Dulu dah pernah buat entry pasal Chuping ni. Masa tu pergi Padang Besar dengan Mak Mertua. Tak dapatla nak bergambar kan. Masa mula2 tengok Chuping ni...Subhanallah. Seluas mata memandang. Ni second time lalu situ pun still teruja. Betapa indahnya bumi ciptaan Allah ni.
Dari Wang Kelian nak balik KL kena hala ikut singboard ke Changloon. So laluan yang sama dari Padang Besar. Ni jumpa tepi jalan. Takde kete pun lalu masa ni...terusla bergambar gedik2 camni.
Inilah Chuping. Ladang tebu terbesar kat Malaysia. Kaya ooo tokey kilang gula ni.
Cantikkan pemandangan. Seluas mata memandang.
Ni semua pokok tebu. Tapi kecik lagi. Takde batang nya lagi. Kalau tak mesti lagi cantik gambar pokok2 ni.
Ni kitorang berhenti kat view point dia. Boleh tengok dari atas. Kalau dari highway nampak hijau2 cenggitu je.
View point.
Anda berada di Chuping, Perlis. Kawasan ladang tebu terbesar di Malaysia dengan keluasan 8062 Hektar.
Dah habis posing balik. Rasa bahagia je hati tengok pemandangan2 indah ni. Walau jauh perjalanan pergi dan balik tapi dalam hati ada tebu. Manis!
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
Cara Nak Ke Wang Kelian
Rantau Panjang, Kelantan----->Golok, Thailand
Bukit Kayu Hitam, Kedah------>Danok
Padang Besar------->Padang Besar, Thailand?
Wang Kelian, Perlis------->Satun
Johor Bahru----->Batam/Singapore
Miri, Sarawak----->Kuala Belait, Brunei
Semua senarai kat atas saya pernah sampai. Haha eksyen. Setiap hari ahad, boarder Wang Kelian-Satun ni di buka kepada orang ramai. tak payah pakai passport orang Malaysia boleh sesuka hati masuk Thailand, orang Thailand suka ayam Malaysia..erh tetiba.
Nak pergi Wang Kelian dari Kuala Perlis ambik masa 40 minit. Lebih kurang 40km jarak perjalanannya.
Tak terasa pun jauh perjalanan sebab pemandangan sepanjang jalan sangat indah.Ikut je singboard ke Kaki Bukit @ Gua Kelam. Memang macam nak pergi hujung dunia. Kiri kanan alam semulajadi je. Start naik bukit tu agak mencabar sikit. Betul2 macam ular sawa kena pukul jalan dia. Zig zag.
Kitorang sampai dah tengahari. Orang ramai dah nak balik pun. So masa lalu imegresan tu takdela jadi ikan sardin.
Angry bird ni RM18 je. Mula2 nak beli, jalan dulu. Last2 dah jauh malas nak patah balik cari angry bird ni. Ambik burung marah lain je. Kaler kuning.
Ramai orang Malaysia angkut Kereta Mainan untuk anak2 diorang. Harga RM150-RM250 camtu. Kira murah la dari beli kat Malaysia kan.
Basikal pun murah2.
Ha camni je tempat jualan dia. Cam pasar tani. Ni Satun Thailand tau. Bukan Malaysia. Macam2 ada jual. Dari bawang, periuk belanga,beras hinggalah ke baju, handbag segala. Tak payah tawar2 harga memang dah murah. Berbanding kalau shopping kat Padang Besar bila tanya cakap RM40 sehelai baju. Agak2 kita tak jadi nak beli dan mahu berlalu pergi terus dia cakap RM20 pun boleh. Heh!
Panjang ooo pasar dia. Lenguh berjalan. Tapi sbb brg2 dia murah...best2. Semua nak beli.
Orang Satun ni majoriti nya Islam. Dia bertutur sleng melayu Kelantan. Ada jugak yang tak pandai cakap melayu. Pandai2la guna jari buat bahasa isyarat.
Yang ni hasil paling besar saya harini. Buat binatang peliharaan kat rumah. Itupun sebelum anak2 buah datang merembat. Taraaaa...
Ok dah habis shopping. Balikkkk!
Friday, November 25, 2011
Dalam Rumah Ada Taman
Teringin nak ada taman dalam rumah. Ada swimming pool, kolam ikan. Syoknya!
Ada taman camni pun ok dah. Sejuk mata memandang.
Gambar rumah sape tah ni aku curik kat tenet.
Paku pakis tu tumbuh sendiri, tapi elok plak dia hidup kat situ. Jadi penyeri.
Ni pokok bawang yang saya tanam kat umah lg satu. Bawang dah tumbuh daun akibat lama tak masuk dapur. ehehe.
Sawi dari biji benih. Tak sempat nak tuai hasil coz asyik traveling jek. sedih! Kalau x mesti dah kurus makan sayur-sayuran organik je. Kan.
Pokok cili juga dari biji benih. Seronok tengok tiba2 tumbuh pokok.
