Wednesday, November 24, 2010

Diketawakan Oleh Orang Gila

Dekat area kitorang duduk ni, adalah seorang pemuda yang tak berapa betul sikit otaknya. Kalau dia lapar mulalah terjerit-jerit macam orang gila..erh memang gila pun orang sini kata. Dia membebel-bebel sepanjang-panjang jalan dengan kata-kata yang tiada siapapun faham. Macam bercakap-cakap dengan orang lain, macam tengah marah-marah, maki sumpah seranah. Nak dekat pun rasa takut. Tapi bila di beri makan terus elok marah dia.

Pernahla suami saya terserempak dengan dia. Hulurla duit sikit. Satu haritu dia duduk kat birai jalan tempat parking kereta. Dia mintak duit dengan suami. Hari sebelumnya suami saya bagi RM10. Pagi tu dia takde duit kecik, pergila beli nasi lemak dulu. Janji dengan orang tu jap lagi nak bagi.

Elokje suami saya nak ke kereta dia masih menunggu. Suami pun hulurkan RM5. Taknak dia. Demand. Nak RM10 macam semalam. Erhhh ingatan kuat pulak. Sudahnya RM5 tadi pun dia ambil jugak.

Suami saya terus ke kereta. Ditekan-tekannya alarm tapi pintu kereta tak mahu terbuka. Tiba-tiba orang gila tu gelak terbahak-bahak.


"Bang..bang...kereta abang yang sebelah sana la"....


Hahaahahaha...apake lawaknya suami saya boleh salah kereta. Memang lawak gila. Memang padanla diketawakan oleh orang gila tu. Haha lawak..lawak.


::Sekadar gambar hiasan.

9 comments:

siti said...

kuat jgk ingatan org gila tu...taw pulak kete org yg mne 1, sempat dia hafal hehek

pija^_^ said...

hehehe.. mmg lawak.. tahu plak eh org tu...

Ana Lyana said...

adeii..adei.. tu maknanya dia tak gila la tu.. hak hak hak..

Dee said...

wei..aku pun gelak gila2 ni emy...hihihi..

m i a said...

hahahahaa..seyesly??hahaha...mmg lawak gilee..haha...

~mrs azmi~ said...

lawakla ur husband.. confident jek.. orang gila yang perasan dulu lak tuuu

kakngah said...

hahaha!!
sape yg gile ek??
atau.. dia tak giler??

en_me said...

lawakk tewww.. ekeke

fazemy said...

Ntah...org tu kejap btol kejap gila. Kita yg gila dibuatnya. Haha