Ibu curang halau anak
Oleh Mary Victoria Dass
JOHOR BAHRU: Akibat kemaruk kerana digilai pelbagai jenis ‘jantan’, seorang ibu tergamak mengusir anak kandung sendiri yang datang ke tempat kerjanya untuk melepaskan rindu.
Malah, wanita anak tiga berusia 23 tahun dan masih bersuami itu kini tinggal bersama teman lelaki bukan Islam selepas dia hamil tiga bulan hasil hubungan sulit mereka. Perbuatan curang dan tidak tidak bertanggungjawab wanita dikenali sebagai Misha itu didedahkan rakan sekerjanya di sebuah pusat urutan refleksologi di bandar raya ini yang dikenali sebagai Anita, 24.
Menurutnya, disebabkan tidak mahu statusnya bersuami diketahui rakan sekerja dan teman lelaki, Misha enggan mengakui kanak-kanak berusia enam tahun itu anaknya semata-mata tidak mahu rahsianya bocor.
Wanita itu bukan saja sering bertukar-tukar pasangan, malah sanggup memakan makanan tidak halal hanya kerana mahu melayan selera teman lelakinya yang bukan Islam.
“Misha yang mendakwa anak dara bukan saja bertukar pasangan kekasih hampir setiap hari, malah meminta kami bersubahat merahsiakan statusnya isteri orang dan ibu tiga cahaya mata di depan pelanggan lelaki kerana bimbang ‘sahamnya’ jatuh,” katanya.
--------------------------------------------------------------------------------
Meraung isteri dijerut
Oleh:Mohd Jamilul Anbia Md Denin
GOMBAK: Hanya raungan pilu mampu menggambarkan kesedihan hati seorang suami sebaik mengetahui isteri tercinta mati dibunuh dalam keadaan leher mangsa dijerut sekuat hati oleh perompak menggunakan langsir.
PILU...Saibun (kiri) tidak mampu menahan kesedihan. Gambar kecil, Sulastari.
|
ANGKAT...anggota polis mengangkat mayat mangsa, semalam.
Kematian mangsa, Sulastari, 50, hanya disedari selepas mayatnya ditemui suaminya yang baru pulang dari bekerja sebagai buruh di Pasar Borong Selayang di sini.
Ketika ditemui, mayat mangsa tertiarap dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat di rumah sewanya di Kampung Selayang Indah di sini.
Ia menyebabkan suami mangsa dikenali sebagai Saibun, 41, hampir histeria akibat tidak percaya dengan apa yang berlaku.
Susulan itu, sepasukan anggota polis dan forensik Selangor dipanggil ke tempat kejadian untuk menyiasat motif pembunuhan sebelum mangsa dipercayai dibunuh dengan dijerut lehernya dengan tali hingga putus nafas.
Suasana pilu mula menyelubungi tempat kejadian, apabila suami mangsa tidak henti-henti menangis dan meratap hiba sambil cuba ditenangkan jirannya.
Bagaimanapun, mayat mangsa yang cuba dipindahkan ke atas pacuan empat roda polis bagi dihantar ke Hospital Selayang sekali lagi mencetuskan suasana sedih apabila suami mangsa meraung berulang kali berkata ‘isteri saya orang baik-baik...kenapa dia dibunuh’.
------------------------------------------------------------------------------
Empat jari wanita hamil terkulai ditetak suami
AMPANG JAYA: Wanita mengandung lima bulan menjadi mangsa kekejaman suami dan kini bertarung nyawa di Hospital Ampang berikutan tiga tetakan di kepala menggunakan pisau pemotong daging manakala empat jari tangan kirinya terkulai.
