Thursday, August 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1433H/2012

Gambar raya. Tetiba buang tebiat nak paste kat sini setelah lama tak update blog. Haha





Selamat Hari Raya rakan-rakan bloggers. Saya sedang berbahagia:))

Thursday, March 15, 2012

Nak buat ETA to Australia

ETA ni cam visa. Kena apply klw nak masuk Australia. Valid for 3 month only. Pastu kena renew balik.

Email Intan Azlynna untuk bantuan. RM20 je sorang dia charge. Klw buat sndiri kat internet pun plg murah AUD35 camtu.

Thank you Intan. Jasamu dikenang:))

Email Intan : eta.australia@yahoo.com

Wednesday, March 14, 2012

Cara Nak Add Button Printer kat Blog

Jarang blog ada button untuk print artikel2 mereka. Hakmilik sendirian berhad la katakan.

Sesape nak tambah button print kat blog korang bolehla masuk sini. Senang aje caranya. Senang gak aku nak plagiat posting2 blog korang. Hahaha gelak kijang!

Saturday, February 4, 2012

Kanser membunuh Mak dengan cepat.

Aku kena coretkan kisah ni. Kisah aku dgn Mak. Semoga aku takkan pernah lupakan dia ibu yang melahirkan suamiku. Al-fatihah buat ibu mertuaku Jamiaah Bt Ahmad.

1 April 2011 merupakan harijadi Mak yang ke-61 tahun. Tak sangka itu adalah harijadi terakhir Mak. Cepat betul segalanya berlaku. Aku berhenti kerja lalu pindah duduk bersama suami dan emak. Selama ni aku duduk sorang2 je di KL. Suatu hari mak cakap dia rasa ada bijik2 kat breast kanan dia. Pada mulanya kami sangkakan perkara biasa. Cam ketuat ke bisul ke. Biasala tu kan.

Kami bawa Mak ke Hospital Pakar Metro di Sungai Petani. Selepas buat memogram mak disahkan kena Breast Cancer tahap 2. Saiz nya kecil saja. 2cm mcm tu. Kecik je cancernya. Sebelum tarikh operation kat Hospital Pakar Metro tu mak sebuk call2 kawan2 dan sanak saudara dia tanya pendapat. Sehinggalah mak hubungi seorang bekas guru ni. Makcik ni dah survived breast cancer ni selama 5 tahun. Tanpa buang semua payudaranya. Cuma buang tumor tu je. Mak excited. Dia memang takut nak buang2 tete* ni. Bila seorang makcik suarakan pendapatnya suruh buang je..."dah tua2 bukan pakai lagipun tete* tu". Abah marah! "Ko apa tahu..ni bini aku. Buang!". Mak suruh abah bercakap dengan kawannya cikgu tu. Setelah bercerita itu ini akhirnya abah akur. Tak payah buang semua kita ke Nilai Cancer Institut (NCI) untuk rawatan selanjutnya.

Ditemani cikgu tersebut, mak buat rawatan pertamanya di Nilai Cancer tersebut. Agak confident kami semua kerana dah tentu pakar2 kanser sahaja yang berada di Institut tersebut. Hospital dia pun bukan biasa2. Cam hotel rasanya. Layanan pun 1st class la orang kata. Akhirnya Mak buat operation oleh Doktor Paul. Operation tu dijalankan di Mawar Hospital, Seremban. Private hospital yang terdekat kat situ coz mak kena buat dialisis, kat NCI takde pusat rawatan untuk cuci buah pinggang. Untuk rekod mak memang pengidap sakit buah pinggang selama 11 tahun dah.

Selepas pembedahan doktor tunjuk cancer yang dikeluarkan dari tete* mak. Diorang taruk dalam botol. Sebelah kiri breast mak pun dioperate coz ada ketulan kecik jugak. Tapi doktor kata tu cuma cyst bukan cancer. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar. Mak makan pun ok. Yelah cuma buang cinonit je bijik kat tet*k tu so takde pantang2. Mak pun xde  masalah apa2 selepas pembedahan tu. Mak ditempatkan di private room. So kitorang siap berkelah lagi makan2 dalam bilik mak tu. Yang penting wireless laju. Masa tu zaman Maharaja Lawak. So aku selalu la terbahak2 tengok youtube layan Maharaja Lawak tu masa teman mak.

