Tuesday, March 30, 2010

My Baby You..

"ade ke aku kesah anak aku gelap ke cerah? ade ke aku kesah kalau laki aku
tak belikan emas intan payung sebab dah lahirkan zuriat dia?? tolongla jgn bagi
aku stressss...korang tu putih of kosla anak putih, korang tu kaya raya, tu
pasala laki kasik emas intan payung!!! ..........!"


Ayat di quote dari status FB Liana (Honeysour blog). Sabar weh jangan marah2...nanti ko jadi hijau cam hulk terbukak bengkung sgala. Kekeke. Begitulah lumrah hidup. Manusia ni tak pernah nak berenti talking2 at the back mahupun infront of us. Buat nyakitkan hati je klw ko pikir2.

Papun tahniah atas kelahiran baby sulung Liana. Ahad lepas saya kebetulan balik Perak berkesempatan la menjenguk baby Liana ni. Baby mestilah comel. Dah la kecik halus je. Nak pegang pun takut. Masa saya datang Dani tidur.


Mak mertua saya kata baby ni akan berubah 7 kali muka dan kulit dia tu sebelum jadi muka dia yang betul2 sampai ke besar. Hidung telinga mulut membesar tapi mata tak. Kalau mata dari kecik sepet jgn nak prasan la dapat mata bundar time besar. Errrr nak buat plastik surgery la. Hehe


Bila pikir2 apa yang Liana cakap kat status FB dia tu kan geram betul la. Ada je tak kena. Kalau blom kawin tanya bila nak kawin. Dah kawin tanya pasal anak pulak. Pastu compare2 dengan anak jiran sebelah yang baru je mggu lepas kawin dah terbunting pelamin. Boleh bernanah telinga ni kalau pikir selalu. Dah ada anak macam ni pulak yang diorang cakap. Haishhh..manusia manusia. So sabar jelah. Pasni lagi banyak dugaan nak besarkan anak. Padanla ada mak-mak orang ni sampai bergaduh kan sebab anak-anak. Anak2 yang berebut mainan, mak nya pulak yang emosional lebih. Heh heh. Macam-macam.

Eeee kecik kiut miut je kakinya.


Dani ni suka mengeliat. Tapi mata tetap tak mau bukak.

Sampaila saya nak balik pun..Dani tidur lena lagi. Erhh tak tak, masa nak balik maknya susukan dia. Tapi mata dia tetap pejam jugak.


Seronoknya tengok orang dah ada baby. Nak kena selalu melawat kawan-kawan baru bersalin la macam ni. Ambik berkat dengan harapan cepat-cepat lekat. Pastu kena berkawan dengan pregnant mommy je selalu. Macam Awin. Yelah kalau dia mengidam nak makan apa-apa boleh la saya temankan selalu. Cukup 9 bulan, Awin kurus balik...saya je makin besow..mana taknya 9 bulan tolong makan makanan idaman ibu mengandung. Heh heh.




Nota jatuh kat kaki : Bestnya tengok muka baby, tenang je rasa hati. Dani berusia 18 hari dalam gambar ni.

Siri Bercakap Dengan Jin..erh bukan..Siri Bercakap Dengan Orang Yang Taksub Dengan Duit

Kes dibicarakan : Log in FB dapat RM100
Masuk sini untuk :

Status Hukum Skim Infinity Downline @

Login Facebook Dapat RM 100


A : Sy dh bc sume komen2 & pendapat pelbagai pihak dlm link tu. Masing2 ada pendapat masing2 & terpulang pd diri kita sendiri.Sy nk kata disini, tiada siapa yg bole menentukan halal/haram jika tidak disertai dgn yakin & persetujuan yg arif dlm bidang itu yakni bkn hanya seorg tetapi haruslah bersama dgn kebanyakan yg arif dlmnya. Contohnya,Dr fadilah kamsah pernah berkata" Jika kita nk mkn sayur,kita haruslah YAKIN pd sumbernya".Jika ada was2,hrmlah jdnya..
Tiada paksaan disini, hanya YAKIN pd apa yg kita usahakan & sesungguhnya rezeki itu datang dr Nya..Maaf jika ada kesalahan disini..


