Maksud wang simpanan ialah wang yang disimpan sama ada di dalam akaun simpanan di mana-mana institusi kewangan seperti bank mahu pun institusi lain seperti ASN dan ASB. Ia meliputi akaun simpanan tetap mahu pun simpanan biasa.
Zakat dikenakan ke atas baki terendah simpanan di dalam tempoh setahun. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai simpanan pada awal tahun 2007 sebanyak RM10 ribu dan sepanjang tahun itu berlaku keluar dan masuk wang simpanan sehinggalah ke akhir tahun 2007 simpanannya berjumlah RM50 ribu. Ahmad hendaklah melihat pada tarikh bilakah di dalam tahun itu, wang simpanan beliau berada pada baki terendah.
Katakanlah pada 15 Julai 2007, baki terendah simpanan Ahmad ialah RM7 ribu dan nisab pada tahun 2007 ialah RM6 ribu (maknanya wang simpanan itu melebihi nisab zakat), maka Ahmad hendaklah menggunakan nilai RM7 ribu itu untuk dikirakan zakat.
Maka, RM7,000 X 2.5% = RM175 wajib dizakat sebagai zakat simpanan Ahmad pada tahun 2007.
Nota: Seandainya Ahmad mempunyai lebih dari satu akaun, maka beliau hendaklah mencampurkan semua baki terendah pada setiap akaun simpanan dan mendarabkannya dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat simpanan beliau. Sekiranya Ahmad menyimpan di simpanan yang berfaedah, maka Ahmad hendaklah terlebih dahulu menolak jumlah faedah tersebut sebelum dikirakan zakat.
Kredit : Lembaga Zakat Selangor
Monday, January 30, 2012
Resipi Ayam Masak Serai
Dah seminggu saya duduk kampung suami ni. Harini bermula aktiviti belajar masakan kesukaan suami yang selalu arwah mak masak. Dulu masa mak ada kadang2 je saya masuk dapur. Tahu2 makanan dah penuh meja. Mak tak pernah mengata sikit pun perangai menantu2 atau sapepun yang tak mahu tolong dia kat dapur. semuanya dia lakukan dengan ikhlas. Tanpa mengharapkan orang lain tolong.
Bila ingat2 balik kesian kat mak.Kadang2 selepas balik cuci buah pinggang terus dia masuk ke dapur. Kelentang kelentung masak. Bilik kami betul2 tepi dapur. Jadi dengar aktiviti dia ke hulu hilir ambik periuk ke goreng ikan ke kat belakang bilik tu. Tak pernah dengar dia mengeluh kata penat ke apa. Kadang2 lepas makan semua dah ke ruang tamu atau masuk bilik masing2. Tapi emak still kat dapur mengemas tak habis2. Bila tanya ada yang blh bantu. Dia kata takpe, duduk je. Mana nak jumpa mak mertua camni. Dengan makcik sendiri pun kena sound kalau keje asyik "mengbongkang" je. Tapi mak tak pernah. Tahu2 dah panggil makan. Tahu2 baju kita dia dah siap jemur siap lipat lagi walau seluar dalam sekalipun. Mulia sungguh hati mak. Sebab tu Allah lebih menyayanginya.
Ok resipi pertama belajar harini Ayam Masak Serai. Master Chef nya makcik ngan kakak saudara husband. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk belajar resipi ni. Kena tahan panas telinga kena tahan maki. Hahahaha.
Resipi Ayam Masak Serai
Bahan-bahan
Ayam
Serai 3 batang
Bawang merah lagi banyak lg pekat kuahnya
Bawang putih
Halia
Cili api merah dan hijau campur2
Cili kering
Serbuk kunyit
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Minyak masak
Santan
Cara-caranya
1- Blender bawang putih, bawang merah, serai, halia, cili api sampai hancur.
2- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 yang telah diblender.
3- Masukkan serbuk kunyit dan cili kering.
4- Bila bahan2 tersebut hampir kering masukkan ayam. Biarkan masak hingga empuk.
5- Masukkan santan, garam, ajinomoto, asam keping secukup rasa.
6- Kacau2 sampai masak. Siap!
Ayam masak serai ni arwah mak selalu buat time raya. Untuk makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi pun sedap:))

Thursday, January 26, 2012
Mak:::Semoga damai di sana. Al-fatihah.
Korang percaya tak mengenai roh si mati pulang ke rumah selepas dikebumikan? Aku pernah dengar cerita pasal ni tapi tak pernah terbaca pulak mana2 hadis bercakap soal ni. Selasa lepas tanggal 24 January 2012 ibu Mertuaku pergi meninggalkan kami semua. Aku redho dengan pemergian dia. Terlalu byk derita Mak ketika hidupnya. Biarlah dia tenang di sana.
Malam pertama Mak dikebumikan, dalam jam 11.50pm..kat ruang tamu berbau kapur barus. Sampaila ke subuh. Anak2 Mak baca yasin ramai2 kat ruang tamu. Aku baca sambil baring sehinggalah aku terlelap. Lepas subuh aku keluar bilik bau tersebut masih ada. Aku sangkakan Ada sisa2 kapur barus tertinggal kat mega tepi tv. Aku check2 takde. Bila pikir2 balik mana Ada org taruk kapur tu kat ruang tamu. Diorg siap2kan kat dapur then terus taruk kat luar tempat mandikan mayat.
Malam td mlm kedua, kami tunggu Mak datang. Yang lelaki bangun solat sunat disusuli bacaan yasin beramai2. Tepat jam 12mlm bau wangi mcm bedak sesekali menjengah hidung kami. Tak tahula nak percaya benda mistik camni ke tak. Tp klw betul alhamdulillah Mak wangi. Smoga ditempatkan dikalangan mereka2 yang solehah. Aminnn..

Sunday, January 8, 2012
Love this!
Dah tiba masanya untuk tukar my favourite color. tak sesuai dah kaler2 pink tua2 nih! ok tu je nak cakap. ok bai.
Subscribe to:
Posts (Atom)