Friday, April 24, 2009

Country Home Sweet Home

Dalam hidup ini, saya ada banyak impian. Banyak yang sudah tercapai, alhamdulillah. Dan ada banyak lagi yang belum berjaya dikecapi. Manusia kan..tak pernah nak bersyukur dengan nikmat yang ada..tetapi terus mengejar dan mengejar.

Dan sebagai manusia biasa, saya juga masih terus mengejar. Impian saya nak ada rumah atas nama sendiri. Pastu make sure rumah tu corner lot. Haha kuat berangan. Bila nak tercapai cita2 yang satu ni pun saya tak pasti. Yang pastinya properties kat KL ni terus menjunam naik. Kalau tak harga 300 ratus, 400 ribu bkn rumah teres la kat Kolumpo ni. Rumah kondo yang takde tanah untuk bercucuk tanam tu pun dah cecah ratus2 ribu. Haish..tergigit gigi mengenangkan harga rumah2 tersebut.

Mungkin entry kali ini seperti majalah Impiana terbitan karangkraf. Di mana saya akan menunjukkan beberapa dekorasi rumah bertemakan Inggeris. Berbanding dgn wartawan majalah Impiana yang mendapat kebenaran dari tuan rumah untuk memaparkan ruang dalaman rumah seseorang, saya pula sebaliknya. Jangankan kata mendapat kebenaran, 2 percent komisyen pun saya tidak beri kepada tuan rumah ini. Ya ampun tuan rumah yang cantik. Maaflah tidak meminta izin nak mempopularkan rumah anda di sini yer. Tapi disebabkan keterujaan saya yang amat sangat terhadap rumah anda saya memaparkannya di sini. Untuk dikongsi bersama2 yang lain. Rumah anda umpama seorang gadis yang cantik, yang bila di lihat rasa seperti ingin memilikinya. Wah wah..


Bila tengok gambar ni je saya terus cakap...Ya Allah sangat cantik. Rasa terharu erh bukan terharu. Rasa mcm satu gambaran yang tak dpt digambarkan lagi. Sangat teruja melihat dekorasi rumah style Inggeris ni.

Saya seorang yang crowded. Jadi saya sangat sukakan dekorasi seperti ini. Dan mungkin juga saya berminat dgn konsep Inggeris ni akibat selalu menonton rancangan "The Nanny" tu kot..

Apapun saya rasa seperti nak melompat2 je bila tgk rumah ni. Cantik sangat. Sangat cantik. Cantiklah..ish tak tahu nak gambarkan camne...howlenga..

Setiap hiasan dalaman rumah ni dari langsir, wallpaper dan perabot semua ada gambar bunga ros tu. Saya suka! Saya suka! Dan hiasannya sangat details, sangat kemas dan tersusun.

Bilik tidur anak pun cantik. Patutlah maknya kena ambik masa setiap hari Isnin sehari suntuk untuk membersihkan bilik anak2nya. Untung dapat anak yang klw buat sepah pun paling tidak melipat2kan kertas dan meletakkanya ke dalam laci. Klw anak buah saya, hemm dah tentu gambar wallpaper bunga ros tu semua diorang akan tambah daun dan ranting2 pokok. Silap haribulan gambar pasu bunga pun dilukisnya kat dinding tu.


Sofa yang bermotifkan corak Inggeris amat empuk jika dapat duduk di situ.



Dan susunan dapur yang kemas. Teruja saya melihat hiasan cawan dan bunga di atas cerobong asap tu yang menunjukkan betapa detailsnya penghias rumah tersebut. Sekali tgk dekorasi cabinet dapur ni seperti dalam restoran makanan barat. Mcm dalam Roadhouse Grill Restoran kat Menara Perkeso Jln Ampang.


Ruang tamu yang menyejukkan mata memandang rasa bagaikan tidak ingin pulang jika duduk di situ. Amat mendamaikan jiwa.



Ini adalah rumah impian saya. Walau orang zaman sekarang lebih suka dekorasi yang simple dan moden tetapi saya suka yang crowded2 cenggini. Nampak rumah seperti dalam taman bunga. Indah sekali. Orang kata tiada tempat seindah rumah sendiri. Tapi klw betul2 cantik macam ni barulah betul kata pepatah tersebut. Home sweet home.
Buat tuan rumah, maaf yer tepek gambar umah kamu di sini. Sila mengaku rumah anda dgn menunrunkan komen:


"Emy, kenapa taruk gambar umah akak kat sini?!!"


Dengan nada marah. Apapun kerana saya budak degil saya rasa saya patut letak jugak gambar ni. Sayang klw rumah cantik takde orang tengok. Kat dalam je cantik mana orang nak nampak. Heh heh. Apapun saya hormati tuan rumah, mungkin dia tak nak letak kat blog dia sendiri sbb tak nak orang tahu yang dia sungguh mewah. Betul kak...nanti semua orang nak kawan ngn akak sbb tahu akak ni kaya. Ngeee.
Buat tuan rumah, terima kasih atas liputan tanpa kebenaran saya ini yer. Melihat gambar mungkin tidak seindah melihatnya dengan mata sendiri kan. Dan yang menjadi tanda tanya saya sekarang ni ialah, jika rumah ini secantik begini..bagaimana pula agaknya rumah jiran dia ya? Dah tentu lebih cantik kan. Dan saya terus berangan untuk memiliki rumah seperti ini. Ya Allah, murahkan rezeki hambamu ini..aminnn..