Seminggu je mak duduk hospital tu. Lepas tu boleh keluar. Ha time mak buat operation ni la aku buat entry pasal Homestay Seremban yang hampagas tu. Pikir nak untung je, orang sakit2 dia bukan kesah pun. Dasar manusia!

Selepas pembedahan ni mak buat rawatan susulan secara berkala kat NCI. So kitorang ulang alik la bawak mak. Banyak masa mak tinggal kat rumah kami di Puncak Alam tu. Mak hanya buat radioterapi. Dia taknak buat kimoterapi. Doktor pun tak galakkan coz mak pun dah berusia jadi kesian kalau panas2 rambut bulu2 semua gugur akibat rawatan tu nanti. Untuk rekod radioterapi tu yang baring bukak baju duduk bawak mesin tu. Kalau kimoterapi dia cucuk masukkan ubat dalam badan kita. Fungsi dia untuk membunuh sel2 kanser yang mungkin akan membiak ke tempat lain. Bila masuk ubat kimoterapi semua sel2 baik atau jahat akan dibunuhnya. Sebab tu orang jadi botak tu. Ubat tu bunuh jugak sel rambut yang baik tu. Kulit jadi terbakar sebab terlalu panas kesannya. Kena banyak minum air. Mak kan penghidap sakit buah pinggang, jadi sukar untuk dia minum banyak air. Orang buat dialisis tak boleh minum air banyak2.

Seminggu, sebulan pastu 3 bulan sekali mak kena buat radioterapi tu. Doktor di NCI sahkan mak sembuh 100% daripada cancer tu. Mak sentiasa ceria. Semangat dia kalau nak pergi buat radioterapi tu. Mana taknya lepas balik rawatan mesti singgah Nilai 3 shopping baju la, karpet la, cermin la. Sampai doktor bahagian radioterapi tu cakap "Makcik nampak lebih sehat dari saya". Mak memang kuat semangat. Sekalipun aku tak pernah dengar dia mengeluh sakit. Adala sekali sekala kepanasan, tak boleh tidur tu. No big deals. Yang penting mak sehat je untuk di bawa jalan ke mana2 sekalipun. Masa tu aku cakap, dulu ingat kanser ni berbahaya sampai nazak2 orang...tapi mak rileks je. Makan pun kuat!

Sebelum puasa aku pindah keluar dari rumah mak di Kroh tu. Yelah aku dah ada ni bolehla aku jaga suami aku sendiri. Privacy sikit.Mak dengan abah duduk dengan abang dan kakak ipar. Juga seorang makcik yang abah upah jaga mak..kemas2 rumah. Selama aku duduk dengan mak tu banyak kenangan bersama dia. Aku ke pasar dengan mak. Kalau pergi ambik mak lepas habis dialisis mesti singgah mana2 dulu shopping. Memang mak cop aku ni menantu dia yang kuat shopping. Hehe. Tak pernah sekalipun mak ungkit kekurangan aku. Tak pernah! (ok kalau cerita mesti nak nangis).

Duduk dengan mak aku goyang kaki je. Mak pendiam orangnya. Tahu2 dia dah siap masak. Baju seluar dalam aku siap dilipatnya. Dia tak kesah aku bangun lambat. Pukul 11 pagi baru aku turun dari bilik biasanya. Turun2 mesti mak sebut lauk2 makanan apa yang ada bawah saji. Mana nak dapat mak mertua macam ni. Terlalu baik. Sebulan aku duduk dengan mak, berat badan aku naik 5 kilo. Seminggu pertama asyik makan sedap je. Kalau mak malas masak kitorg makan kat kedai. Hari2 ikan siakap tu. 3,4,5 lauk takde memang tak sah. Mak pun suka aku ada sebab aku boleh drive bawak dia jalan2 ke mana2. Takyahla dia nak tunggu abah atau anak2 dia balik kerja lagi. Bila ingat2 balik barang2 mak yang dia beli banyak pilihan aku. Dari karpet, langsir. Mak memang beli untuk ditinggalkan kat anak2 dia, bukan untuk diri sendiri.