B : up bro tiada paksaan utk join atau tdk. kalau was2, jgn la join. dan x perlu la memburukkan biz org sbab apa yg kta buat ni bkn haram pun, lgpun ssm & bnm dah approve pun biz ni. jgn nak sibuk jaga tepi kain org sdgkan diri sendri blm terurus. ingatlah rezeki itu dr Tuhan. kalau btl biz ni slh, dah lama berkubur. asalkan kta buat dgn baik, ia akan bertahan dan direstui..

A : betul tu..sy wt another research. cuba buka minda seluasnya.bkn dr 1 sumber tp dr byk yg lain. kalo betul ada riba,fahamkan ertinya dl.do research bkn hanya di Malaysia tp seluruh dunia. ada berbeza pendapat dr setiap mazhab. selagi kita xyakin itu haram jgn ckp coz itu membawa fitnah. kita xberhak kate itu haram coz setiap mazhab ada pandangan berlainan mengenainya. Jd ingat, Islam itu 1. Jd berhak ke kita kate ia haram jika kita xbuat kajian kita sendiri lg???



Malas nak berdebat dengan orang-orang camni. Buang masa je. Terdetik juga kat hati nak reply lagi tau. Nak tanya mana sumber yang dia cakap Bank Negara dah luluskan skim Login FB dpt duit tu. Saya try search kat internet tak jumpa pun. Biarlah mereka, sekurang-kurangnya saya dah tegur. Masa tengah taksub macam ni kawan pun boleh jadi lawan. Baik berdiam dan lihat perkembangan mereka. Kot-kot esok lusa diorang dah pandu kereta Evo 7 ker boleh la tumpang bangga ada kawan kaya. Jangan dia mintak tumpang kete aku sudahla. Geegege..

Friday, March 26, 2010

Awan Berbentuk Kek Gulung Yang Ajaib-Subhanallah


Photo credit to : NATIONAL NEWS

Keratan info: They are most common when an advancing storm front causes moist air to rise, then cool to the point where it becomes a cloud known as the dew point.

When this happens along a front, a roll cloud can form, often with air actually circulating along the horizontal axis of the cloud.

Although it looks like a sideways tornado, these clouds cannot become one.

Photographer Daniela Eberl took this snap at Las Olas Beach in Maldonado, Uruguay.



Nota : Mulanya saya ingat imej photoshop ke apa ni. Then saya pergi cari kat youtube ada banyak video awan ni. Imej dari Nasa pun ada. Subhanallah. Kejadian berlaku awal Januari 2010 yang lalu. Info atas ni bertarikh 6 Jan-maybe it's happened on 5 Jan 2010.Subhanallah Maha Suci Allah, Allah Hu Akbar.

Wednesday, March 24, 2010

Inilah rupanya Kabel Internet Dasar Laut tuh..


Sumber gambar : Email forwad2 yer.

Saya dulu ada belajar subject Telekomunikasi ni..tapi sebab banyak sangat makan fastfood dah tak bape nak ingat dah. Jadi korang tengok jelah yer gambar-gambar ni. Nak terangkan otak dah benak. Hik hik..
Peta laluan kabel dasar laut di seluruh dunia.



Mesti mahal gaji engineer dasar laut ni kalau nak dibandingkan dengan technician streamyx yang dahla gaji ciput orang panggil suruh datang betulkan connection lambat betul tindakkannya. Huk huk..





Sampai nak bekutumbuhan batu karang dah kabel2 tersebut.



Bukan senang kerja nak menarik kabel ni dari satu negara ke satu negara. Fiber optik yang digunakan pun bukan yang biasa2 punya. Explosion proof water proof segala dah ni. Jadi kalau sekali sekala internet tu slow janganla marah-marah yer, cuba bayangkan je perjalanan jauh yang harus internet tersebut nak tempuh. Hehe.


Ni petikan akhbar tahun 2006 kalau saya tak silap. Bila internet tak boleh guna sebab ada gempa bumi kat Taiwan.

9 negara ‘panik’ — Internet terjejas teruk kabel dasar laut rosak akibat gempa di Taiwan

KUALA LUMPUR 27 Dis. – Pedagang menerusi Internet di Malaysia dan sebahagian besar Asia Timur ‘panik’ hari ini setelah perkhidmatan itu terganggu akibat kabel dasar laut yang membawa taliannya rosak kerana gempa bumi kuat dekat pantai selatan Taiwan malam tadi. Gangguan itu membabitkan China, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Singapura, Thailand, Malaysia, Hong Kong sehingga ke Australia. Impak itu dipercayai lebih serius berbanding semasa tragedi tsunami 2004 kerana ia menjejaskan banyak sektor termasuk bursa saham dan pasaran kewangan serta perbankan di beberapa negara rantau Asia.


