InsyaAllah tahun ni kami beraya di rumah baru. Tak sampai 2 minggu lagi kita nak berpuasa tapi kami masih belum pindah-pindah rumah. Letihnya kalau baru nak pindah time bulan puasa nanti. Lagi letih nak mendekorasi rumah. Sebab tulah tahun ni takde entry2 berangan nak langsir camne, bunga untuk raya camne. Apapun tak boleh start lagi.
Puncanya...owner asal rumah tu masih tinggal di situ. Selepas diorg jual rumah tu kat kami, diorang sebelum tu ada beli rumah lain. Tapi tah macam mana kena tipu. Disebabkan kesian ditambah pula dengan bininya sarat mengandung kami bagi diorang menyewa rumah baru kami tu. Ertinya diorang tak perlu pindah lagi. Tapi kesian kami limitnya sampai bulan puasa ni je. Pandai2la menyewa rumah lain pula yer lepas tu.
Bila pikir2 balik kesian dengan diorang ni. Tapi bila ingat2 balik masa mula2 kami datang servey rumah diorang tu...hemmmm. Kami datang naik kereta katak made in Malaysia kepunyaan saya pada hari nak lihat rumah mereka tu. Tuan rumah tu memang kaya. Pakai Mercedes. Wife dia Bimmer. Saya lihat fridge magnet dia bukan macam saya. Kalau saya FM adalah Langkawi, Pangkor, Melaka...itu je yang sampainya. Tapi dia Los Angeles, Capetown, Hong Kong, Mexico dan oversea saja. Masa kitorg datang tu mereka pandang sebelah mata je. Dan siap cakap, dah ada orang lain nak juga rumah tu..sape cepat dia dapatla.
Then kitorg proses cepat2. Alhamdulillah loan lulus. Sebenarnya rumah yang dijual tu lebih tinggi dari harga pasaran. Memangla rumah dia dah renovet habis, tapi kalau nak di kira2 tetap harga tu mahal. Tapi bank tetap tak mahu naikkan harga lagi. Sudahnya kami kena bayar deposit tinggi. Takpela, dah berkenan punya pasal kan.
Dengan sebelah mata orang tu pandang kami. Entah2 tak bermata kot diorang tengok kami. Cara dia layan kitorg berlagak sungguh. Macam kitorg ni tak mampu beli rumah dia. Siap pesan dengan lawyer, kalau kitorg bagi duit suruh buat cash deposit. Takut kitorg menipu bla bla. Sekali kitorg byr cash 40k kat dia tanpa banyak bunyi. Setel proses jual beli rumah tu.
Alih-alih dia cakap dengan lawyer tak boleh pindah lagi. Sebab takde rumah. Jadi mintak nak menyewa dengan kami. Disebabkan kesian kami bagilah. Kitorg pun bukan urgent takde rumah ke apa. Cuma rugi je lah byr sewa rumah kat Gombak ni dan tak boleh nak hias2 rumah untuk raya lagi.
Dan haritu kami ke rumahnya. Saje nak tengok. First time kami masuk rumah tu dengan sangat dialu2kan. Siap buat air lagi untuk kitorang. Masa tu kitorang datang naik kereta bukan buatan Malaysia. Jadi mata dia agak terbeliak. Siap tanya lagi husband saya bila ambik kereta tu. Husband saya cakap la dah lama. Habis tu kereta yang haritu trend in? Tanya dia. OMG..masa tu barulah kitorg dapat pick up apesal lah selama dia dia berlagak sungguh dengan kitorang. Rupanya sebab selama ni dia pandang kitorg sebelah mata je. Patutla...
Dan sekarang barulah nak contact2 kitorg direct. Nak berkawan. Kalau tak semua nak pakai lawyer. Tetiba je baru2 ni diorang cakap diorg nak charge semua alat elektrik dalam rumah tu such as aircond, kipas dll. Mintak kitorg lagi 5 ribu. Amboi senangnya. Mulanya saya mintak tawar, seperti masa dia jual rumah..NO NEGOTIATE! Last2 kami kata taknak la. Cabut je lah semua yang ko nak jual tu. Kitorg boleh beli baru la. Nada kata saya dalam hati. Kalau beli baru pun takde sampai 5 ribu pun harganya. Siap ada warranty lagi. Kalau ambik yang sedia ada belum tentu elok lagi. Alih2 dia tanya kami berapa harga yang kami boleh bayar. Pulak dah? Mungkin diorang fikir kalau bukak2 semua tu pun nak taruk mana nanti. Diorang bukan ada rumah pun.
Itulah akibatnya kalau beli rumah tiada hitam putih. Sepatutnya masa fixkan harga haritu, kena ada hitam putih apa benda yang termasuk dalam harga rumah tu. Alih2 orang buat kat kita macam ni. Takpela, kami tak ambik hati sangat pun. Sebab excited dah ada rumah baru kan. Diorang pun dah dapat rumah sewa. Terpaksa menyewa je dulu kata diorang. Bila difikir2 nak gelak pun ada. Tak sangka kitorg buat "orang kaya" hidup merempat. Heh heh.
Wednesday, July 28, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
rumah baru..wallaweeeii....kak emy..kasik show off la sikit..nak tgk umah baru,.....agagagaggaga
yeah ..nanti nak pindah umah baru ..
wahhh..tak sabar nk tgu ko buat housewarming..
hehehhe...
dasyat jugakla owner umah yg korang beli tu...tulah orang melayu kan...
ok emy..enjoy your life...
hahaha emi..xsangka..
ive been trou dis awl thun aritu..sama kesnya..owner yang blagak..last2 begging untuk delayed another 3 month..dek kesian, u pay the rent more than i'll pay the bank..
walopon mahal..tp sape soh lu blagak dulu.. ye x? ehehehhe
hahaha...mmg patut pon dorg kena mcm tu...br sedar diri...menyampah kadang ngn org kaye2 yg belagak ni...nk pandang muke kite pon mcm dorg tu x de mate....becakap ngn kite mate pandang tmpt lain....mcm la bagus sgt....
tp bl susah mintak tolong org gak...bl senang dah lupe diri...huh~ aku benci sgt org kaye yg belagak...
wah...nie yg x sabar nk p beraya umah emy thn nie...hehehehe
hehehe...ko ingat orang kaya tak dapat balasan baik buruk hukum karma ke?
nanti jgn lupa tau.... kita nak serbu time raya. tak kira....
Queen- Kan ada entry yg lalu gambar umah akak:=p
Kak Atty- Yey jommm..!
Liana- No housewarming..open house insyaAllah. Dtg awal yer tolong aku masak. hehhe
Hana- Itulah untungnya klw melabur hartanah ni. Goyang kaki pun blh dpt duit. Nak ditambahkn cerita berlagak org tu...katanya dia ada lg 2 rumah..tp ada org sewa. Huuu..
Awin- Sabar yer mak buyung..nnti dah kaya kita leh berlagak cam diorg jugak yer. Haha.
Acu- Smoga sampai..jgn jd mcm last year..tak smpai2. haha
Kak Kujie- InsyaAllah..jemputlah datang nti.
org kaya mmg byk camtu.. kwn pilih bulu.. hehe.. pastu jadi ker amek brg2 dlm rumah tu?
Post a Comment