Pernah kitorang takde kat rumah masa mak sampai Puncak Alam. Dalam renyai2 mak gagahkan diri bukak pagar rumah kami. Masa tu dia dari Perak, abg ipar bawak selepas balik dialisis. Terharu sebab dia nak tidur jugak rumah kami. Walau abg ipar dah pujuk tidur rumah dia. So banyak kenangan dengan mak kat rumah aku ni. Macam tu jugak rumah kami di Kroh. Kadang2 mak datang tidur sana. Aku bukan jaga dia sangatpun. Kalau dia cerita malam tadi tak boleh nak lelap mata, aku tak sedar pun. Elok je aku zzz membongkang tido mati. Sedih bila pikir2 aku tak jaga mak betul2 pun dulu. Masa bulan puasa mak datang rumah aku buat kueh raya. Ala yang aku post kat FB mcm2 kueh tu. Mak mertua aku la yang banyak buatnya. Hehe. Dah lama dia tak buat kueh raya. Kali terakhir masa suami saya sekolah2 lagi. Tetiba dia semangat sangat tahun ni nak buat kueh. Tak sangka. Ingat dia tumpang semangat saya yang berpuasa buat pertama kalinya hari2 dengan suami. Rupa2nya tanda dia nak pergi dah. Dia buat kueh semperit, sarang semut. Kueh2 nostalgia adik beradik suami masa kecik2 dulu. Dia ajar aku cara buatnya. Walau aku byk tunggu kueh tu masak dari oven dari mengadunnya. Pemalas!

Aku teringin makan ketam, terus mak beli. Bukan 4 ekor tapi 4 kilo. Sampai aku rasa muak dengan ketam dah. Bila aku suarakan nak apa2 cepat je mak buat. Dari masa aku duduk menyewa kat Batu Caves dulu mak suka hantar2 barang kat aku. Tenshen aku dibuatnya. Mak hantar sabun la, beras la, sampai ke ubat gigi pun dibawa nya kalau datang lawat kami. Masa tu aku cakap dalam hati macam la aku ni tak tahu jaga keperluan anak dia. Bila dia datang rumah kami aku goyang kaki je tengok TV. Sebab mak suka masak. Mula2 dulu cam bengang gak, dah lama pastu aku lagi suka mak datang. Boleh makan sedap:)).

Mak mertua aku tu memang terer masak. Tengokla anak2 dia. Hasil kesedapan masakannya. Kalau raya ke balik kampung saja2 ke cam kenduri meriahnya lauk mak masak. Sambil tolong mak kemas2 sambil tangan cekau makanan masuk mulut. Mana tak gemok. Tapi mak tak pernah kutuk aku gemok. Bila orang tegur cakap aku gemok mak cakap aku ok je. Heee bangga  lalu tak sedar diri dan terus dengan aktiviti makan dan makan lagi. Walaupun aku menantu bongsu mak tak segan nak suruh aku buat itu ini. Mak kan pendiam, kalau dengan orang lain dia cam segan2 je nak suruh. Kalau dengan aku lajuje dia suruh ambik itu ini. Kadang bengang gak! Tp sekarang tak bengang lagi sebab mak dah takde:(. Crying.

Bulan 11/2011 kitorang pindah balik ke Puncak Alam. Suami ada kerja kat sini pula. Jadi banyak masa duduk KL pula. Abg ipar selalu bagitau mak tak sehat. Selera makan pun kurang. Sampai kurus2 dah dia. Turun 4,5 kilo sebab tak makan. Masa tu kitorang bengang. Bila mak dengan kitorang ok je. Takde nampak cam orang sakit pun. Bila orang lain jaga macam2 hal.

Tanda 100 hari Mak.
Last kitorang semua balik kampung (Ipoh) masa raya haji haritu. Bila mak dah takde ni, kitorang tengok barang2 yang mak susun. Semua keperluan lengkap. Sabun cuci pinggan ada lebih 10 dalam almari. Sabun basuh soflan tisu semua ada banyak. mak beli karpet banyak sangat masa kat Nilai 3 tu. 5,6 helai jugak la karpet tu. Masa tu rasa mak membazir. Sekarang dah paham, kalau mak tak beli masa tu takde sape lagi nak hias2 rumah dia kat kampung tu nanti. Sedihnya tengok barang2 yang dia susun tu. Kemas je.

