Friday, August 21, 2009

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Antara Fadilat dan kelebihan berpuasa di bulan Ramadhan:
1. Pintu Langit akan dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka
3. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
4. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
5. Orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
6. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
7. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
8. Setiap kali sujud bagi orang yang berpuasa, dikurniakan 1700 kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan 70ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.
9. Menyihatkan tubuh badan juga.
Dikesempatan ini saya memohon ampun dan maaf kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog saya sekalian. Maaf andai selama ini ada tulisan2 saya yang mengguris hati dan perasaan anda semua. Apa yang saya tulis sekadar pandangan peribadi dengan harapan ia membawa kebaikan buat kita semua. Semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik dari Ramdhan kita yang lalu. Selami diri, fokus pada hati...hidup hanya sementara. Tingkatkan ibadah, kejar rahmat yang di beri...semoga hidup kita bahagia di dunia dan akhirat kelak.





Selamat menjalani Ibadah Puasa 1430 Hijriah.





:::LOL-pearl- Ko pun blh cuba berpuasa, ia bagus unt kesihatan jugak tau. Sbb organ dalam kita pun perlu berehat..Puasa ni bkn melemahkan badan tetapi menguatkan lg stamina badan kita. Cubalah (^_^)

10 comments:

Dearie Pearls said...

Hye Emy,

Hahahaha....

ok beb.
i will.
dun worry.. puasa dapat banyak pahala.

jom berbuka sama.

ngeee...

kim salam kat gadis chanteQ bertudung itu ok.. :)

Salam Ramadhan ok..

Darling Pya said...

emy cayang..

selamat berpuasa acu ucapkan
ampun & maaf atas semua salah silap
0-0 ye cayang..ahaks

Diamilikku said...

selamat berpuasa...
maaf kalau ada salah silap terkasar bahasa sepanjang kenal melalui alam blog ini...

NekPP said...

EID MUBARAK UTK EMY DAN SUAMI..;)

ain said...

salam ramdhan utk emy n hubby dan maaf zahir batin!!

Anonymous said...

Salam ramadan al mubarak

moga di limpah seribu rahmat..

slamat beribadah juga...

Jangan makan lebih2 kang buka nnti...kang tak pasal2, tak muat baju raya yg baru beli tu...ngeh3X

Anonymous said...

Salam Ramadhan dari Kak Tie di Terengganu...

izman said...

selamat berpuasa

Dee said...

selamat berpuasa utk emy sekeluarga..

fazemy said...

Samalah. sronok rasanya puasa tahun ni. Penuh makna(^_^)