Friday, March 11, 2011

Saya Seorang Perempuan Yang Tak Tahu Bawa Kereta


Kita slalu dengar orang kata perempuan tak reti bawak kereta kan. Banyak kes2 kereta terjun dari parking bertingkat, langgar tiang parking, nak tekan break tersalah tekan minyak la semuanya melibatkan pemandu perempuan.

Saya pun salah seorang perempuan macam tu. Sampai sekarang saya tak tahu nak parking undur. Siyes. Dah tengok cermin depan, kiri kanan, siap bukak pintu kereta...kadang2 siap kluar tengok belakang kereta tu tapi still kereta parking tak masuk kotak betul2. haha bongek sungguh!


Masa mula2 bawak kereta dulu saya pernah sagat kereta Wira warna hijau yang diparking kat tepi jalan. Kereta orang tu kemek..kete saya ok je. Pastu saya cabut laju2.


Masa takde kereta sendiri lagi saya pinjam kereta boypren. Masa tu boypren pakai Satria Mivec. Owh dah kira hebat la masa tu. Umo 19 tahun bawak mivec hebat tak hebat kan. Pompuan lak tu. Sekali tekan minyak fuhhhh semua pandang. Saya dan kawan2 makan malam kat 1 restoran ni. Ceyyy sempena ada kete pergila makan jauh sikit dari rumah sewa. Dah habis makan tergedik2 keluar restoran. Nak eksyen ni memasing sebab naik mivec. Pastu siap tekan minyak kuat2 nak eksyen kat budak2 yg lepak kat restoran tu. Dah jauh jalan baru kawan tegur...
Erh..kenapa ko tak pasang lampu kete? 

Wahahaha...tadi kemain eksyen tekan pedal minyak...suis lampu pun tak tahu nak pulas belah mana. hahaha. 


Kes lain plak pergi giant. Naik mivec yang sama. Balik tu hujan lebat. Yang sorang member ni ada lesen tapi tak pernah bawak kete pun. Sebuk je dia bagi arahan itu ini camtu camni cara bawak kete. Yang saya ni dengan tak bape handalnya nak bawak kete ni jadi lagi kelam kabut kalau ada orang tegur2 ni. Sekali...

Dummmm...!


Alamak...dah terlanggar kete depan kat trafik light. Hujan tengah lebat. Nak keluar takde payung. Orang yang kena langgar tu pun tak kluar. Lampu bertukar jadi hijau. Orang tu main jalan je. Nampak cam kemek sikit bumper dia. Saya pun jalan la jugak. Lagi skali check kereta saya takde pape. Seb baik. Kalau tak boypren tak bagi pinjam kete lagi. Huuu...



Nota : Sekarang saya dah handal sikit. Takde kemekkan kete orang lain dah. Sumpah! Kepada kereta2 yang saya dah kemek kan tu, sila hubungi saya jika anda ingin meminta pampasan. Dulu saya lari laju2 sebab takde duit nak bayar. Hehe.  Huwaaaa ampunkan dosaku. Saya cuma seorang pemandu perempuan yang tak reti bawak kete sangat.  Seorang dah insaf. Pastu dah terer selit2 kalau bawak kete kat highway. Heeeee:))


By : Emy
Time : 2.32 a.m. ---->mata tak ngantuk lagi. 

8 comments:

mr.syazwan said...

hahaha

lawak gak awk ni ye

xpe2 practice make perfect

ceh

=_=

AnaLyana said...

hahaha.. lawakla ko emi.. nmpak gaya macam handal bawak kete..kekekeke

kak long said...

dulu macam emy gak...tapi skrg fobia tu ada lg...lebih2 lg bab gostan kan kete...heheheh!!!!

.::Lynn::. said...

muahahhahaa.....

~mrs azmi~ said...

oh itu biasaaaaaaaaa

haha

bila dah eksiden kan kita lebih berhati2... ^_^

Queen said...

yabang pun lamaaaa nak terer bawak kereta.....ape lagi masuk parking...huish..jenuh nak mengajar..

tapi sekarang..die bawak kereta lebih teror dari nik...

kita plak selalu kene marah sebab selalu tak nampak lobang.. main belasah je..

tau2 chamber dah bengkok kene la bayar RM300 kat kedai..muahahhahahhahhaa

Unknown said...

i'm a lady driver tuuuu...ehehheeheee...

attyfir said...

kty ingat lagi masa seminggu dpt lesen..kty bawak kete .nak naik bukit..mmg tak teror sgt..

yg budak2 ni time org nak balik keje.time tu ler main kt bukit..nak mengelakkan kanak2 tuh ..

terus kty langgar umh org..huhuuuhu..