Mak semput2 jadi 2,3 kali masuk Hospital Baling. Masa tu kesian mak takde orang nak jaga. Time mak sakit ni la baru nampak perangai masing2. Terserlah dah ikhlas ke tak ikhlas seseorang tu dengan mak. Masa mak masuk hospital ni, husband pergi Oversea seminggu. Jadi aku tak boleh nak drive sorang2 pergi sana. Jauh. Kesian mak masa aku ngan husband sampai dari KL tu mak sorang2 je kat katil hospital. Takde sape jaga sedangkan mak takut sorang2. Dia tak reti nak mintak tolong nurse2 ke kalau ada apa2. Dia takut susahkan orang. Mak jenis orang yang terlalu pikirkan perasaan orang lain sampai abaikan perasaan sendiri:(. Anak2 mak bagus. Diorang jaga mak betul2. Anak2 mak kan lelaki. Mana boleh jaga kat hospital. Jadi jenguk2 mak kat tingkap je. Mujurla Hospital Baling setingkat je. Malam2 samada adik mak atau anak sedara mak jaga. Seb baik time cuti sekolah so bolehla upah diorang jaga. Kakak2 ipar yang lain ada baby jadi tak boleh nak tolong jagakan.

Kitorang stay kat Kroh tu sementara tunggu mak sehat. 2,3 3kali jugak la mak keluar masuk keluar masuk Hospital akibat semput. Oh ya mak pernah masuk NCI tu balik akibat semput tu. Bila di x-tray nampak ada air di paru2. Jadi doktor just masukkan jarum panjang, cucuk mak hidup2 unt buang air dari paru2 tu. Aku la teman mak kat NCI masa tu. Kluar2 hospital tengok bil diorang charge sehari RM1800++. Hoho. So bila mak semput lagi mak taknak pegi Hospital swasta dah. Dia kata buang duit. Alhamdulillah la since mak sakit ni duit bukan masalah bagi keluarga suami aku. Usia macam mak mana ada insurans sudi cover.

Dekat Hospital Baling pun buat perkara sama. Buang air dari paru2. Takde benda pun. Just masuk paip dan biarkan air tu keluar perlahan2. So Mak kena tunggu dalam wad je la. Makan semua elok je. Cam biasa menantu dia yang kuat makan dia tapau macam2 la untuk makan dengan mak kat hospital. Tapi mak makan sikit je. Sebab dia ada ulcer mulut. Lagipun dia memang lama dah takde selera makan. Masa aku jaga dia ni ok gak la dia makan. Cuma tak habis sebab pedih kat mulut.

Pastu mak keluar balik. Bila air dekat paru2 dia tu kering dia okla tak semput lagi. Tapi tak lama sebab air tu bertakung lagi. Abg ipar bawak mak ke Hospital Pakar Metro semula. Hospital yang mula2 kami refer dulu. Doktor kat sana marah. Dia kata kanser mak dah merebak jadi tahap 4. Kenapa tak buang semua tete* tu katanya. Fikir kami doktor tu tak puas hati sebab mak lari dari operation situ. Kan dia dah rugi hilang sorang pesakit. Puluh2 ribu tu sekali operate.Abg ipar ngan husband bawak pulak mak refer kat NCI. Doktor kat situ pulak cakap takde apa2. So hati kami lega.

Mak keluar masuk hospital beberapa kali lepas tu. Masuk hospital bukan buat apapun. Pakai oksigen je dgn tunggu time makan. Mak bila pakai oksigen tu okla semputnya takde lagi. Abg ipar sempat belikan tong oksigen harga dalam 4ribu camtu untuk mak pakai kat rumah. Mak sempat pakai sehari je. Kesian kitorang tengok  mak. Rambut dia dah mula gugur. Dia tidur terlingkup ke depan tau. Sambil duduk riba 2 bijik bantal dia tido. Dah lebih sebulan macam tu. Abg ipar dan suami bawak mak pergi Hospital Sungai Petani lagi. Untuk check je konon2nya. Last2 mak kena tahan wad. Aku drive ke sana untuk jaga mak malam2 kat hospital.

