Monday, February 14, 2011

Perkara Paling Romantik Pernah Kami Lakukan Bersama

Saat melihat matahari terbenam di tepi pantai sambil meng-usha minah saleh Minah binti Saleh juga Minah dan Saleh berb*g*l dirasakan sudah cukup romantik.



Juga makan malam berdua bertemankan deruan ombak ombak kecil yang memukul pantai dan disaksikan oleh bulan nan sabit diangkasa. Itu pun dah rasa romantik.



Tapi Sabtu lepas lebih romantik. Alkisahnya kami call Restoran Berputar Menara Alor Setar nak makan2 sempena besday saya. Budak yang angkat phone tu macam takut-takut je nak bagi harga. Mula-mula dia berkeras jugakla kata tak boleh nak terima customer lagi. Kecuali untuk event je.

Habis tu takkan orang biasa takleh makan kat situ kot?


Kami minta nak selit jugak makan kat situ. Alah setakat 2 orang kan...takkan takleh selitkan 2 kerusi dan 1 meja kat celah mana2. Kitorang nak jugak makan kat atas awan tu!

Tak lama kemudian budak tu call balik. Katanya boleh. Dia tanya kami nak makan apa. Buat masa sekarang diorg takde sediakan buffet. Cuma menu by menu je yang ada. Kami ambik western set.

Mula2 dia bagi salad ni. Sedap jugak. Ada ayam kat dalam dia.



Lepas tu sup cendawan. Ada rasa santan2. Sedap jugak.





Dan ini menu utama dia. Beef steak. Rasa dia? Sedap hingga menjilat ibu jari kakila!



Untuk pengetahuan yang tak tahu lagi : Restoran berputar kat atas Menara Alor Setar dan Menara KL ni kepunyaan Restoran Seri Melayu. Dia punya steak gila sedap. Berbaloi la makan kat situ. Terasa perapan daging dia. Masin masin masam masam. Sedap gila! Gila pun tak sedap camni tau. Hiks.


Arghhhh aku kalau pasal makan semua sedap! Keh keh...


Sekali lagi budak tu call tanya nak minum apa? Saya cakap nanti dah sampai sana la saya order. Nak tengok gambar dulu. Tapi budak tu cakap kena order dalam phone sekarang jugak. Sebab nak pergi beli barang. Saya gelakkan budak tu. Apa punya restoran la macam ni. Menu semua kami dah siap confirm dalam phone. Air atas cadangan budak tu.

Desset. Macam beli kat secret resipe je. New York Cheese Cake rasanya.


Ni bukan air bandung. Ada rasa2 limau ngan sprite.


Ini pulak sirap tak cukup warna. Ada rasa sprite jugak ngan rasa lain2. Tapi tak tahu nak describe camne. Minum saje. Janji halal:)).



Mula2 naik Menara ALor Setar tu kami terus ke Menara Pelantar. Skodeng2 pemandangan dulu. Tak nampak apa. Jerebu! Laut pun nampak bayang2 je. Gunung Jerai nampak samar2. Langkawi langsung tak nampak belah mana. Selain jerebu faktor cermin yang dah calar balar kat Menara tu pun memainkan peranan. Camne la nak nampak kalau cermin tu kusam menghalang pemandangan kan. Haih! Patutla hujung minggu camni pun takde ramai orang naik. Sekali naik RM6 satu kepala.






Kat dalam lift kitorang tanya nak naik tingkat berapa ke Restoran Berputar tu. Mati2 penjaga lift tu kata tak boleh naik ke situ sebab Restoran tutup. Kami cakapla dah booking.

Owh yang 2 orang tu yer. Kata pakcik penjaga lift tu.

Hai femes gak kami ni erk. Ke sebab banyak songeh dalam phone tadi. Hehe.


Keluar2 lift je kami di sambut dan dipersilakan duduk. Dalam hati rasa kecik kecik kecik je hati ni sebab budak tu dah sediakan satu meja khas untuk kami. Tapi saya nak pilih tempat duduk sendiri. Huwaaaaaaa.







