Wednesday, June 30, 2010

Kenapa Lepas Bercerai Nak Kena Bukak Tudung?!!

Dulu saya selalu tengok artis..kawin kawin pastu cerai. Yang pakai tudung lepas cerai terus bukak tudung. Yang tak seksi terus menyeksi. Yang gemok dah jadi janda terus berbody solid mengalahkan anak dara. Mengalahkan imej time anak2 dara dulu.

Dulu saya tgk artis je buat camtu..skrg kawan sendiri pun sama. Dulu imej Mekah Mukarramah...skrg hemmmm.. Kalau asalnya tak bertudung then kawin husband suruh pakai tudung dah cerai bukak balik~~agak normal keputusan tu. Tapi bila dulu lain sekarang lain...sedihla.

Malu tengok. Kenapa berubah macam tu sekali?!!! Kalau ko baca entry aku ni..harap ko berubah balik. Maybe ko nak tunjuk kat x-husband ko sesuatu...or ko buat prangai lepas ditinggalkan..or ko nak cari jodoh lain..tapi keputusan yang ko buat tu salah! Salah di sisi agama yang pertamanya. Yang kedua..hati mak ayah ko..pandangan org sekeliling ko. Sebab itu bukan ko!

Hidup kita ni memang ada turun naiknya. Dugaan yang Allah beri hanya unt org yang dia sayangi. Semakin beriman sesorg itu semakin kuat ujiannya. Kenapa kau mengalah smpai sebegitu sekali? Fikirlah balik...apa yang ko buat ni tak mendatangkan faedah pun. kalaupun ada lelaki lain yg suka kau lepas ni..kawin dgn ko..tp dia mungkin tdk sebaik bekas suami ko dulu. Sebab Allah dah tentukan jodoh..lelaki baik unt perempuan baik. Imej begitu unt imej begini. Kalau kontra..bagaimana korg akan teruskan hidup?!!!

Aku tak cakap org yang freehair hidupnya tak bahagia. Siapapun kau..apapun imej kau..klw Islam bukan utama..kebahagian cuma di depan mata org lain. Di dalam gambar tatapan org lain. Tapi di sudut hati kau..belum tentu ko merasa bahagia.

Buat sesuatu...fikirlah kelebihannya. Aku sayang kau..dan bg aku imej baru bukan satu permulaan hidup baru. Jika Allah nak bg ko rezeki..nak bg ko jodoh..kejayaan..Allah pasti beri. Usaha dan doa juga berkat rezeki anak2 pasti pembuka jalan kesenangan korg esok hari. Percayalah..apa yg ko buat ni salah. Dan belum terlambat unt kau bertaubat. Sebab sekarang ni..kau bukanlah orang yang aku kenali dulu.

Kita semakin hari hidup untuk mati. Buatlah persediaan unt kematian itu. Aku anak pun takde lagi..korg dah bercerai berai:-(((






Sayang ko sgt2..susah senang...

Sunday, June 27, 2010

Ariel Peterpan Meninggal Dunia Dalam Jel?

Saya baru pulang dari Bandung. Kisah Ariel dan Luna Maya memang menjadi topik hangat di sana. Kebetulan Ariel pun berasal dari Bandung.

Ariel bermula seperti budak yang bermain gitar ini. Bergelandangan di tengah jalan meminta sesuap rezeki. Kata pakcik teksi tersebut, setiap kali pulang ke Bandung Ariel tidak lupa bagi duit banyak2 dekat budak2 tepi jalan ni. Sampai kadang2 dia bawa pulang ke rumah dan beri mereka makan.

"Innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, NAZRIEL IRHAM (ARIEL PETERPAN) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. Amien." -sms yang tersebar semalam (Sabtu-26 Jun 2010) tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Berita mengenai video seks Ariel dan Luna Maya memang sedang hangat diperkatakan di Indonesia. Mukadepan suratkhabar di sana hari2 melaporkan tentang kes mereka berdua ni.
Tajuk seperti "Kerjaya Ariel dan Luna Menjunam" dan pelbagai lagi kata-kata negatif dijadikan tajuk berita. Sehinggakan liputan berita TV di sana menemuramah cikgu-cikgu sekolah Ariel. Kata cikgu Ariel-dia yakin itu bukan Ariel..Ariel tak macam dulu masa zaman sekolah dulu. Dia budak baik.

Dan polis pula menyangkal kata2 cikgu tersebut. Kata polis-dulu pun mereka tak tahu bakat Ariel. Tahu2 dah jadi penyanyi band popular.
Di Indonesia, berita2 yang dikeluarkan sangat details. Kalau ada kejadian mati lemas, siap ada gambar kronologi kejadian lagi. Kalau ada berita kemalangan jalan raya, no plat kereta, jenis semua dinyatakan dalam berita. Termasuklah no rumah di mana kemalangan tersebut terjadi. Semua diorang nak cerita.