Tanda 7 hari.
Husband aku tido hotel. Bila siang diorang gilir2 datang jaga mak. Orang laki takleh jaga sbnrnya. Tp anak2 ngan suami mak degil, diorang masuk menyelinap kadang2. Aku pukul 12 tghari balikla hotel mandi, tido kejap. Pukul 2 waktu melawat dah so ramai boleh teman mak. Petang aku datang balik. Camtu la rutin kami suami isteri selama seminggu. Selama aku jaga mak seminggu tu, mak ok sangat. Ulser kat mulut dia pun dah sembuh. So dia makan menjadi2. Pagi nasi lemak. Tengahri kang order nasi lauk pajeri nenas ngan terung + ikan goreng. Petang nak cempedak la samosa la. Air manis2 aje. Alhamdulillah kami tengok mak beransur sehat. Dah boleh makan macam biasa. Seronokla kami tengok.

Mak masuk wad tu hari Ahad. Doktor suruh hilangkan semput mak dulu then nanti mak akan di transfer ke Hospital Penang plak untuk buat kimoterapi. Sepatutnya hari selasa mak pergi Penang, tapi semput dia still ada, doktor takut dia tak tahan panas akibat kimoterapi tu nanti. Mak kalau boleh taknak kena cucuk jarum panjang untuk keluarkan air tu lagi. Sakit sangat katanya. Last2 mak sign jugak sebab tak tahan semput. Yelah nak tunggu sampai bila kan macam tu. makin cepat semput mak hilang cepatla dapat buat kimo cptla mak sembuh.

Rambut mak mula gugur. Bila aku sikat sejambak jatuh. Sampai nampak dah kulit kepala mak. Bila malam aku tutup langsir sebab taknak bagi mak nmpk byg2 kepala botak dia kat cermin tingkap. Nanti mak sedih. Mak kata dia tak kesah. Janji dia sehat cepat. Susah betul nak sembuh katanya. Semangat mak kuat. Dia sakit kuat tapi dia menten taknak tunjuk kat sesape pun. Bila doktor tanya memanjang jawab ok. Tekanan darah mak semua ok masa aku jaga dia tu.

Mak cakap kat anak sulung dia, dia nak baring pulak. Dah penat tido duduk katanya. Mak memang tidur duduk sekian lama. Baru2 ni je tido terlungkup tu pulak. Aku tido atas kerusi hospital je. 2 kerusi aku gabungkan. Kat situ kena bawak kerusi malas sendiri. Aku malas nak bawak. Kadang2 pukul 2 pagi mak panggil aku suruh urut belakang dia. Dia lenguh. Aku mamai2 urutkan. Pastu sambung tido blk. Jap lagi mak kejutkan lagi. Mamai2 aku urut. Mesti rasa tak puas pun aku urut tu. Bayangkan kalau kita duduk lama pun lenguh ininkan mak berbulan2 dah duduk macam tu. Punggung dia pun dah start melecet. Aku sapu krim tampal plaster. Siap tangkap gambar lg guna i-phone kasi mak tgk. Terkejut mak ingat skit je.

Pagi2 aku basahkan badan mak. Mak taknak mandi. Sejuk katanya. Baru2 ni jugak mak ada suruh abg ipar yg jaga dia tu sental badan dia betul2. Dekat sejam la abg ipar tu mandikan mak. Bila aku balik hotel, abg ipar sulung slalu temankan mak. Mak cakap mak takut duduk sorang2. Macam dia nampak sesuatu. Tapi kitorg tak paham lagi masa tu.

Hari jumaat tu abg dtg awal bawak sarapan pagi. Pukul 10 pagi aku mintak diri balik hotel. Tak smpai lagi hotel abah dah call cakap darah mak naik. Aku pikir mak biasa je. Mak tu memang kalau dengan cerita2 yg buat dia terkejut tekanan darah dia terus naik atau jadi rendah sangat. Husband patah balik ke hospital. Aku mandi dulu segar2 kan badan. Pukul 12 aku smpai balik hospital. Ok ya sehari sblom tu mak duduk dkt wad dpn jururawat. Hari Khamis tu diorg tolak mak masuk cubical lain plak. Katanya unt org2 dah stabil duduk situ. Haritu kan mak dah sign unt buang air kat paru2 tu. Tetiba doktor pakar kata xyah pulak sbb nmpk air tu dah makin kurang. Mak ngadu dengan aku dia rasa bkn sbb paru2 tu tp sbb tete* dia dulu. Rasa bengkak sakit dari situ. 

