Wednesday, March 10, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Kenapa saya nampak 2,3 orang je yang nak pergi ni? Jom la yang lain datang ke Gatsby Deodorant Street Fair yang akan diadakan pada 17 April 2010, bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL.


Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’ ini. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggelikan hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!


Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elektronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000! Sila terbeliak bijik mata anda. (Saya tak pernah pun menang mana2 cabutan bertuah..sob sob..)

Butiran Street Fair:
--->Berlangsung pada 17 April 2010
--->Bermula pada jam 10 pagi hingga 5 petang
--->Bertempat di ruang legar, Ground Floor Berjaya Timesquare, Kuala Lumpur.


Saya dah lama tak pergi Timesquare ni. Teringin nak naik roller coaster kat situ..tapi takut. Tengok diorang main pun rasa jantung dah kat lutut apatah lagi sendiri yang naik nanti. Teringat masa Monorail mula2 siap dulu, time percubaan (off course naik free je..hehe) saya dan kawan2 naik hingga ke Timesquare ni la. Turun Stesen Imbi. Terus masuk dalam complex dia. Kalau drive nak kena redah segitiga Star Hill tu lagi...nak kena bayar parking lagi. So untuk elakkan kesesakkan pilihlah Monorail. (cam duta Monorail lak rasanya)


Untuk keterangan lanjut sila lawati www.gatsby.com.my/streetfair. Jom sertai keseronakan ini!

2 comments:

Unknown said...

awak, tq for sharing =)

Dee said...

hari2 naik monorail lalu BTS..bila weekend je dh xmoh jenguk langsung area tu..huhuhu..