Apapun memang sangat stress kalau menjadi berita hangat di Indonesia. Mereka tiada cover2 cerita. Semua dilaporkan sahaja. Sampai ada satu berita tu, Ariel sedang di interview dan kamera kena kepala. Tapi sebab dia dilayan seperti banduan, tiada siapapun kesah. Kesian jugak tengok Ariel keluar TV dengan memakai baju banduan dan bergari tiap2 hari.

Saya berjumpa dengan ramai kanak-kanak bergelandangan di tengah jalan. Sekecil 3 tahun sudah mula mencari rezeki. Jalan seorang2 pula tu. Ada yang menjual bulu ayam tanpa berselipar, ada yang jual makanan, dan bermacam kraftangan lagi. Kalau tiada produk mereka guna bakat yang ada. Ada yang bawa gendang kecil dan menyanyi ditepi2 jalan. Yang remaja sikit bawak gitar dan menyanyi di tingkap2 kereta yang berhenti dalam kesesakan jalan raya. Dan yang tiada produk, hanya gunakan bakat mereka dengan menyanyi. Begitu berusaha sekali mereka mencari rezeki. Tanpa segan tanpa malu, tanpa kenal penat dan letih mereka berkeliaran mengharap simpati orang ramai.

Seperti budak ni dia menjual makanan. Jalan sorang2 jauh2. Sedih bila tengok dia yang sebaya anak buah saya yang hari2 beli barang mainan baru.


Dan yang ini hanya menggunakan bakat menyanyi. Saya suruh dia nyanyi lagu Rossa. Dia tak tahu. Dia menyanyi lagu apa2 tah. Sedap jugak suaranya. Tak tahulah lagu tu sedih ke apa, tersentuh hati saya sehingga mengalirkan air mata. Sebelum sampai di meja kami, saya lihat dia ceria sahaja walau selepas menyanyi tiada orang menghulur duit. Tapi masa kat meja kami, air mata dia bergenang di tahan2 bila dia tengok saya dan mak menangis juga. Untungla kita dilahirkan di bumi Malaysia, susah2 kita...ada lagi mereka yang susah.

Thursday, June 17, 2010

Minyak Gamat Langkawi

Orang kata kalau pergi Langkawi, jangan pulang tanpa sebotol minyak Gamat. So setiap kali kami ke Langkawi pasti bawa balik berdozen2 minyak gamat. Sape nak? Saya jual sebotol sepuluh hengget. Hehe

Ini adalah herba2 campuran yang dimasukkan dalam minyak gamat tu.

Segala macam herba atok nenek diorg taruk termasukla tongkat ali. Kalau yer pun nak kuat, jangan minum minyak gamat tersebut. Amaran: Hanya untuk kegunaan luar sahaja. Jauhi dari kanak-kanak.

Dan segala campuran tadi bersama gamat asli di masak selama seminggu dalam kawah ni.



Dah masak dan disejukkan bolehla dibotolkan dan dipasarkan ke serata dunia. Pernah saya jumpa doktor akibat kulit melecet di kaki. Saya cakap kat doktor taruk minyak gamat je tapi makin teruk je jadinya. Doktor tu gelakkan saya. Tak semua luka boleh sembuh guna minyak gamat. Saya pun Oooooo je lah dengan doktor tu. Hehe.

Gamat adalah sejenis mentimun laut. Saya selalu ingat gamat tu binatang, tapi sebenarnya dia adalah tumbuhan laut. Jika gamat yang ditangkap hidup2 dibelah 2, kita boleh tengok belahan tadi sembuh dengan cepat. Sangat mengkagumkan.



Nota: Tahun ni sahaja dah 2 kali saya ke Langkawi. Tiada apa yang dibeli melainkan minyak gamat sahaja. Harap maklum. ^_^

Wednesday, June 16, 2010

Mencari Naluri Keibubapaan Dalam Diri

Menjadi ibu bapa memang memerlukan kesabaran yang tinggi. Kata orang umpama kapal yang karam di lautan, pandai-pandai la selamatkan diri walau tak pernah ada asas berenang sekalipun.


Cuti sekolah kali ni betul-betul menguji naluri keibuan saya yang memang takde dalam diri. Melayan karenah anak-anak buah yang bermacam ragam memang bikin diri masuk Tanjung Rambutan rasanya. Jangan hantar baby ke Taska yang akan saya buka kelak kerana anak anda pasti akan menjadi mangsa dera pemilik taska tersebut. ~_~

Geram betulla dengan budak-budak ni. Barang-barang kita semua nak diselongkarnya. Segala benda mahal yang kita beli semua nak dijadikan barang mainan dia. Time kita makan diorang nak main, time kitorg tengah tidur time time tulah diorang nak tembak guna pistol mainan yang berbunyi macam mesingan kat telinga kita. Paling mulia pun hati budak-budak tu di tekan-tekannya papan piano mainan yang dia ada. Tak ke bingit telinga tu?!!!