Kejadian berlaku apabila wanita itu pulang lewat berikutan keretanya yang diletakkan di depan klinik dipecah manakala komputer ribanya dicuri selepas singgah di klinik di Taman Dagang, kira-kira 10.30 malam kelmarin. Difahamkan, belum sempat mangsa, Norshamila Abd Majid, 36, menceritakan sebab pulang lewat, dia diserang suaminya menggunakan pisau pemotong daging. Nenek mangsa, Salmah Hussin, 75, berkata lelaki itu hanya berhenti menetak apabila anak perempuan pasangan itu yang berusia lima tahun menghulurkan adik bongsunya kepada lelaki terbabit. “Apa yang saya kesal, anak Norshamila melihat tragedi itu dan sehingga ini saya masih tidak percaya dengan apa yang berlaku kerana dia (lelaki itu) seorang pendiam,” katanya ketika ditemui di Hospital Ampang. Norshamila yang bekerja di sebuah bank di Jalan Ipoh di sini, juga cedera di pipi kanan dan tangannya patah, tetapi anak dalam kandungannya difahamkan selamat. Sehingga kira-kira 10 malam tadi, Norshamila masih dalam bilik pembedahan di hospital itu berikutan doktor pakar berusaha merawat semula empat jarinya menerusi pembedahan yang bermula kira-kira 12 tengah hari. Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohd Nor Adzhar, 43, berkata dia tiba di rumah adiknya selepas dimaklumkan kejadian itu, kira-kira jam 11 malam kelmarin. “Ketika saya sampai di rumah, saya lihat Norshamila dibantu petugas hospital, tetapi saya tidak sampai hati melihatnya yang dalam keadaan kepalanya berbalut dan jari tangannya terkulai. “Perit sangat melihat kesengsaraannya. Dia masih sempat senyum walaupun pipi kanannya cedera dan berdarah,” katanya. Mohd Nor berkata, keadaan di rumah adiknya juga berselerak dan dipenuhi darah dari dapur sehingga ke ruang tamu. “Saya diberitahu selepas menetak, suspek menelefon bapa saudaranya supaya membawa anak mereka keluar dari rumah dan selepas itu dia gagal dihubungi dan menghilangkan diri dengan membawa bersama album perkahwinan mereka,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang, Abdul Jalil Hassan mengesahkan suami mangsa sudah ditahan di sini, kira-kira 8 malam tadi.
----------------------------------------------------------------------------Lepas rindu pada isteri orang
MUADZAM SHAH: Tindakan seorang wanita yang juga isteri orang ‘makan luar’ ketika dalam proses penceraian mengundang padah apabila ditangkap berkhalwat bersama pasangannya, kelmarin.
Kadi daerah, Mohd Rizal Mohd Ali Napiah, berkata pasangan itu dicekup di simpang Lebuhraya Keratong-Bahau kira-kira jam 11 malam.
Menurutnya, penguat kuasa Pejabat Agama Daerah (Paid) yang melakukan rondaan terlihat sebuah kereta dengan lampu terpasang dalam keadaan mencurigakan di simpang jalan berkenaan.
“Apabila diperiksa, anggota penguat kuasa menemui pasangan terbabit sedang asyik bermadu asmara sehingga tidak sedar kehadiran anggota penguatkuasa yang mengetuk cermin kereta mereka,” katanya, semalam.
Katanya, kedua-dua pasangan berusia 24 tahun itu sudah lama mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi dan mengambil kesempatan berjumpa kerana wanita berkenaan perlu menghadiri kursus di Kuantan.
Mohd Rizal berkata, wanita berkenaan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki berusia lapan bulan dan bekerja dengan syarikat swasta di Shah Alam, Selangor.
-----------------------------------------------------------------------------------
8 comments:
macam2....!!!
mcm2...
sedih lak baca news yang bini dia meninggal kena jerut tue..
mcm2 yg berlaku skrg...
Digi bukan penaja entry kali ini yer. Harap maklum. (tak tau camne nak buang iklan digi tu. tercopy paste skali.)
hailah..mcm2..akak ingat ko promote digi..hahaha..
astagfirullaalazim..
sedih arr tgk suami nangis leher isteri kena jerut tu
sedihnya..nak nangis sangat la emy..=(
therefore, Buying the Gemini horoscope can grow accustomed to this guard you'll find it provides a very cozy and secure fit and respectable protection. [url=http://www.zostan-brokerem.pl/forum/viewtopic.php?f=12&t=149676]Continued[/url] Full Report Hold your consistency in at his lifetime through and through an evolving lense. http://www.zap-cash.co.uk/#comment-24939
Post a Comment