Thursday, December 30, 2010

Jangan Tegur Anak Orang Kalau Kau Sendiri Takde Anak!

Haritu kan kat blog siapa yer ada cerita pasal hangin kat cikgu sekolah anaknya sebab marah anak dia tak bawak baju sukan. Padahal anak dia bawak. Saya tak komen entry anda sebab saya rasa perkara tu kecik je. Tapi memang sifat keibuan kan, kalau ada orang buruk-burukkan anak kita mesti rasa nak naik angin.



Mak saya bergaduh dengan jiran dia sampai dah tua-tua pun tak mau bertegur lagi. Sebabnya muda-muda dulu gaduh pasal adik saya dengan anak dia. Adik saya sekolah tadika lagi masa tu. Bila mak-mak campur tangan, anak-anak ok je...mak-mak je muncung berdepa-depa!

Saya kan jenis suka menegur orang. Kalau tak suka saya suka cakap dengan orang tu. Saya tak suka cakap belakang-belakang. Paling jauh pun saya tulis entry berkias-kias kat blog ni. Sebab saya yakin si dia pasti membaca. Hehe...

Saya dah biasa marah-marah anak kakak saya. Diorang pun memang panggil saya "Mak Ngah Singa". Tapi kalau nak kasut baru ke, coklat ke, naik gelongsor tinggi kat Wetworld ke Mak Ngah Singa diorang ni lah yang ditarik-tarik baju mintak itu ini. Kakak saya pun rileks je. Memang tak pernah ambik hati kalau saya marah-marah anak dia.
"Lantakla kau nak marah ke apa sebab aku dah tak kuasa nak layan anak-anak aku tu."

Saya marah pun marah-marah sayang. Bukan tahap kalau korang nampak nak kena call talian Nur pun. Sebab budak-budak...bukan paham bahasa pun kan:=p.

Macam tu lah saya layan anak kawan-kawan saya. Ada sorang kawan saya ni anaknya agak kurang ajar. Jenis tak hormat orang tua. Main maki-maki je mak bapak dia depan orang ramai. Kalau mak bapak dia je takpe jugak, kadang tahap nenek dia pun dia marah-marah kalau silap sikit. Kalau terambik mainan dia ke, kalau tak belikan dia jajan yang dia nak ke dan macam-macam la. Kita tengok pun tak sopan caranya. Macam kurang ajar budak ni. Dah tu mak bapak nya pun jenis tak kesah. Dibiarkannya la perangai budak tu. Kalau dia marah makcik kedai tu, tegurla sekurang-kurangnya kan kalau taknak cubit pun. Ini tidak...buat biasa je. macam budak tu tak kurang ajar pun.



"Nana tak nak air ni, Nana nak Milo Ais. Makcik ni pekak ke tak dengar Nana nak Milo Ais"..

Dengan nada suara tinggi. Lebih kurang macam tu la level kurang ajar budak yang baru darjah 1 tu. Kalau mak dia takde time tu, dah ku piat-piat telinganya. Maknya pun rileks je sambung cakap anak dia.

"Kakak tukarkan lah yer"...macam bahasa anak dia tu takde salah sikit pun..
Pernah saya baru sampai rumah mereka.
"Auntie kenapa datang ni? Sebuk je....Auntie balikla rumah sendiri".
Budak-budak sekarang ni memang bijak berkata-kata. Tapi ayat dia tu agak mengguris hati saya. Kalau mak dia marah anaknya...
"Tak baik cakap kat auntie macam tu"
...pasti saya tak terasa hati. Alah budak-budak..apalah yang dia tahu kan. Tapi mak dia buat rileksje..

Dah tu saya tegurla satu harini. Saya cakap kita nak lentur buluh biarlah dari rebungnya. Kalau anak aku ni aku cubit je budak ni. Saya menegur sambil gelak-gelak la. Takdela ayat ceramah motivasi Dr Fadzilah Kamsah pun. Kira saya bercakap ala-ala Dr. Rozmey jer.


Alih-alih status fesbuk dia jadi macam tajuk entry ni balik dari kedai makan tu. WTF!

Ok..WTF tu means....WELCOME TO FACEBOOK!




Nota: Saya cerita pasal 8 ribu tu dalam entry esok yer...lalala.

Tanpa Bekerja Saya Mampu Menjana Wang Sehingga RM8000...

Sape nak bagi kau 8k++ tu?

-Tanpa perlu ada followers blog yang ramai...
-Tanpa perlu pakai korset Premium Beautiful...
-Tanpa perlu deposit...
-Tanpa penyata gaji...
-Tanpa sertai mana-mana MLM...





Dan yang paling best takyah kerja......lalala...^_^

Friday, December 24, 2010

Tempat-tempat Menarik Di Penang 2

Memandangkan banyak keyword "tempat menarik di Penang" datang ke blog saya, maka saya cadangkan di sini beberapa tempat. Musim2 cuti sekolah ni ramaila yang nak jalan2 cari makan kan. Jadi saya cadangkan beberapa tempat menarik. Rancanglah perjalanan anda dan selamat bercuti. Eceh mcm iklan dari Kementerian Pelancongan la pulak. hehe.

1)Pesta Pulau Pinang
Ok kalau pergi hujung2 tahun macam ni, kat sana ada Pesta Pulau Pinang. Peta ni saya lupa pulak cilok dari mana. Memang save kat komputer saya. Cuma nak pergi je tak kesampaian lagi.