Bagaimanapun, di Malaysia perkhidmatan perbankan dan bursa tidak terjejas teruk akibat kejadian itu. Jurucakap Jaring Communications Sdn. Bhd. berkata, gangguan hanya berlaku untuk mengakses talian antarabangsa. Ia turut melibatkan perkhidmatan e-mel dan enjin carian. ‘‘Ia menjadi serius ketika waktu puncak kerana orang ramai mula menggunakan Internet,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Gempa bumi pada skala magnitud 7.1 Richter di pantai selatan Taiwan itu menyebabkan kemusnahan bangunan di Taiwan dan mengorbankan dua rakyatnya.


Gangguan akses Internet dan komunikasi di Malaysia berlarutan sehingga petang ini manakala di beberapa negara lain pulih secara berperingkat-peringkat dan memerlukan masa sehingga tiga minggu untuk kembali normal. Menurut TM Net Sdn. Bhd. perkhidmatannya mengalami gangguan prestasi disebabkan sambungan talian sesak dan melampau di beberapa jaringan Internet antarabangsa. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini, syarikat itu menyatakan ia telah mengambil tindakan cepat dengan mengalih laluan trafik ke jaringan-jaringan sokongan lain bagi mengurangkan kesesakan. ‘‘Para pengguna Internet di Malaysia dan lain-lain bahagian di negara ini mungkin mengalami sedikit penangguhan dalam mengakses kandungan-kandungan dan laman-laman web berpangkalan di luar negara, terutamanya di AS, Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan dan Eropah,’’ katanya.


Menurut TM Net, gempa bumi di pantai selatan Taiwan itu telah menyebabkan gangguan kepada kabel Asia Pasifik Rangkaian 2 Shantou, China dan Tanshui, Taiwan dan juga antara Lantau, Hong Kong dan Chongming, China. ‘‘Ia telah menyebabkan sambungan Internet yang melampau pada talian Internet TM Net International secara sambungan transit atau pemula, terutamanya ke negara-negara yang disebutkan,’’ katanya. Peniaga kewangan di Hong Kong, antara pusat perniagaan terbesar di Asia, melaporkan bahawa mereka terputus hubungan dengan Bloomberg LP, penyedia utama berita dan data mengenai pasaran saham. Akses Internet terputus atau sangat lembap di Beijing, kata seorang pegawai daripada syarikat telefon kedua terbesar di China, China Netcom. Pembekal perkhidmatan jalur lebar dan talian tetap utama Korea Selatan, Kt Corp mengumumkan bahawa enam kabel dasar laut mengalami kerosakan disebabkan gegaran malam tadi.


Sementara itu, timbalan pengurus besar syarikat telefon terbesar di Taiwan, Chunghwa Telecom Co., Lin Jen-hung berkata, kerja membaiki kabel yang rosak dalam gempa bumi berukuran 7.1 pada skala Richter itu mungkin mengambil masa tiga minggu tetapi ‘‘kualiti komunikasi akan meningkat dari hari ke hari’’. Dua daripada tujuh kabel dasar lautnya mengalami kerosakan teruk. Menurut syarikat itu, kerosakan kabel dekat pantai selatan Taiwan telah menggendalakan 98 peratus keupayaan komunikasi Taiwan dengan Malaysia, Singapura, Thailand dan Hong Kong. Talian yang rosak itu menyebabkan perkhidmatan Internet terputus bagi sebilangan pelanggan di Hong Kong yang tidak dapat mengakses laman web di beberapa bahagian Asia dan AS. Syarikat telefon Hong Kong, PCCW Ltd. yang turut menyediakan perkhidmatan Internet menyatakan beberapa kabel data di dalam laut rosak dalam gempa bumi itu. ‘‘Penghantaran data ke Taiwan, Korea, Jepun dan AS terjejas,’’ menurut kenyataan PCCW. Syarikat tersebut juga memberi amaran kepada pelanggan bahawa mereka mungkin mengalami kesesakan selama beberapa hari di Internet disebabkan peningkatan penggunaan apabila pengguna melayari Internet untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai gempa bumi itu.