Tetiba lantai meja tu berjalan. Owh patutla diorang panggil Restoran Berputar. Hehe jakun kejap. Lantai dia berjalan slow2. Satu putaran 45 minit. Takyah pilih nak duduk meja mana sebab memang akan berjalan2 meja tu. Boleh view pemandangan kat luar tingkap. Wahhhhhh sonoknya!!!!!




Tahu apa yang romantiknya? Rupa rupa rupa rupanya kan...kitorang berdua je makan kat situ. Muahahahaha. Restoran tu tengah renovation. Diorang nak cat baru. Tapi pekerja datang gak la kerja hari2. Cuma tak terima pelanggan buat sementara waktu ni kecuali ada tempahan event corporate ke baru la diorang accept.

Dan kami...adalah pelanggan yang buat susah2 tu! Wahahahaha. Tak sangka...sempena ulang tahun hari jadi saya yang ke huwaaa dah makin tua ni, encik suami menempah satu restoran di ketinggian 94 meter dari paras laut hanya untuk isterinya tersayang. Eceh. Di layan dengan satu persatu menu bagai puteri raja yang gedixs. Diiringi muzik2 yang romantik. Bersaksikan burung2 yang kadang2 terbang kat tingkap menara, dengan kilauan lampu2 di Bandar Aloq Star yang sesekali terlihat percikan bunga api. Arghhhh romantiknya!


Terima kasih suamiku. Terharu sampai pengsan!


Hari jadi saya sebenarnya esok (15 Februari)...sama dengan Maulud Nabi. Saja celebrate awal. Bukan senang nak jalan jauh2 ni. Syukurlah saya masih hidup hingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat kehidupan yang Kau berikan kepadaku selama ini:)

Selamat Hari Jadi untuk diriku^__________^.





Hidup tidak diukur dengan banyaknya nafas yang kita hirup,
tetapi dengan saat-saat di mana kita menarik nafas bahagia!

14 comments:

kak long said...

best nyaaa...!!!
hepi besday emy....
semoga bahagia dunia akhirat...
amin..!

Queen said...

happy becoming birthday kak emy... =)

salah org tu tak cakapterus terang.....tgh wat renovation...kannnn

Dee said...

happy birthday emy..romantis gilerlah..hehehe..

sygDsyg said...

wahhh ... soooo romantik . 1 restoran hanya mkn berdua . ada rse mcm dream come true tak? heheh nway happy birthday . moga kebahagian milik korang selamanya!!
p/s: lama dah tk blog walking ;)

siti said...

sy wakilkan pics yg plg last tu utk nyanyi lagu besday kat akak..smbil pusing2 pergelangan tgn belah kanan!

awin.. said...

wahhhhhh...manyak syiok...

fazemy said...

Kak Long- Terima kasih K.Long. Mudah2an bahagia juga di sana:))

Nik- Haah...diorang nak jaga reputasi kot. Takut customer complaint. Malu lak akak masa makan tu. hehe

fazemy said...

Kak Naz- Hehe...tak pnh lak idamkan camni pun. Bak kata suami saya, klw saya kawin dgn anak raja pun blom tentu dpt camni. haha.

Siti- Haha...kita bakar dia..kita bakar!

Awin- Nak hadiahhhhh....hehe

Dearie Pearls said...

ok..
dah boleh komen dah.
hehehehehe..romantiknyer bday dier tahun nie..

so sweet...

dalam romantik baca tetiba lak ader Usop..

pecah tawa den ingatkan hantu kak limah tu...
ci citer..
ci citer..

Dearie Pearls said...

Happy Birthday Emy.....

Rindu Emy jugaaaaaaaa...

Ana Lyana said...

hahaha.. dasattttt korang ni.. sabor jelah part yg nak g beli bahan tu.. kuang kuang kuang.. cam tu pun ade..:)

anyway sahabatku. Selamat Hari lahira ya... tq sebab bagi cuti free esok..:)
mis u..:)

Anonymous said...

Uwaaa..... kita pulak yang jeles!

Happy birthday Emy!

ABSOLUTE said...

berdua je? romantik gila. haha

fazemy said...

^_______________^ (senyum lebar)