Thursday, May 28, 2009

Ini Takdir Kita

Pernah tak anda semua terfikir..apa yang anda miliki harini semuanya hanya pinjaman semata-mata. Mari kita muhasabah diri kita. Lihat harta yang kita ada. Rumah, kereta yang gah kita miliki dengan penat lelah usaha kita. Dengan air mata, dengan pelbagai pengorbanan akhirnya kita mampu memiliki suami itu. Tidak dinafikan sbg manusia kdg2 kita ada perasaan riak. Perasaan takbur dgn nikmat yang Allah bagi kerana apa yang kita dapat lebih dari orang lain. Jadi ada rasa bangga di sudut hati kita. Sehingga kadang2 kita lupa siapa yang memberi semua itu. Allah..Allah lah yang meminjamkan segalanya buat kita. Jika harini Dia mahu ambil semuanya..dalam sekelip mata semuanya boleh hilang. Mungkin dalam kebakaran, mungkin dalam kemalangan, tragedi tanah runtuh atau sebagainya. Andai kita terfikir semua ini akan terjadi, sudah tentu kita tak perlu bersusah payah untuk mengumpulnya bukan.

Bersyukurlah selalu. Bersyukurlah dgn nikmat yang Allah beri. Jgn diratapi kekurangan, kerana itu semuanya ujian dari yang maha Esa. Bersyukurlah selalu.

Jika harini kita bangga punya keluarga yang bahagia. Suami yang penyayang, isteri yang cantik persis Rita Rudaini. Cantik kan Rita Rudaini tu(^_^). Lembut je orangnya. Berpada2lah menyanyangi mereka. Sbb mereka hanyalah pinjaman sahaja buat kita. Andai satu hari nanti mereka pergi, mungkin pergi ke alam lain..ataupun pergi kepada perempuan lain.. Masa tu barulah kita tahu langit tu sangat tinggi. Kita yang dulu kononnya berbangga dipasangan dgn seorang yang berupa, berharta, diraikan di majlis yang gilang gemilang, semuanya hanya tinggal kenangan. Takde apa lagi untuk dibanggakan, takde apa lg untuk diceritakan pada orang. Cukuplah berbangga dgn pasanganmu itu, kerna dia hanya pinjaman dari Allah semata2. Satu hari nanti dia akan pergi jua. Dlm erti kata lain, toksahla nak berbangga sangat klw dpt kawin dgn org kaya, esok2 ko dah tua dia kawin lain barulah padan dgn muka.

Kdg bila kita dh bg cukup kasih syg, kita dh bg segala2nya, kita jaga badan, kita jaga makan dia..bila dia nak pergi dia akan pergi jua. Stiapa org ada buruk ada baiknya, tp sbg psgn kenalah memahami. Saya taknak berckp tentang mereka ni, takut kena kat batang hidung sndiri pulak nanti. Tapi saya kesian bila tgk seorg isteri yang sudah lama ditinggalkan. Isteri yang masih cantik, lebih cantik dari pasangan barunya. Mungkin isteri kurang urat2 yang telah putus ketika melahirkan anak2 mereka. Itu sahaja kekurangan sang isteri, tetapi ditinggalkan jua. Ia..jodoh kita sampai mana siapalah yang tahu kan.

Anak2 pula kita belai, kita tatang. Jangan ada sedikitpun gigitan nyamuk, jgn ada sedikitpun calar. Tapi bila mereka dah besar mereka memberontak. Klw lah mereka dpt selami pengorbanan sang ibu sang ayah yang membesarkan mereka, tentu sesekali tiada anak yang berani meninggikan suara mereka. Tapi itulah lumrah alam. Kita dilahirkan, dibesarkan...kemudian kita melahirkan dan membesarkan. Hidup ini satu pusingan..sampai masa pusingan itu akan berhenti jua.

Renung2kan apa yang kita ada harini. Jgn terlalu bangga sehingga dikatakan kufur nikmat Allah. Jgn terlalu menyayangi kerana peritnya sakit ketika dikhianati. Bersyukurlah selalu..bersyukur dgn kelebihan..berusaha untuk kekurangan. Sampai masa kepada Allah jua kita kembali.

12 comments:

S u H a I d A said...

betul..apapun sangat2 wajib ingat pada-Nya...sangat2 penting...susah senang kena ingat..tak boleh lupa...

AiE bAhRi said...

Terim kasih kerana saling ingat mengingati

Kak Ezza@makcik Blogger said...

sangat setuju...no doubt...semua nya pinjaman..dulu masa akak akak meninggal..akak tanya pada diri..why my son..tapi akak dah waras sikit...akak akui..anak akak itu di pinjam kan kepasa akak untuk di pelihara dan di beri kasih sayang..tiba masa nya Allah ambil balik...akak redha...macam tu lah jugak denagn suami,harta dan segala nya..ari ni suami masih sayang kan kita...tapi satu hari nanti keadaan berubah...boleh kan kita terima semua ini....entah lah..akak tak da jawapan nya.

nurdaniella said...

salam emy.. huhu.. perasan tak, biasanya isteri2 yang ditinggalkan suami gara2 kerana perempuan lain, biasanya lebih cantik dari perempuan yang dikejar oleh suami mereka itu.. di manakah silapnya?? adakah kerana suami mereka tu dah buta mata dan buta hati?? huhu..

Dearie Pearls said...

Dear Emy..
Thanks for da RENUNGAN & SHARING pagi ini..

Alangkah banyaknya nikmat yg kita da..

dan seperti biasa. kita masih menginginkan yg lebih..

Thanks remind!

Gud day!

eya said...

sumenye pinjaman..tu pon ade x bersyukur..[ckp pd diri sndri]

attyfir said...

ye betui emy..
apa pun kita miliki.bukan hak milik abadi.

ain said...

jka kita sentiasa bersyukur, Insyaallah kita akan merasa sangat bahagia wlupun serba kekurangan!

Naura said...

Betoi tuh..semuanya hanya pinjaman..so, beringat2lah..jangan terlalu taksub dgn apa yg ada..

fazemy said...

Ini posting unt diri saya sndiri sbnrnya. Sometimes kita rasa "down" bila tak dpt sesuatu yg kita nak kan. Tp sbnrnya smua tu ada hikmat di sbaliknya.

Dee said...

betul apa yg emy ckp..akak setuju..semua ini hanya pinjaman..

Atiqah Adnan said...

thanks kak...
sharing is caring kan...?
hee~ betul tu semua nya pinjaman kn..
qah pun minat kat rita rudaini!! hee~