***Sekarang ni motif Inggeris semakin popular, dari corak langsir, sarung bantal sehinggakan produk jenama Anna Sui juga telah ditiru. Motif Inggeris lambang kemewahan dan kedamaian sang pemilik.





23 comments:

Queen said...

saya ada satu purse gini..sangat sweet...

but i like modern style...i mean simple make perfect.

Tapi gaya inggeris gini selalunya disukai oleh mereka yang ada sifat lemah lembut dan keibuan...

Macam kak emy lah..hehehehehe

S u H a I d A said...

sangat suka deco bilik tu!!pink!!!nak camtu!hehe

fazemy said...

Ahahaha..sifat keibuan yer. ha ah la kot. akak ni suka membaca buku. klw dpt umah cenggini best je baca buku..tidur pun best jugak. haha

fazemy said...

Bestkan Sue..kanak2 mcm Sue mmg lagi sukakannya. sesuai!

ain said...

akak pun suka gak country style ni. sejukkk je mata memandang!

Deqna said...

Cantik betul rmh nie.. jangan2 ni rmh sebenar penulis blog inie.. tetapi kerana merendah diri tidak mengaku ini rmh sendiri....hehe mana lah tau kan..

Anonymous said...

Ooo....Kak tie memang dah lama minat gaya inggeris ni. Tapi yang sederhana laa... Kalau terlalu banyak flowery, mata pun naik berbunga, kih kih ..!!

Oh ya, eloklah Emy tukar blog kak tie kat bloglist tu, kepada yang wordpress punya. Blog tu memang takkan kak tie update.

normi said...

SALAM KENAL.
saya pun hantu gaya inggeris....suka sgt rumah tu.....

NekPP said...

saya pun sukee!! ngeee...

Diarihatiku1976 said...

saya ada gak purse ni.. tapikan kalau umah saya tak suka konsep mcm ni.. mcm semak sikit kot.. tapi bila tgk blog awk ni mcm minat plak...

yayayuyee said...

saya mint gile ngn english style nie..
cite2 pon sma ngn akak nk umah cmnie..tapi xtau bile,duit pon xda..hemmmmm..

fazemy said...

Kak Ain - Rumah mcm ni sesuai unt org yang jiwa romantik kan. Ala2 romantino de rosse..

Deqna - Klw ni rumah saya, entry saya sudah tentu berbau riak dan takbur..ngeee

Kak Tie - Dan hati pun akan berbunga2 cinta...lalala

fazemy said...

Normi - Salam kenal, wahhh bestnya harini ramai org baru komen sbb punya minat yang sama terhdp umah style omputih ni. Salam kenal. Sronok dpt berkongsi minat yang sama:-)

NekPP- Umah nek camne plak agaknya yer. Style fengshui kah?

Diarihatiku - Purse tu kan saya curik gambarnya dari kedai online. Itulah dh jadi trend plak skrg ni. Waktu mula2 nampak dulu my husband said corak dia cam corak pinggan kat umah kami. haha.

Yuyie cap limau - InsyaAllah, klw ada cita2 tak mustahil. Usaha dan doa tangga kejayaan. Sebutlah nak umah camni 44 kali insyaAllah termakbul doa tu walau 40 tahun akan dtg. Masa tu dah old fesyen agaknya style ni. Haha. Takpe yang penting kita berangan dulu k. ahaha..

attyfir said...

lawanya..rumah nie,bila lah den nak dpt..

kty dah ado umah nama sendiri.kete nama sendiri..tp umah flat je..hehehe..jadik ler..

BudAk hijAu said...

cantik kot rumah 2...

Jie said...

alamak...kita tak selera la..kak jie tak berapa sgt style gini...
rumah kakjie semua barang yg praktikal saja..tak de hiasan2 mcm gini.

hehehehe...

Diamilikku said...

english style memang sangat cantik...tapi as for me...tak berapa berkenan...heheheheh..lain org lain minatnya kan..saya suka tgk org2 yang deco umah dengan english style ...sedap mata memandang...tapi kalau boleh saya suka yg simple2 ajer....

mama mya said...

harus kena pi beli gak majalah nie hihihi

Darling Pya said...

byk le ongkos nak kena ada utk siap kan umah ala2 english nie

kuIna said...

dapurnya cantik.....

sy suka modern style sbb simple

Anonymous said...

This phrase is simply matchless :), it is pleasant to me)))

Anonymous said...

What am I doing wrong? I have some DVDs that when I try to rip them using DVD Shrink or DVD Decryptor the final product audio is in spanish or some other language other than english. The DVD plays fine in any DVD player.
[url=http://www.topvideoconverter.com/m4v-converter/]m4v converter[/url]

Katie Grove said...

SALAM KENAL. saya pun hantu gaya inggeris....suka sgt rumah tu.....