Friday, December 24, 2010

Tempat-tempat Menarik Di Penang 2

Memandangkan banyak keyword "tempat menarik di Penang" datang ke blog saya, maka saya cadangkan di sini beberapa tempat. Musim2 cuti sekolah ni ramaila yang nak jalan2 cari makan kan. Jadi saya cadangkan beberapa tempat menarik. Rancanglah perjalanan anda dan selamat bercuti. Eceh mcm iklan dari Kementerian Pelancongan la pulak. hehe.

1)Pesta Pulau Pinang
Ok kalau pergi hujung2 tahun macam ni, kat sana ada Pesta Pulau Pinang. Peta ni saya lupa pulak cilok dari mana. Memang save kat komputer saya. Cuma nak pergi je tak kesampaian lagi.


2) Wat Chayamangkalaram Buddhist Temple

3) Bukit Bendera
4) Menara Komtar
Tak bape best dah kat sini. Kalau nak beli henpon boleh ke : 5) Perangin Mall

6) Lepas tu sebelah Perangin Mall tu ada satu Mall baru siap. Dinding2 dia dari kaca. Naik lift pun kaca. Jadi kita boleh tengok pemandangan Penang dari dalam Mall ni. Baru siap je (Bulan Oktober 2010) ..tak byk kedai lagi. Tapi jalan kaki je la dari Komtar ngan Perangin Mall ni. Ada panggung wayang juga.

7) Kalau nak cari jeruk2 carilah dekat Cow Rasta (err betul ke eja dia ni?)...dekat2 area komtar jugakla.

8) Little India

9) Khoo Kongsi Temple.

10) Kek Lok Si

11) Masjid Kapitan Keling

12) Campbell Street. Dengar cerita banyak jual barang2 terpakai kat sini. Dibuka setiap hari dari pagi hingga petang.


13) Taman Rama-rama. Dekat area Bukit Bendera.


14) Temple Burma Buddha


15) Masjid Terapung Batu Feringgi.


16) Batu Feringgi. Kalau nak bercuti dengan anak2 elokla cari hotel kat sini. Tepi laut pastu banyak aktiviti sukan tepi pantai tu. Nak mandi manda pun boleh. Malam2 tempat ni hidup. Paham2la kenapa Tsunami dulu singgah batu Feringgi yer^_#.

17) Shopping Mall Queensbay- tepi laut. Shopping compleks yang macam2 ada...paling best blh bergambar berlatarbelakngkan 18) Jambatan Pulau Pinang dari sini.

19) Padang Kota Lama kalau nak pekena pasembur ngan segala macam makanan made in Penang ni. Dekat dengan 20)Terminal Feri.


Sebenarnya banyak je tempat menarik kat negara kita ni. Cuma tak di promosikan sahaja. Jadi ramai yang tak tahu. Lagi satu rakyat kita ni sombong2...jangan kata nak layan dengan baik pelancong2 yang datang ke tempat kita...nak senyum pun payah! Itulah hakikatnya kita orang Malaysia ni. Tak kenal memang tak nak bercinta...oklah selamat menghabiskan sisa2 cuti yang ada. Terutamanya kepada cikgu2...Cikgu Izzah...Cikgu Sue...Syoknya la jadi cikgu. Pekerjaan yang paling banyak dapat cuti:=)) Jeles!


Nota kaki :  Jangan lupa untuk mendapatkan info hotel Pulau Pinang (klik link) sebelum ke sana. Boleh servey2 hotel untuk menginap, serendah RM35 satu malam pun ada. Menarik!

9 comments:

Queen said...

kak emy sebut jeruk..teringin nak mkn jeruk buah pala

fazemy said...

Mengidam la tu. Ok sila mintak en suami belikan. ngeee

kakngah said...

haritu pegi penang.. bnyk tempat yg xtau. hbs masa atas jln jek..

bkt bendera skrg tgh tutup. renovate. nant ada parking lot bertingkat. bln 6 thn dpn kot siap.

fazemy said...

La ye ke? Baru nak ajak kwn2 pergi situ next year. Tak bestla tak dpt naik ketapi...huwaaa..

Cikin said...

wah , teringin nak pegi penang . nak pusing situ . lepas habis blaja laa kot bole pegi . HUHU .

anntaj said...

gambar nombor 2 dah pergi pastu balik rumah rasa semacam jer..

farahinkamaruddin said...

alarr..dah balik dr penang pun T___T

nrabiatul said...

teringin nak pergi shopping mall queensbay tuh :)

Anonymous said...

kalau nak pekena nasi kandar sila ke restoran kapitan gat lebuh chulia, ada nasi bryani ayam tandoori.

Kalau nak pasembor, boleh singgah di Beach Street kalau tak silap. Jangan pergi di Esplanade. Nanti depa berebut pelanggan. Pasembor kat situ pun bukannya sedap sangat.

Kalau nak makan rojak buah boleh pekena berdekatan bangunan majlis agama islam.

Mi sotong boleh didapati di dalam medan selera berhampiran fort cornwalis, bukannya medan selera yang tepi laut tuh..

Kalau nak shopping jugak..boleh la ke AEON Seberang Prai City, kecik sikit dari Queensbay Mall tapi dalam ada perpustakaan dan dinotrek (dinosaur animatronic). Kat Queensbay tak de semua tu...