Masa aku smpai tu diorg cucuk jarum panjang yg mak x suka tu kiri dan kanan lagi. Sebab katanya air tu dah masuk paru2 kiri pulak. Bygkan diorg bius kat kulit situ je..pastu cucuk smpai kena paru2 kita. Kita kena pisau sikit pun nak nangis. Inikan dicucuk hidup2 macam tu. Masa abah call tu mak pengsan. Mak sempat cakap kat abah "panggil anak2" sblom dia pengsan tu.

Diorang cucuk x-tray mak smua kat cubical dpn meja jururawat tu. Mak dimasukkan oksigen yg paip besar tros ke tekak tu. Kitorang ikut mak masuk ICU. Mak dah sedar time tu. Cuma mamai2 lagi akibat morphin dan ubat2 yg diorg bg. Masa tu sedih aku tgk mak. Kat hidung dia disumbatnya paip unt masuk susu. Kat leher ditebuk unt ubat2. Ada 3 mesin ubat x silap aku. Yg aku baca insulin, morphin. kat kaki mak unt masuk air. Kat tangan lg. Kiri kanan unt buang air kat paru2. Yg air urin pun ada tebuk jgk. Sedihnya aku tgk mak masa tu. Elok je dia sehat masa dengan aku. Cerita itu ini makan itu ini...alih2 mak tak mampu nak bercakap lagi.

Adik beradik lain terkocoh2 dtg ambik anak tros dari skolah. Bila waktu melawat 2 orang 2 org je blh masuk bilik mak. Mak ditempatkan sorg2 dlm bilik tu. Aku tunggu mak kat luar smpai malam. Ipar duai yg ada anak2 smua dah blk homestay dkt2 situ. Mula2 tanya nurse diorg kata tak blh sape2 tggu kat ICU. Tetiba pukul 10 nurse keluar kata blh sorg tggu. Waktu nurse cakap tu aku kat luar coz tak tahan aircond sejuk sangat dalam kwsn menunggu tu. Abah kata mungkin mak bg isyarat suruh org jaga dia. Tu yg nurse keluar tanya "anak" td. Dia refer aku. Terharu aku dgr. Tp abah suruh makcik jaga. Coz aku tak sempat berehat langsung.

Masa dlm ICU tu aku bacakan yasin unt mak. Mak ok je. Dia boleh angguk gelek paham kita cakap. Sesekali cuba nak bercakap. Aku cakap jgn mak berehatla nanti lg semput klw bercakap2. Aku try nak ckp byk dgn mak. Nak mintak maaf dgn mak. Tp tak sampai hati nak cakap. Dada rasa sebak sangat. Aku cuma suruh mak rehat. "Org sayang mak tau"..aku ckp sblom aku kluar tu. Mak angguk dengan renungan sayu. Aku bg salam. Mak jawab salam aku smbil mulutnya berat dipenuhi tiub oksigen tu.




Bersambung....nak nangis dulu. Bai.

Jadual Seminggu Di Perth

Travel with Air Asia

Day 1
Bertolak ke LCCT. Flight jam 11.50pm.

Day 2
-Tiba di Perth at 5.30 am.

-Cari kereta sewa kat airport. Hertz or Bayswater.
-Jalan2 ke Fremantle. From Perth City dalam 28 minit.
-Fremantle - naik Swan River Cruise
                  -  Lunch @Kailis or Cicerellos.
                  - Subianca Pacilion Market.
-Perth City night view.

-Tido kat Perth City.

Day 3
-Breakfast. Buat bekal siap2.
-Ikut jalan tepi laut ke Busselton (Jeti panjang ke tengah laut).

-Dari Perth City ---> Busselton dalam 2 jam 56 minit.
-Singgah Lake Clifton. Tengok whale@dolphin@laut.


