Wednesday, February 23, 2011

Air Asia Tengah Buat Jualan Murah...Wajib Pergi Melancong Ni..

Air Asia tgh buat jualan tempat duduk RM5 sehala. Murah tak murah la kan. Cu citer cu citer mana nak dapat camni. Kat website Airasiago ramai complaint tak jumpa pun bilik rega 5 hengget tu. Ada memang ada. Atas tarikh dan lokasi korang tuju la. Saya dah check. Memang gila murah.



So far saya check ke Pucket...Bangkok dalam RM1000 untuk 2 org. Flight sekali dengan hotel untuk 5 hari 4 malam BERDUA!!!! Giler murahhhh. Semalam saya baru je check harga untuk ke Angkor Watt. Untuk pakej yang sama rega dlm 2k++. Tadi tengok balik date yang sama dah jadi RM600 sahaja. RM600 tu untuk flight + hotel + 5h4m + 2 orang tau!

Pandai2 la pilih date nak pergi bercuti tu. Hotel yang harga RM5 tu maybe yang dia tulis...booking 4 malam, bayar unt 3 hari je. Toing toing.

Ok nak teruskan usaha mencari pakej2 yang murah. Time2 sales macam ni la nak merasa tido hotel 5 star dgn harga 3 star kan. Hehehe.

Nak pergi Paris la. Agak2 dapat tak harga murah cenggitu? Ok dah jangan nak mengarut lagi. Bye...

Friday, February 18, 2011

Doktor Hospital tetttt Yang Suka Buat Suspen

Minggu lepas si Azzib ni main korek2 telinga dengan putik kapas. Memang dah ditegah banyak kali. Dah disorok pun pandai lagi dia cari. Kali ni siap panjat kerusi nak capai putik kapas yang dok atas meja. Tengah elok2 korek telinga, si abangnya terlanggar. Termasuk terus dalam telinga. Maknya cepat2 la kluarkan. Kapas pulak tertinggal kat dalam telinga.


Darah tak henti2 mengalir, terus mak ayah dia bawak pergi hospital. Doktor cakap gegendang telinga Azzib dah pecah. Huwaaaa....menangis mak nya. Tak tido sepanjang malam dok pikir anaknya p*kak sebelah. Tapi Azzib rileksje. Nangis sekejap je pastu macam biasa. Budak2 apalah yang tahu kan.

Mak nya siap tanya doktor : "Gegendang tu pecah sikit ke, separuh ke camne doktor?". Doktor tu jawab "SEMUA"....huwaaaaa...

Si ayah siap tutup telinga dia sebelah. "Azzib kentut yer"...Dijawabnya "Takla...papala yang tentut"...haha elok pulak dia dengar.

Doktor bagi surat suruh rujuk ke bahagian pakar telinga minggu depan. Mak nya yang tak boleh tido sepanjang malam pagi2 dah bersiap terus hantar anak ke hospital swasta.





Dekat pakar telinga Azzib di scan, di masukkan kamera. Elok je telinga Azzib. Cuma luka sikit je kat bahagian dinding telinga. Mana ada gegendang pecah pun. Haihhh doktor semalam tu buat suspen je. Kalau ye pun tak pasti janganla bagi keputusan yang buat sakit jantung orang!

Ada satu kes libatkan pekerja suami saya. Dia terhantuk camne tah kat tempat kerja. Tiba-tiba pengsan. Terus dihantar ke bahagian kecemasan. Doktor hospital sama tu cakap ada pendarahan dalam kepala. Kalau tak bagi oksigen memang "kiok" terusla ni.

Tak lama lepas bagi oksigen tu, elok je orang tu sedar balik. Tak sampai sejam pun. Siap boleh bercakap2 lagi. Hampeh punya doktor. Seb baik tak kebumikan terus je pakcik tu tadi. Alahai doktor ni...buat suspen je!




Nota kaki : Nasib baik Azzib tak apa2. Sudahla comel kalau betul2 terjadi alahai kesiannya. Lagi 1 dia ni kuat menjawab. Kalau kita cakap bukan nak dengar pun. Yang telinga elok ni pun degil takmo dengar cakap orang tua, apatah lagi kalau sebelah je blh dengar. Makin degilla dia. Syukur tak jadi pape. Untuk ibu bapa sekalian, jaga2 la barang tajam2 kat rumah tu...budak2 bukan tahu yang mana mainan yang mana bahaya. Putik kapas pun bahaya tau!

Monday, February 14, 2011

Perkara Paling Romantik Pernah Kami Lakukan Bersama

Saat melihat matahari terbenam di tepi pantai sambil meng-usha minah saleh Minah binti Saleh juga Minah dan Saleh berb*g*l dirasakan sudah cukup romantik.



Juga makan malam berdua bertemankan deruan ombak ombak kecil yang memukul pantai dan disaksikan oleh bulan nan sabit diangkasa. Itu pun dah rasa romantik.



Tapi Sabtu lepas lebih romantik. Alkisahnya kami call Restoran Berputar Menara Alor Setar nak makan2 sempena besday saya. Budak yang angkat phone tu macam takut-takut je nak bagi harga. Mula-mula dia berkeras jugakla kata tak boleh nak terima customer lagi. Kecuali untuk event je.

