Cuti sekolah ni dah start balik la musim orang kawin. Yang dah kawin sekian lama time cuti sekolah dulu2 sebok nak meraikan anniversary la kononnya. Dan kami memilih untuk ke sini...
-Bali-
Teruja pula rasanya nak honeymoon kali ni. Maklumla rasa macam dah lama tak berehat berdua. We need our privacy!
Rasa nak meluncur..
Berkayak..
Dan yang penting bergambar..
Sambil menikmati keindahan pantai..
Bergelak ketawa dengan orang di sana mungkin.
Best juga kalau dapat naik kuda berdua..romantik gitew..
Melihat tarian traditional mereka.
Sambil makan burger.
Menikmati keindahan alam..
Dan erh kawan-kawan..
Massage2 ke sikit2..
Cantik kotak2 padi di sana..tempat wajib untuk bergambar ni.
Boleh naik gajah juga...
Surfing kalau terror..
Aktiviti makan di sana mungkin kurang akibat sukar mencari yang halal. Mungkin sekadar bergambar di hadapan kedai "Babi Giling"..mungkin.
Melihat aktiviti keagamaan mereka.
Menikmati panorama malam..
Dinner di tepi laut...
Padi bukit...mmg banyak di Indonesia.
Mungkin cuba menaiki feri ke Pulau Lombok yang bersebelahan dengan Bali. Nak tengok apa yang ada kat Lombok tu sampai ramai budak tak cukup umur sanggup lari ke sana.
Dan melakukan segala aktiviti yang boleh dilakukan berdua di sana. Owh sangat seronoknya bila dapat berdua dengan suami jauh2 dari semua orang. No phone call please...tp laptop nak bawak. Incase memory 8g kamera tak cukup nanti kan. hiks
Walau mereka bersikap anti-malaysia..walau kumpulan extrem mereka ada di sana...saya tetap ingin bercuti kat sana juga..
Baliiiii...tunggu aku!!!! (Hah hah poyo je kan...ok tgh servey2 nak g jalan2 kat mana dulu..)
Gambar kredit to : www.lonelyplanet.com
Monday, October 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
wah bestnya!!! teruja tgk gambaq2 tu..nak p bilA?
dun forget g kintamani, ubud,uluwatu..g wat watersport skali..leh diving tau...
ada parasailing skali..
bali is awesome! kalo nak spa n massage, pilih product n tempat..jangan sebarang..
hotel yg sy suffest adlah holiday villa...sbb food kat hotel is halal :)
Ina- Awal bln depan.
Hana- Blh ke diving klw takde lesen? Owh akak punya hotel tu wina holiday villa..harap2 hotel yg hana maksudkan tu.
yup..exacly..hotel tu la.
owner dia malaysian..
n ade cert halal shown kat cafe dia.
na suggest, akak mkn puas2 kt situ br jln keluar.
hrga pon x mhl.standard secret recipe je..
diving sana ngan team padi, xyah license pon bleh..tp x dlm la..
have fun :)
how i miss bali.
btw, spa kat wina tu pon hrga dia acceptble.. :)
Ye ke Hana. Thanks erh for the info. Seb baik book hotel tu. Heheh tak sabar nya.
Post a Comment