Pengendali utama Jepun bagi panggilan antarabangsa, KDDI Corp. mengumumkan, perkhidmatan telefon talian tetapnya terjejas sekejap-sekejap berikutan gempa bumi kali ini. Jurucakap KDDI, Haruhiko Maeda berkata, gempa bumi itu merosakkan beberapa kabel komunikasi di dasar laut di selatan Taiwan yang dikongsi bersama oleh syarikat-syarikat komunikasi antarabangsa. Katanya, pelanggan menghadapi masalah membuat panggilan ke India dan Asia Barat kerana panggilan itu selalunya disalurkan menerusi kabel dekat Taiwan. Maeda menambah, syarikatnya menyalurkan semula panggilan menerusi AS dan Eropah dan beliau tidak tahu berapa lama tempoh untuk membaiki kabel. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Komunikasi Jepun menyatakan, perkhidmatan perayauan antarabangsa yang disediakan oleh tiga syarikat telekomunikasi utama Jepun iaitu NTT DoCoMO, KDDI dan Softbank telah tergendala. – Agensi



Nota: Antara teknologi yang saya kagum dan sangat menyanjunginya ialah:

1) Mesin fax- Pelik betulla camne bila kita fax, tulisan2 tersebut smpai kat mesin lain lepas tu atas kertas lain. Peliknya.

2) SMS dan telefon- Camne suara2 kita di bawa oleh gelombang dan kabel ni. Pelik pelik..

3) Kalau kita on switch kan, laju je lampu tu nyala...sedangkan kalau nak pikir "power" tu kena jalan melalui wayar2 jauh dulu dari switch tu baru akan sampai kat lampu tu. Tapi ini tak, kita on terus lampu nyala. Kagum kagum.

---->Soklan2 pelik tersebut telah saya ajukan kepada lecturer saya suatu ketika dahulu, bos saya dan juga technician saya. Saya tanya diorang...korang tak rasa pelik ke? hehehe

Ladang Farmville Saya

Kat ladang saya ada sungai..
Sekali sekala saya tanam Nenas Sarawak untuk pasaran antarabangsa. Buat pie nenas sedap ni. Yummy..
Ladang saya yang mak saya kata tak logik. Dengki betul!
Tanaman feveret saya : Bunga Ros Pink ^_^
Ni masa musim salji kat ladang hari tu. Dapat banyak ekor orang salju tu dari jiran-jiran farmville. Yang paling best dancing queen tu. Tergedik2 dia menari dangdut.
Ladang yang semakin maju berkembang..
Bila anda merupakan owner sebuah Villa-anda adalah seorang yang kaya! Hoyeh hoyeh..
Padi.


Ni masa miskin lagi. Rumah pun kecik. Lembu pun mampu bela sekor je. Tu pun ada penyakit albeno. haha.
Paling best tengok musim buah-buahan la. Cantik meranum je pokok-pokok sekalian. Yang tak bestnya nak kena petik satu-satu...arghhh pekerja tak cukup.

Bawah ni gambar bukti masa ladang saya kena langgar dengan alien. Habis pokok mati masa tu sebab UFO mendarat kat tengah-tengah ladang. Baik punya landing. Percayalah...cerita betul nih..Huk huk

Seronok bila tengok pokok berwarna-warni ni subur mekar setaman.

Berladang di alam maya ni sama je macam berladang di dunia nyata. Cumanya farmville ni perlu imaginasi lebih, peluh pun tak keluar. Sape yang gemok sekarang? Kauu jugak. haha.
Kita boleh tengok bisnes minded seseorang dengan melihat ladang mereka. Ada tu yang suka tanam pokok yang sama je. Hasil tanaman akan sekata dan keuntungan yang dia dapat pun banyak. Ada tu yang jenis kejar level. Sanggup menggunakan semua kawasan yang ada untuk tanaman tanpa membeli sebiji aset pun seperti rumah ke kereta ke. Kedekut betul! Kalau orang hadiahkan dia kambing seekor pun dia terus jual. Haiyaaa manyak kedekut lol..

Pastu ada gak yang bela babi. Di mana iman kamu? Nak untung punya pasal segala haiwan ko sanggup bela yer tanpa memikirkan halal haramnya.