Dah tu dengan majalah yang baru beli di koyaknya, kat lantai usah cakap 10 kali sapu 100 kali la diorang buat sampah. Kalau baju dah lipat di buka-bukanya lipatan tersebut. Agaknya diorang ingat baju tu dalam kotak sales Sogo gamaknya.


Itu belum cerita bab lipstik kita dijadikan pensil di dinding-dinding mahupun handbag yang baru kita beli tak guna pun lagi. Huwaaaaaaaaaaaaaa. Kalau beli makanan dia nak jugak terpaksalah kita tahan perut nengok dia makan. Kalau makan betul-betul takpe, ini gigit2 sikit cubit2 buang kat lantai! Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....

Kalau beli hiasan kaca yang kita nak pegang pun takut pecah dan meletakkannya di atas meja yang diyakini selamat, baru je sekilas TAK pandang dah tengok budak-budak tu ambik kerusi dan berdiri atas tu sambil pegang2 hiasan kaca yang ku beli sangat mahal owh tak sanggup rasanya kehilangan barang tersebut. Bila ditegur jangan pegang menjawab. Nak tengok je katanya. Dah tu nak tengok tangan jangan pegang. Sambil pura-pura sel-sel otak sedang berkembang, ditanya nya meraka kepada makciknya ini "ni apa ni?"..."untuk apa?"..."nanti taruk umah mak ngah yer"...Dengan pelat-pelat manja bahasanya...hati yang marah pun tak jadi nak marah. Wahai hati...sabarlah! Hahaha..


Sungguh...naluri keibubapaan tiada dalam diri kami. Ada..tapi mungkin di sudut hati cuma. Serabut kata suami saya. Dan atas sebab salah satu petua orang2 tua untuk mendapatkan anak dengan mengambil anak angkat, kami telah consider mengambil salah seorang anak buah kami sebagai anak angkat. Anak angkat atas nama, nak tukar pampers..bagi susu..mandikan..berjaga time malam kerana tiba-tiba dia tak boleh nak tidur..itu semua akan dilakukan oleh ibu dan bapa kandungnya yang sebenar. hahaha..kami tak sanggup!

Ok..sekarang ni tengah angin sebab nak tengok citer best kat HBO tapi tak dpt sebab kena menghormati budak-budak tu melayan channel Cartoon Network dari pagi tadi. Ya Allah...tabahkanlah hati hambamu ini...(~_~)



Nota: Sekadar gambar hiasan.

Friday, June 11, 2010

Blog Berwajah Baru

Tiba-tiba hari ni nampak ada setting baru kat blog. Saya dengan rajinnya telah mengklik2 design2 baru yang ada itu sehingga terlupa nak save template lama. So ini je hasilnya so far. Kalau rajin esok2 klik-klik lagi.

So kepada blog beginner, setting yang terbaru ini amat berguna kepada anda semua. Mari kita mencuba.



Psssss: Komen2 untuk entry lepas semua dah hilang dan beberapa lagi setting lain turut hilang. Huwaaaaa...

Mak! Saya Dah Besar (Selepas Adegan Makan Sesuap Kokocrunh)

Hehehe..saya dah besar. Ramai kawan2 terkejut and nak tegur pun takut. Rileks la. Hidup perlu ada perkembangan. Sampai bila kita nak hidup pada tahap yang sama je. Tak berkembang-kembang orang kata. Dari dulu sampai sekarang menten macam tu jugak. Ish ish..orang tengok pun tak teruja..nampak macam biasa-biasa je. (ayat jaga hati sendiri)


Tgk macam saya, sekali BESARRRRRRRRR PUNYA(baca seperti nada iklan Maggi)-smua rakan-rakan teruja. Hahahaha. Mayday..mayday. Mula2 naik sekilo..pastu 3 kilo..lama2..hambek ko. Berpusing meter penimbang berat tu. Heh heh.


