Wednesday, June 30, 2010

Kenapa Lepas Bercerai Nak Kena Bukak Tudung?!!

Dulu saya selalu tengok artis..kawin kawin pastu cerai. Yang pakai tudung lepas cerai terus bukak tudung. Yang tak seksi terus menyeksi. Yang gemok dah jadi janda terus berbody solid mengalahkan anak dara. Mengalahkan imej time anak2 dara dulu.

Dulu saya tgk artis je buat camtu..skrg kawan sendiri pun sama. Dulu imej Mekah Mukarramah...skrg hemmmm.. Kalau asalnya tak bertudung then kawin husband suruh pakai tudung dah cerai bukak balik~~agak normal keputusan tu. Tapi bila dulu lain sekarang lain...sedihla.

Malu tengok. Kenapa berubah macam tu sekali?!!! Kalau ko baca entry aku ni..harap ko berubah balik. Maybe ko nak tunjuk kat x-husband ko sesuatu...or ko buat prangai lepas ditinggalkan..or ko nak cari jodoh lain..tapi keputusan yang ko buat tu salah! Salah di sisi agama yang pertamanya. Yang kedua..hati mak ayah ko..pandangan org sekeliling ko. Sebab itu bukan ko!

Hidup kita ni memang ada turun naiknya. Dugaan yang Allah beri hanya unt org yang dia sayangi. Semakin beriman sesorg itu semakin kuat ujiannya. Kenapa kau mengalah smpai sebegitu sekali? Fikirlah balik...apa yang ko buat ni tak mendatangkan faedah pun. kalaupun ada lelaki lain yg suka kau lepas ni..kawin dgn ko..tp dia mungkin tdk sebaik bekas suami ko dulu. Sebab Allah dah tentukan jodoh..lelaki baik unt perempuan baik. Imej begitu unt imej begini. Kalau kontra..bagaimana korg akan teruskan hidup?!!!

Aku tak cakap org yang freehair hidupnya tak bahagia. Siapapun kau..apapun imej kau..klw Islam bukan utama..kebahagian cuma di depan mata org lain. Di dalam gambar tatapan org lain. Tapi di sudut hati kau..belum tentu ko merasa bahagia.

Buat sesuatu...fikirlah kelebihannya. Aku sayang kau..dan bg aku imej baru bukan satu permulaan hidup baru. Jika Allah nak bg ko rezeki..nak bg ko jodoh..kejayaan..Allah pasti beri. Usaha dan doa juga berkat rezeki anak2 pasti pembuka jalan kesenangan korg esok hari. Percayalah..apa yg ko buat ni salah. Dan belum terlambat unt kau bertaubat. Sebab sekarang ni..kau bukanlah orang yang aku kenali dulu.

Kita semakin hari hidup untuk mati. Buatlah persediaan unt kematian itu. Aku anak pun takde lagi..korg dah bercerai berai:-(((






Sayang ko sgt2..susah senang...

5 comments:

Queen said...

tetiba terinsaf..tapi...itu bukan saye (sila baca nada macam nabil raja lawak masa dia citer pasal vampire..ngee)

e_ja said...

setuju sgt dgn pndangan ni..x perlu mengubah siapa asal kita utk sesuatu yg belum pasti atau utk tunjukkan ketidakpuashatian kita..lagi2 kita berubah kpd yg lebih buruk dari dulu..teruskan lah dgn nasihat yg baik2 pada sahabat tu...mana tau terbuka hatinya nanti utk menilai apa yg terbaik sbnrnya utk dia....

Unknown said...

assalamualaikum emy.
kakchik doakan sesiapa yang emy cuba nasihatkan ni membaca tulisan emy dengan jiwa yang lapang terbuka kemudian insaf.
pokok pangkal adalah keimanan kepada Allah. bila di situ sudah longgar, badai yang datang boleh membuatkan iman semakin nipis jika tidak kena jalan.
moga-moga janda-janda yang diceraikan akan kembali kepada Tuhan bukan kembali kepada jahiliyyah.

Izzah said...

salam emy...
kita rasa dia jadi mcm tuh mesti sbb dia sgt tertekan dgn perceraian dia..sometimes dorg ada gangguan jiwa..maybe she need company..as a friend..maybe emy should be on her side..or at least show your care..then boleh pujuk dan nasihat dia slow2...

just an advise..dan pandangan kita je..sbb tak tau cerita sebenar..
:)

fazemy said...

Izzah- kita dah slow talk dgn dia. Just dia mintak masa. Saja luahkan dkt blog ni. Dia baca. Cuma sbg kawan terkejut dan terkilan dgn perubahan dia. Sebab rasanya itu bkn cara memperbaiki keadaan.

Queen, Kak Eja, Kak Chik- Thanks for ur comment. Kdg kala manusia tdk sedar kesialapan mereka sehinggalah ada yg menegur.