Habis tu takkan orang biasa takleh makan kat situ kot?


Kami minta nak selit jugak makan kat situ. Alah setakat 2 orang kan...takkan takleh selitkan 2 kerusi dan 1 meja kat celah mana2. Kitorang nak jugak makan kat atas awan tu!

Tak lama kemudian budak tu call balik. Katanya boleh. Dia tanya kami nak makan apa. Buat masa sekarang diorg takde sediakan buffet. Cuma menu by menu je yang ada. Kami ambik western set.

Mula2 dia bagi salad ni. Sedap jugak. Ada ayam kat dalam dia.



Lepas tu sup cendawan. Ada rasa santan2. Sedap jugak.





Dan ini menu utama dia. Beef steak. Rasa dia? Sedap hingga menjilat ibu jari kakila!



Untuk pengetahuan yang tak tahu lagi : Restoran berputar kat atas Menara Alor Setar dan Menara KL ni kepunyaan Restoran Seri Melayu. Dia punya steak gila sedap. Berbaloi la makan kat situ. Terasa perapan daging dia. Masin masin masam masam. Sedap gila! Gila pun tak sedap camni tau. Hiks.


Arghhhh aku kalau pasal makan semua sedap! Keh keh...


Sekali lagi budak tu call tanya nak minum apa? Saya cakap nanti dah sampai sana la saya order. Nak tengok gambar dulu. Tapi budak tu cakap kena order dalam phone sekarang jugak. Sebab nak pergi beli barang. Saya gelakkan budak tu. Apa punya restoran la macam ni. Menu semua kami dah siap confirm dalam phone. Air atas cadangan budak tu.

Desset. Macam beli kat secret resipe je. New York Cheese Cake rasanya.


Ni bukan air bandung. Ada rasa2 limau ngan sprite.


Ini pulak sirap tak cukup warna. Ada rasa sprite jugak ngan rasa lain2. Tapi tak tahu nak describe camne. Minum saje. Janji halal:)).



Mula2 naik Menara ALor Setar tu kami terus ke Menara Pelantar. Skodeng2 pemandangan dulu. Tak nampak apa. Jerebu! Laut pun nampak bayang2 je. Gunung Jerai nampak samar2. Langkawi langsung tak nampak belah mana. Selain jerebu faktor cermin yang dah calar balar kat Menara tu pun memainkan peranan. Camne la nak nampak kalau cermin tu kusam menghalang pemandangan kan. Haih! Patutla hujung minggu camni pun takde ramai orang naik. Sekali naik RM6 satu kepala.






Kat dalam lift kitorang tanya nak naik tingkat berapa ke Restoran Berputar tu. Mati2 penjaga lift tu kata tak boleh naik ke situ sebab Restoran tutup. Kami cakapla dah booking.

Owh yang 2 orang tu yer. Kata pakcik penjaga lift tu.

Hai femes gak kami ni erk. Ke sebab banyak songeh dalam phone tadi. Hehe.


Keluar2 lift je kami di sambut dan dipersilakan duduk. Dalam hati rasa kecik kecik kecik je hati ni sebab budak tu dah sediakan satu meja khas untuk kami. Tapi saya nak pilih tempat duduk sendiri. Huwaaaaaaa.







Tetiba lantai meja tu berjalan. Owh patutla diorang panggil Restoran Berputar. Hehe jakun kejap. Lantai dia berjalan slow2. Satu putaran 45 minit. Takyah pilih nak duduk meja mana sebab memang akan berjalan2 meja tu. Boleh view pemandangan kat luar tingkap. Wahhhhhh sonoknya!!!!!




Tahu apa yang romantiknya? Rupa rupa rupa rupanya kan...kitorang berdua je makan kat situ. Muahahahaha. Restoran tu tengah renovation. Diorang nak cat baru. Tapi pekerja datang gak la kerja hari2. Cuma tak terima pelanggan buat sementara waktu ni kecuali ada tempahan event corporate ke baru la diorang accept.

Dan kami...adalah pelanggan yang buat susah2 tu! Wahahahaha. Tak sangka...sempena ulang tahun hari jadi saya yang ke huwaaa dah makin tua ni, encik suami menempah satu restoran di ketinggian 94 meter dari paras laut hanya untuk isterinya tersayang. Eceh. Di layan dengan satu persatu menu bagai puteri raja yang gedixs. Diiringi muzik2 yang romantik. Bersaksikan burung2 yang kadang2 terbang kat tingkap menara, dengan kilauan lampu2 di Bandar Aloq Star yang sesekali terlihat percikan bunga api. Arghhhh romantiknya!


Terima kasih suamiku. Terharu sampai pengsan!


Hari jadi saya sebenarnya esok (15 Februari)...sama dengan Maulud Nabi. Saja celebrate awal. Bukan senang nak jalan jauh2 ni. Syukurlah saya masih hidup hingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat kehidupan yang Kau berikan kepadaku selama ini:)

Selamat Hari Jadi untuk diriku^__________^.





Hidup tidak diukur dengan banyaknya nafas yang kita hirup,
tetapi dengan saat-saat di mana kita menarik nafas bahagia!