hotel tertinggi di dunia. Consider hotel 7 bintang. Kira hotel terapung la nih. Facility dalam hotel ni tip top la. Dengan bilik tidur dia yang lebih besar dari rumah kita. Perabot dia semua canggih2 belaka. Maaf gambar takde. Nanti rajin2 saya upload gambar dalam hotel ni plak k.
The Burj Dubai. Bangunan tertinggi di dunia. 40% lebih tinggi dari bangunan Taipei 101 tuh. Bayangkan. Agaknya kena pakai tangki oksigen la kat tingkat2 atas tu kan.
Pulau Dunia. Pulau2 ciptaan manusia yang direka menyerupai peta dunia. Sila cari Malaysia kat mana. Kiranya bila korang pergi Pulau Dunia ni korang boleh duduk la kat mana2 negara korang nak. Macam2 ada. Nilai setiap pulau ini adalah antara 25-30 million.
Tetapi secantik manapun rekaan manusia tu, segah manapun binaannya, setinggi manapun bangunannya, jangan sesekali kita lupa..semua ini hanyalah sementara. Jika Allah nak tarik, dalam sekelip mata sahaja Dia boleh runtuhkan bangunan yang bermillion2 dolar yang memakan masa bertahun2 pembinaan, dan menggunakan beribu2 kerahan tenaga. Tapi kalau Allah nak tarik, sekelip mata je dia boleh terbalikkan bumi ini.
Lihatlah contoh azab ke atas kaum Nabi Lut yang kita boleh lihat sampai sekarang . Bagaimana bumi yang Allah terbalikkan dan menyebabkan lautnya ( laut mati ) tidak menerima sebarang hidupan sehingga sekarang . Cuma manusia yang degil dan keras kepala sahaja tidak mahu mengambil iktibar daripada apa yang berlaku
Dubai sungguh indah..ibarat syurga dunia. Dan Dubai juga merupakan bukti tanda2 akhir zaman yang Allah nyatakan di dalam Al-Quran.
Sabda Rasulullah s.a.w.: Jika Hari Kiamat telah hampir terjadi, tidak bertambah manusia kecuali loba (rakus akan harta benda), dan mereka tidak bertambah dekat kepada Allah, kecuali akan menambah jauh dari Allah ( dari ajaran agama) - (Riwayat Thabrani)
Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila akhir zaman, adalah kekuatan agama manusia terletak pada dinar dan dirham (harta) - (Riwayat Turmidzi)
Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata : Suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”;- (Riwayat Ibn Majah).
p/s: Jeles dengar orang dapat kerja kat Dubai..gaji tak agak2. Masyukkk...Ish keduniaan sungguh saya ni..
14 comments:
dasat..memang dasat kan!
my fren dh gi dubai..mmg foreigners lebih ramai dari rakyat dia sendiri..panas..tp cantik..yg penting..minyak wanginyer murah2..kehkehkeh...
jom bloggers..
kita buat rombongan ke dubai plak..
hehehe..
Dubai mmg indah dan mengasyikkan tapi Dubai juga mula dilimpagi segala anasir asing yang merosakkan iman orang Islam. Hinggakan ada permintaan agar azan diperlahankan kerana mengganggu expatriate nak beradu. Macamana tu? Membimbangkan.
salam...
pergh..!!!!dasyat...!!!dasyat...!!!
tapi..indah lagi ciptaan Illahi...
kak, jom shopping kat sana...
hehehe..
psttt..rindu nekpp ker..wahakas..
salam emy.. huhu.. bila dunia jadi keutamaan.. diorang tak risau ker kalau ada tsunami ker.. puting beliung ker.. manalah tau, kann.. Allah nak tarik cara macam tu..
giler cantik dubai nih..
dasat tol.. ngeee =p
menakjubkan..
tp bila baca komen kakchik..
timbul rasa risau..xmustahil Allah tarik nikmat tu kalau kita xingat Dia..kan kan?
kekayaan adalah ujian..
kemiskinan adalah dugaan..
acu penah smp ke Dubai thn 2004..
memang le teruja tgk bandar2 dia..cantik...tapi sayang perangai org2 dia x secantik bandar nye...huhuhu
Dear Friend..
"Friendship Award..
The Best Blogger.."
Anda Dianugerahkan..
Sila ke Mahligai saya..
Ngeeee..
memang menakjubkan...
wahhh! mmg dasat betul!
bile ler kita dpt gi dubai ek? huhu...
dha maju mcm tuh...sure jadi the nxt sin city...
ish jeles gak ada member dapat keje kat dubai ...jadi chef plak tue..haish
Post a Comment