Wednesday, June 16, 2010

Mencari Naluri Keibubapaan Dalam Diri

Menjadi ibu bapa memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kata orang umpama kapal yang karam di lautan, pandai-pandai la selamatkan diri walau tak pernah ada asas berenang sekalipun.


Cuti sekolah kali ni betul-betul menguji naluri keibuan saya yang memang takde dalam diri. Melayan karenah anak-anak buah yang bermacam ragam memang bikin diri masuk Tanjung Rambutan rasanya. Jangan hantar baby ke Taska yang akan saya buka kelak kerana anak anda pasti akan menjadi mangsa dera pemilik taska tersebut. ~_~

Geram betulla dengan budak-budak ni. Barang-barang kita semua nak diselongkarnya. Segala benda mahal yang kita beli semua nak dijadikan barang mainan dia. Time kita makan diorang nak main, time kitorg tengah tidur time time tulah diorang nak tembak guna pistol mainan yang berbunyi macam mesingan kat telinga kita. Paling mulia pun hati budak-budak tu di tekan-tekannya papan piano mainan yang dia ada. Tak ke bingit telinga tu?!!!

Dah tu dengan majalah yang baru beli di koyaknya, kat lantai usah cakap 10 kali sapu 100 kali la diorang buat sampah. Kalau baju dah lipat di buka-bukanya lipatan tersebut. Agaknya diorang ingat baju tu dalam kotak sales Sogo gamaknya.


Itu belum cerita bab lipstik kita dijadikan pensil di dinding-dinding mahupun handbag yang baru kita beli tak guna pun lagi. Huwaaaaaaaaaaaaaa. Kalau beli makanan dia nak jugak terpaksalah kita tahan perut nengok dia makan. Kalau makan betul-betul takpe, ini gigit2 sikit cubit2 buang kat lantai! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Kalau beli hiasan kaca yang kita nak pegang pun takut pecah dan meletakkannya di atas meja yang diyakini selamat, baru je sekilas TAK pandang dah tengok budak-budak tu ambik kerusi dan berdiri atas tu sambil pegang2 hiasan kaca yang ku beli sangat mahal owh tak sanggup rasanya kehilangan barang tersebut. Bila ditegur jangan pegang menjawab. Nak tengok je katanya. Dah tu nak tengok tangan jangan pegang. Sambil pura-pura sel-sel otak sedang berkembang, ditanya nya meraka kepada makciknya ini "ni apa ni?"..."untuk apa?"..."nanti taruk umah mak ngah yer"...Dengan pelat-pelat manja bahasanya...hati yang marah pun tak jadi nak marah. Wahai hati...sabarlah! Hahaha..


Sungguh...naluri keibubapaan tiada dalam diri kami. Ada..tapi mungkin di sudut hati cuma. Serabut kata suami saya. Dan atas sebab salah satu petua orang2 tua untuk mendapatkan anak dengan mengambil anak angkat, kami telah consider mengambil salah seorang anak buah kami sebagai anak angkat. Anak angkat atas nama, nak tukar pampers..bagi susu..mandikan..berjaga time malam kerana tiba-tiba dia tak boleh nak tidur..itu semua akan dilakukan oleh ibu dan bapa kandungnya yang sebenar. hahaha..kami tak sanggup!

Ok..sekarang ni tengah angin sebab nak tengok citer best kat HBO tapi tak dpt sebab kena menghormati budak-budak tu melayan channel Cartoon Network dari pagi tadi. Ya Allah...tabahkanlah hati hambamu ini...(~_~)



Nota: Sekadar gambar hiasan.

9 comments:

mrs.ecam said...

kui3 klako la n3 nih...bdk2 nk membeso mmg la die ske xplore sume bnde...ya allah tabahkn lah hati...amin...pis

Dee said...

nanti bila dh ada anak sendiri..naluri keibubapaan akan datang sendiri..percayalah..

sbb tu kt umah k dee xde channel cartoon network..hahaha..sbb xmoh tv diconquer anak2..dorang kalo nk tgk pun..bukak astro ceria je..huhuhu..

Diamilikku said...

biasala budak2 nak membesar.....memang mcm tu....

attyfir said...

biasalah tu emy ..emy pasti leh jadik ibu yg baik bila ada anak sendiri nanti ..

Queen said...

heeeee.......

Unknown said...

assalamualaikum emy.

hehehe... terbaliklah kita ni.
kakchik memang suka sesangat kalau dapat jaga anak-anak sedara kakchik. diorang nakal ke, bising ke, senang je diorang dengar cakap kakchik tapi kalau mak pak diorang memang tak makan saman.

Kujie said...

hahahahaha

belum ada lagi pun tapi skill membebel entri ni macam mak2 anak seploh.... :D

fazemy said...

Hahaha..itulah kak kujie. Pening kepala dgn karenah bdk2 ni. Mak saya selalu cakap:Bilalah cuti sekolah nak habis. Haha.

Yer..yer..kalau ada anak sndiri nnti pandaila nak bersabar. Ni dengan anak org pun tetap sabar lagi nih. Tapi bila mak dia tak nampak..cubit je. haha kejam.

cikbedahlaser said...

dlu.... sy suke kanak2...tp...yg gedik2 x suke...
skrg... tetibe ade perasaan...malas nk layan... adeeehhh....