2) Wat Chayamangkalaram Buddhist Temple

3) Bukit Bendera
4) Menara Komtar
Tak bape best dah kat sini. Kalau nak beli henpon boleh ke : 5) Perangin Mall

6) Lepas tu sebelah Perangin Mall tu ada satu Mall baru siap. Dinding2 dia dari kaca. Naik lift pun kaca. Jadi kita boleh tengok pemandangan Penang dari dalam Mall ni. Baru siap je (Bulan Oktober 2010) ..tak byk kedai lagi. Tapi jalan kaki je la dari Komtar ngan Perangin Mall ni. Ada panggung wayang juga.

7) Kalau nak cari jeruk2 carilah dekat Cow Rasta (err betul ke eja dia ni?)...dekat2 area komtar jugakla.

8) Little India

9) Khoo Kongsi Temple.

10) Kek Lok Si

11) Masjid Kapitan Keling

12) Campbell Street. Dengar cerita banyak jual barang2 terpakai kat sini. Dibuka setiap hari dari pagi hingga petang.


13) Taman Rama-rama. Dekat area Bukit Bendera.


14) Temple Burma Buddha


15) Masjid Terapung Batu Feringgi.


16) Batu Feringgi. Kalau nak bercuti dengan anak2 elokla cari hotel kat sini. Tepi laut pastu banyak aktiviti sukan tepi pantai tu. Nak mandi manda pun boleh. Malam2 tempat ni hidup. Paham2la kenapa Tsunami dulu singgah batu Feringgi yer^_#.

17) Shopping Mall Queensbay- tepi laut. Shopping compleks yang macam2 ada...paling best blh bergambar berlatarbelakngkan 18) Jambatan Pulau Pinang dari sini.

19) Padang Kota Lama kalau nak pekena pasembur ngan segala macam makanan made in Penang ni. Dekat dengan 20)Terminal Feri.


Sebenarnya banyak je tempat menarik kat negara kita ni. Cuma tak di promosikan sahaja. Jadi ramai yang tak tahu. Lagi satu rakyat kita ni sombong2...jangan kata nak layan dengan baik pelancong2 yang datang ke tempat kita...nak senyum pun payah! Itulah hakikatnya kita orang Malaysia ni. Tak kenal memang tak nak bercinta...oklah selamat menghabiskan sisa2 cuti yang ada. Terutamanya kepada cikgu2...Cikgu Izzah...Cikgu Sue...Syoknya la jadi cikgu. Pekerjaan yang paling banyak dapat cuti:=)) Jeles!


Nota kaki :  Jangan lupa untuk mendapatkan info hotel Pulau Pinang (klik link) sebelum ke sana. Boleh servey2 hotel untuk menginap, serendah RM35 satu malam pun ada. Menarik!

Wednesday, December 22, 2010

Gambar 10 org WANITA tercantik di dunia 2010

MOST BEAUTIFUL FACES 2010

TC Candler presents The Annual Independent Critics List of the 100 Most Beautiful Faces, which has been published, in various formats, every year since 1990… and in recent years has been seen by millions of unique visitors from around the world. The most recent videos have received over a million views. The lists have been featured on Digg and Stumble and have been accessed over 10 million times since 2007.

This list is only about beautiful celebrity faces. Unlike the Maxim, FHM, Askmen & People lists, it is not based on the “sexiest”, “hottest” or “best body”. As this is an international list with input from all over the world, you may discover some relatively unfamiliar faces. Despite fame being a prerequisite, it is certainly not based purely on public popularity. There will definitely be a few big name exclusions because of the specific criteria evaluated — Some who would make the “sexiest” lists may not be known for their facial aesthetic. Over 75 countries have been represented in the Top 100 over the years.


Of course, lists are very subjective — you will disagree with some of the choices, but perhaps you will find a new favorite.





Paling cantik : Camilla Belle . Umur 24 tahun. Masa kecik2 dulu dia ni ada berlakon cerita The Lost World Jurassic Park tu. Mesti korang ingat lagi kan:)

No 2 : Emma Watson
No 3 : Tamsin Egerton


-GAMBAR DI DELETE-

4. Leighton Meester - Yang berlakon dalam cerita Gossip Girl. Gambar dia takmo letak..sbb agak tak senonoh. heheh

5. Alison Brie

The “Mad Men” and “Community” star is a gifted actress and one of the most energetic and fun personalities in showbiz today. She also ranks as one of the most photogenic women in recent memory.


6. Freida Pinto

She debuted on the list last year, following her breakout performance in “Slumdog Millionaire”, and rises two spots in 2010. The pristine Indian beauty is a sure-fire lock to be on this list for the next decade.


7. Alice Eve -Errrr...dia cantik tang mana tu?..........

8. Emily DiDonato -Supermodel

9. Amanda Seyfried -Pernah menang pertandingan "Best Eyes". Memang cantik pun matanya.

10. Christina Hendricks

The lovely redhead has achieved massive success with her role on “Mad Men”. Somehow, she combines both fearsome strength and delicate vulnerability. Along with Monica Bellucci, she is one of the most naturally sexy women on the list.



Kesimpulannya : Saya lupa nak hantar gambar untuk pencalonan tahun ni. Kalau tak Camilla Bella dapat no 2 la. Hahaha...

Sumber : dari sini.

Tuesday, December 21, 2010

Gambar Kemalangan Ngeri di Selekoh Simpang Pulai-Cameron Highlands

















Agak2 klw kita la yang dalam bas tu...apala perasaan masa bas tu terbalik. Sesungguhnya setiap kejadian adalah atas kuasa yang Maha Esa.

Doa Apabila Menghadapi Stress


kredit : darussyifa

Friday, December 10, 2010

Tak tahu nak ke mana musim sekolah ini?











Pergilah ke Kuala Terengganu. Selain punya pantai yang bersih...harga hotel dan makanan yang murah..anda juga boleh ke Pulau Wan Man bergambar di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Anak-anak boleh belajar sejarah Islam di situ. Menarik bukan:)