Arghhh dahla merepek ni. Takde idea nak berblogging apala harini. Boring arrr. Kat facebook pun boring gak. Mujurla ada farmville ni penawar segala duka. Baik layan bercucuk tanam dari melayan anasir-anasir jahat yang saya sungguh tak paham kenapa mesti nak dengki dengan kehidupan orang lain. Haiyaalassola sungguh!

Saturday, March 20, 2010

Seramai 20ribu penonton Konsert Menari Tarian Yang Sama Secara Tiba-tiba

Ni masa Oprah show kat Chicago tahun lepas. Time dia promote Konsert ni kat facebook dia saya alert je. Beribu-ribu orang reply posting dia about this concert. Then pihak produksi Oprah tanpa pengetahuannya telah memilih beberapa orang di kalangan pengguna facebook tu untuk di ajar tarian yang sama. Sape yang komen akan datang ke konsert ni, merekalah yang terpilih tu.

Kumpulan Black Eyes Peas telah diberitahu tentang rancangan tersebut. Skemanya ayat. Haha. Then masa hari kejadian lebih dari 20ribu orang telah menghadiri rancangan Oprah di Chicago tu. Mereka2 yang telah diajar tarian tu akan duduk dikalangan orang2 awam lain.

Bermula dengan perempuan berbaju biru kat depan sekali tu menari, Oprah yang blur2 cakap dalam hati dia "perempuan tu gila". Haha memang betul kalau korang tengok. Dia sorang je yang menari sungguh2 time tu. Orang lain dok diam je. Then tetiba 5,6 orang pulak ikut menari yang sama. Masa tu Oprah dah cuak. "O o..sape yang nak bayar penari2 ni?". Dan tarian tu terus bersambung sampai semua orang menari tarian yang sama. Cool!

">

Ni video orang dari atas bangunan berhampiran.

">

Layannnnnnn...

Thursday, March 18, 2010

Bila Model Baju Pengantin Berjalan Kucing

Last week saya pergi pameran Matta kat PWTC tu. Baru masuk Hall 1 dah pening sebab orang ramai sangat, terus saya beralih naik ke tingkat atas tengok Pameran Pengantin. Tapi bila dah balik menyesal plak tak masuk Hall 2 dan 3 tu. Kawan-kawan cakap kat Hall tu lah banyak Pakej Ground yang murah2. Arghhhh..Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian sob sob sob..

Kebetulan masa naik kat atas tu diorang baru start show baju pengantin. Apa lagi, kami dudukla kat tepi pentas tu, menghilangkan lenguh di kaki sambil mencuci mata. Huuu.
Banyak butik yang terlibat dalam pameran ni. Dah tentula butik-butik mahal belaka. Mana tidaknya, sewa untuk join pameran ni je pun diorang dah charge berapa. Kalau takat butik-butik cikai...hermmm..



Kitorang duduk tak lama pun. Jadi tak banyakla contoh baju yang dapat di snap. Kat atas ni mak nyah. Bila dia naik pentas je semua orang feewit feewit kat dia.



Saya suka baju kat atas ni. Ala2 gaun tapi dress. Cantik, nak buat baju raya camnilah satu. Lalala.

Bila tgk budak-budak ni pakai baju cantik-cantik je, teringin nak kurus balik. Tapi tulah...nak exercise malas. Makan rajin sangat. Gulp..
Ni baju yang saya suka tu..budak yang pakainya pun cumel je.

Kalau saya baru nak kawin kan, mesti saya pilih fesyen baju ni. Kebaya jubah. Cantik dan sopan(^_^).



Sebab suka baju ni jugak, budak tu kena posing byk kali special untuk kitorg je. Kameraman lain berdiri hujung pentas..kitorg duduk atas kerusi tepi pentas. Heh heh. Fesyen ni pun untuk baju raya nanti. Gegege..

Sejak Mawi Ikin kawin warna grey, dah jadi trend dah warna ni. Dulu orang tak berani nak pilih kaler kelabu ke hitam ni. Sekarang semua kaler jadi pilihan.












Mak nyah tu lagi..siap menari2 U.

Oklah itu je gambar yang ada. Ni sape punya kawan ni? Suka benar posing. Tiap kamera orang dia berhenti posing. ^_^