-Dari Busselton ke Margaret River =43 minit.
-Margaret River -Chocalate Factory

                           -Swan Valley (ladang anggur)



                          - Caversham Wild Life Park (must go! tengok kanggaru, peluk panda and lempang sekor Tazmania)





-Tido kat Margaret River. Tengok sunset. Layan orang surfing:))



Day 4
-Breakfast. Buat bekal siap2 untuk berjalan.
-Margaret River to Augusta dalam 29 minit.
-Augusta -Cape Leuwin Light House (Rumah Api)

-Augusta to Albany = 364km, 4 jam 44 minit.
-Lepas Augusta singgah Denmark tengok -Green Pool
                                                                   -William Bay

                                                                   -Elephant Rock


-Albany ada -Valley of Giant (Pokok Balak Besar)


                    -The gap and Natural Bridge (must go!)



-Tido bandar Albany.



Day 5
-Dari Albany to Perth about 417km, 4 jam 41 minit.
-Shopping kat Perth City, beli souvenir.
-Swan Bell Tower.

-Tido Perth City.

Day 6
-Perth to Pinnacles, Cerrantes = 203km, 2 jam 27 minit.

-Mambung National Park Australia -Wave Rock
                                                         -Hyppo Cave

-Sebelum tu lalu Lancelin (Padang Pasir tepi laut). Boleh sandboarding.

-Return back to Perth City. Tido kat Perth.

Day 7
Bertolak balik KL. Flight jam 6.50am. Sampai 12.30pm LCCT.




Lain-lain kos/per pax.

Car rental - AUD58
Cab from Airport to Perth City - AUD11.
Cab to Airport from Perth City - AUD9.
Caversham Wildlife Park - AUD22.
Sandboard rental - AUD3.
Swan Bell Tower- AUD13.
Pinnacles Dessert Fee- AUD4.
ETA Visa -RM20


1 AUD = RM3.20



Nota : Menjadi kebiasaan kalau nak pergi mana2 saya rancang dulu perjalanan. Servey tempat2 yang best untuk pergi, jadi takdela buang masa sangat masa bercuti tu. Flight ke Perth ni cancel sebagai menghormati pemergian Mak. Akan print post ni bila tiba jodohku untuk ke sana:)). InsyaAllah. Mak..i still miss u;(


Gambar kredit to tuan puan Kanggaru:=p

Monday, January 30, 2012

Kira Zakat Simpanan

Maksud wang simpanan ialah wang yang disimpan sama ada di dalam akaun simpanan di mana-mana institusi kewangan seperti bank mahu pun institusi lain seperti ASN dan ASB. Ia meliputi akaun simpanan tetap mahu pun simpanan biasa.

Zakat dikenakan ke atas baki terendah simpanan di dalam tempoh setahun. Sebagai contoh, Ahmad mempunyai simpanan pada awal tahun 2007 sebanyak RM10 ribu dan sepanjang tahun itu berlaku keluar dan masuk wang simpanan sehinggalah ke akhir tahun 2007 simpanannya berjumlah RM50 ribu. Ahmad hendaklah melihat pada tarikh bilakah di dalam tahun itu, wang simpanan beliau berada pada baki terendah.

Katakanlah pada 15 Julai 2007, baki terendah simpanan Ahmad ialah RM7 ribu dan nisab pada tahun 2007 ialah RM6 ribu (maknanya wang simpanan itu melebihi nisab zakat), maka Ahmad hendaklah menggunakan nilai RM7 ribu itu untuk dikirakan zakat.

Maka, RM7,000 X 2.5% = RM175 wajib dizakat sebagai zakat simpanan Ahmad pada tahun 2007.



Nota: Seandainya Ahmad mempunyai lebih dari satu akaun, maka beliau hendaklah mencampurkan semua baki terendah pada setiap akaun simpanan dan mendarabkannya dengan 2.5% bagi mendapatkan jumlah zakat simpanan beliau. Sekiranya Ahmad menyimpan di simpanan yang berfaedah, maka Ahmad hendaklah terlebih dahulu menolak jumlah faedah tersebut sebelum dikirakan zakat.