Bila pikir2...rasa mcm "down" je. Yelah beli baju ni tak muat..baju tu tak muat..baju yang lama2 usah nak cakap la. memang tak muat. Bila tgk orang kurus2 ni cantik je dalam gambar-takde jauh mana di lubuk hati sangat jeles pada mereka...tapi ibarat nasi yang dah jadi bubur~~Saya bangkit! Buang segala pikiran negatif-buang segala anasir2 luar yang mengejek-andaikan bebelan mak yang pot pet pot pet itu umpama angin sepoi2 bahasa yang berlalu di telinga-buang duit suami bila baju dah tak muat beli je baju lain yang lebih besar-saya buang segala2 nya. Dan inilah saya..nasi yang dah jadi bubur mcD. Mahal dan sales terhadapnya amatlah memberangsangkan. (Ha ha ha-gelak tak sedar diri). haha

Gambar first masa agak kurus. Tapi time tu pun dah ada orang komen2 macam berisi. Jadi saya cover nya dengan memakai baju style2 ibu mengandung. Gambar kedua yang bersantai2 kat tepi laut tu gambar saya bulan lepas. Bercuti di Cherating atas ehsan rakan blogger saya, Nurmala. (nnti taruk link). Nampak takdela gemok mana pun coz saya pilih gambar yang paling nampak kurus. ha ha ha. Dan selepas dari Cherating tu saya berjalan lagi. Ke Terengganu, Kelantan, Penang dan inilah hasilnya:

Gambar masa reunion Sabtu lepas. Semua orang terkejut. Saya pun terkejut. Buat2 baju sekali tak muat da. Mayday sungguh. Saya memang dah weight gain la slow2..tapi since pergi Cherating tu saya naik lagi 4 kilo. Takmo bgtau berat badan skrg. Malu. miaw..miaw..hihi

.

Gambar2 kat sini agak cun2 jugak yer..klw nak tgk saya yang latest dgn muka terkejut silalah cari kat fesbuk kawan2 saya. Sebab dengan angle hampeh yang diorg ambik pastu tak reti2 nak edit gambar..dah tu bergambar sebelah org betul2 kurus..mata anda akan terbeliak melihat saya. Sebab ini blog saya jadi saya patut menipu anda dengan gambar2 yang agak menawan yer. Hehe.

Minggu ni saya ke Langkawi, weekend ni ke Melaka pula dan next week ke Bandung. Memangla tringin nak kurus dalam gambar2 percutian berlatarbelakangkan pemandangan yang indah..tapi bila ke tempat orang...terasa sayang pula jika tak mencuba makanan mereka. hemmm..

Ok lepas ni saya akan start diet..tapi kan tapi kan..program jalan2 saya dah penuh sampai hujung tahun ni..camne nak kurus ni. Haishhh. Sekarang saya dah paham perasaan org2 gemok. Untuk kurus saya tak perlukan sendayu tinggi mahupun menghadiri kelas London Weight Gain sekalipun jika Dr Rozmey menghulurkan pil dietnya..ianya bermula dari diri sendiri. Mengikuti gaya hidup yang sehat dan mengawal nafsu makan adalah jalan terbaik. InsyaAllah saya akan kurus balik...wink!



pssss: Kenapa gambar-gambar promosi pusat kuruskan badan kadang taruk model masa gemok buruk, pakai tudung....tapi bila dah kurus terus cantik berseri siap pakai baju pengantin lagi..dan yang paling best time gemuk pakai tudung dah kurus tros menyeksi. heh

Friday, June 4, 2010

Dinner Dress

Esok saya ada gathering dengan rakan-rakan sekolah. Benda yang dah dirancang lama sampaikan saya lupa nak buat baju. Sob sob. Sebabnya kat sini tak tahu nak tempah dengan sape. Kalau tak asal orang kawin je tempah baju, beli baju baru. En suami juga yang pakai baju sama. haha

Sebab dah berlemak, saya prefer baju warna hitam. Baget boleh nampak kurus la. Ngeee..

Search punya search kat internet, tak jumpa pun blogshop yang jual dress. Maxi dress adalah. Takpun dress yang dari Korea tu. Order harini bulan depan baru dapat.

Last-last... semalam saya call member saya si tokey butik nih. Saya suruh dia jahit jugak baju saya, tak kira tak kira kena siapkan jugak dalam masa 2 hari. Dah tu pulak kain dia kena belikan sendiri. Heh heh. Masalahnya kan, ukuran badan saya yang ada kat dia rasanya dah tak boleh nak buat baju dah. Mau takleh masuk nanti. So nasibla baju tu jadi besar mana nanti.

Saya imagine kat dia suruh buat fesyen macam kat atas ni. Tapi tutup penuhla. Lengan panjang segala. Sesempoi mungkin.
Macam ni pun cantik jugak.
Ini..
Ni pun stylo lengan dia.
Yang ni sempoi.
Dan seksis..kot lepas makan kena buat aerobik ke senang. Hik hik..
Atau macam ni..tutup aurat habis.


Dan terbukak habis pun boleh.


Dan yang sekali..simple dan elegant. Menawan. Sekarang baru saya menyesal sebab gain weight giler2 pastu rasa bahagia pulak. Tapi bila pikir pasal baju..ni nak sedih ni. Huwaaaaa...



pi-es: Saya ingat nak jual evening/dinner dress secara online la. Mesti ramai yang berminat kan^_^.