Bunga lavendar tu saya beli sepokok RM8 je. Tanam dalam 2 pasu sederhana besar. Sekarang ni dah merimbun 2 pasu tu. Yang bunga merah tu pun dah bercabang lagi 1...tp x jadi bunga lg yg satu tu. Tanam dalam pasu, kalau tanam kat tanah mesti lagi bercambah2. Nanti rajin saya upload gambar latest.
Orang kata kalau nak tahu tuan rumah tu kedekut ke idak tengok pokok buah2an depan rumah dia. Kalau selalu berbuah dan merimbun je mesti tuan rumah tu pemurah dan baik hati. Macam pakcik ni!
ehehe.

Ini pokok yang saya tanam kat tanah sekankang monyet depan rmh ni. Seronok tengok pokok hidup subur je walau siraman hanya harapkan hujan turun dari langit.
Paku pakis tu tumbuh sendiri, tapi elok plak dia hidup kat situ. Jadi penyeri.
Ni pokok bawang yang saya tanam kat umah lg satu. Bawang dah tumbuh daun akibat lama tak masuk dapur. ehehe.
Sawi dari biji benih. Tak sempat nak tuai hasil coz asyik traveling jek. sedih! Kalau x mesti dah kurus makan sayur-sayuran organik je. Kan.
Pokok cili juga dari biji benih. Seronok tengok tiba2 tumbuh pokok.
Bunga lavendar tu saya beli sepokok RM8 je. Tanam dalam 2 pasu sederhana besar. Sekarang ni dah merimbun 2 pasu tu. Yang bunga merah tu pun dah bercabang lagi 1...tp x jadi bunga lg yg satu tu. Tanam dalam pasu, kalau tanam kat tanah mesti lagi bercambah2. Nanti rajin saya upload gambar latest.
Orang kata kalau nak tahu tuan rumah tu kedekut ke idak tengok pokok buah2an depan rumah dia. Kalau selalu berbuah dan merimbun je mesti tuan rumah tu pemurah dan baik hati. Macam pakcik ni!
ehehe.
Thursday, November 10, 2011
Saya Bukan Catwomen
Malam tadi tengah syok2 tengok TV tiba2 ada sekor kucing keluar dari sebalik langsir. Saya buka tingkap sikit je..boleh dia muat masuk ikut situ.
Dah halau2 dia buat dek je. Siap jalan2 dalam rumah. Masuk bilik ke bilik. AMboii...buat macam rumah sendiri nampak. Bila di halau shushh shushh dia buat pekak je. Last2 dia pergi dapur mengiaw2..rasa kesian pulak saya bagi la dia makan. Memang kat rumah ni selalu ada je stok makanan kucing.
Comel kucing ni. Mesti sesat tak jumpa rumah ni. Dah sudah makan saya tolak dia kluar ikut pintu belakang. Kejam tak kejam la kan. Kalau dia berak kat karpet naye!
Sampai pukul 12 dia bising duduk mengiaw2 kat blakang. Takut agaknya. Bila saya buka lampu diam dah dia. Dia bukan keseekoran. Ramai ada kat belakang tu.
Ni ha geng2 dia. Saya tak bela pun tapi memang dia tidur belakang rumah saya. Pernah sekali saya tak balik rumah dekat 3 minggu balik2 tengok ada sekor kucing mati. Dah reput habis...tapi xde bau bangkai pun.
Bila balik rumah sekali sekali. Denagr je saya buka air paip kat sink, semua memekak2 mengiaw kat belakang tu mintak makan. Pantang betul. Kadang petang diorg xde pergi jalan2..saya panggil "miawwww" sekali je berderu diorg dtg berlari. Cait! Ingat aku nak bagi makan la tu.
Banyak kali juga 2,3 ekor terlepas masuk rumah cari makan. Tunggang langgar periuk atas dapur. Biasanya yang buat perangai macam tu bukan kucing yang saya kenal. Kawan2 dia tah datang dari mana. Main masuk je rumah. Ada sekali tu saya bukak tingkap belakang baik punya berak atas tilam. Huwaaaaaaa..
Saya bukan tak sayang kucing ni, sayanggg...cuma malas nak jaga berak cuci dia. Makan minum dia ok lagi. Kalau saya kluar sidai baju kat belakang mulala 2,3 ekor gesel2 kat kaki. Nak jalan pun susah. Manja mengada2 betulla! Pernah sekali diorg bawak balik kawan diorg. Comel sangat. Sebijik cam garfield. Bulu tebal kaler oren. Sayang lupa nak tangkap gambar. Esok2 xde dtg dah pulak tu. Rugi2...baru nak jual kat internet td. Haha
Nota kaki : Tabik spring kat kawan2 yang suka bela kucing, tidur dengan kucing, siap bawa pergi klinik semua bagai. Teringat cerita Kak Wong bawak kucing liar kena langgar buat operation sampai habis RM2ribu. Semoga Allah balas jasa baik kalian terhadap kucing di akhirat sana. Kucing kan haiwan kesayangan Nabi S.A.W.

Subscribe to:
Posts (Atom)