Kredit : Lembaga Zakat Selangor

Resipi Ayam Masak Serai

Dah seminggu saya duduk kampung suami ni. Harini bermula aktiviti belajar masakan kesukaan suami yang selalu arwah mak masak. Dulu masa mak ada kadang2 je saya masuk dapur. Tahu2 makanan dah penuh meja. Mak tak pernah mengata sikit pun perangai menantu2 atau sapepun yang tak mahu tolong dia kat dapur. semuanya dia lakukan dengan ikhlas. Tanpa mengharapkan orang lain tolong.

Bila ingat2 balik kesian kat mak.Kadang2 selepas balik cuci buah pinggang terus dia masuk ke dapur. Kelentang kelentung masak. Bilik kami betul2 tepi dapur. Jadi dengar aktiviti dia ke hulu hilir ambik periuk ke goreng ikan ke kat belakang bilik tu. Tak pernah dengar dia mengeluh kata penat ke apa. Kadang2 lepas makan semua dah ke ruang tamu atau masuk bilik masing2. Tapi emak still kat dapur mengemas tak habis2. Bila tanya ada yang blh bantu. Dia kata takpe, duduk je. Mana nak jumpa mak mertua camni. Dengan makcik sendiri pun kena sound kalau keje asyik "mengbongkang" je. Tapi mak tak pernah. Tahu2 dah panggil makan. Tahu2 baju kita dia dah siap jemur siap lipat lagi walau seluar dalam sekalipun. Mulia sungguh hati mak. Sebab tu Allah lebih menyayanginya.

Ok resipi pertama belajar harini Ayam Masak Serai. Master Chef nya makcik ngan kakak saudara husband. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan untuk belajar resipi ni. Kena tahan panas telinga kena tahan maki. Hahahaha.

Resipi Ayam Masak Serai

Bahan-bahan
Ayam
Serai 3 batang
Bawang merah lagi banyak lg pekat kuahnya
Bawang putih
Halia
Cili api merah dan hijau campur2
Cili kering
Serbuk kunyit
Garam
Ajinomoto
Asam keping
Minyak masak
Santan

Cara-caranya

1- Blender bawang putih, bawang merah, serai, halia, cili api sampai hancur.
2- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan2 yang telah diblender.
3- Masukkan serbuk kunyit dan cili kering.
4- Bila bahan2 tersebut hampir kering masukkan ayam. Biarkan masak hingga empuk.
5- Masukkan santan, garam, ajinomoto, asam keping secukup rasa.
6- Kacau2 sampai masak. Siap!

Ayam masak serai ni arwah mak selalu buat time raya. Untuk makan dengan nasi impit. Makan dengan nasi pun sedap:))

Thursday, January 26, 2012

Mak:::Semoga damai di sana. Al-fatihah.

Korang percaya tak mengenai roh si mati pulang ke rumah selepas dikebumikan? Aku pernah dengar cerita pasal ni tapi tak pernah terbaca pulak mana2 hadis bercakap soal ni. Selasa lepas tanggal 24 January 2012 ibu Mertuaku pergi meninggalkan kami semua. Aku redho dengan pemergian dia. Terlalu byk derita Mak ketika hidupnya. Biarlah dia tenang di sana.

Malam pertama Mak dikebumikan, dalam jam 11.50pm..kat ruang tamu berbau kapur barus. Sampaila ke subuh. Anak2 Mak baca yasin ramai2 kat ruang tamu. Aku baca sambil baring sehinggalah aku terlelap. Lepas subuh aku keluar bilik bau tersebut masih ada. Aku sangkakan Ada sisa2 kapur barus tertinggal kat mega tepi tv. Aku check2 takde. Bila pikir2 balik mana Ada org taruk kapur tu kat ruang tamu. Diorg siap2kan kat dapur then terus taruk kat luar tempat mandikan mayat.

Malam td mlm kedua, kami tunggu Mak datang. Yang lelaki bangun solat sunat disusuli bacaan yasin beramai2. Tepat jam 12mlm bau wangi mcm bedak sesekali menjengah hidung kami. Tak tahula nak percaya benda mistik camni ke tak. Tp klw betul alhamdulillah Mak wangi. Smoga ditempatkan dikalangan mereka2 yang solehah. Aminnn..

Sunday, January 8, 2012

Love this!





Dah tiba masanya untuk tukar my favourite color. tak sesuai dah kaler2 pink tua2 nih! ok tu je nak cakap. ok bai.