Friday, February 20, 2009

Aku TAK PAHAM!

Korang ada baca tak Harian Metro harini? Pasal seorang guru wanita berumur 37 tahun yang diugut student dia. Pelajar tu ugut untuk sebarkan gambar dia sedang bercium dgn salah seorang dari mereka. Untuk menutup mulut 2 budak2 tu, guru wanita tersebut sanggup buat loan bank berpuluh2 ribu bayar kat diorang. Hish sampai macam tu sekali. Alasan dia supaya jgn smpai gambar tu kat suami dia.

Yang saya tak pahamnya kat sini kan, kalau ko tak salah kenapa ko takut? Klw saya diperlakukan sebegitu, malam tu jugak saya cerita pada suami. Suami nak marah ke apa nasiblah kan, sbb saya tak salah. Katanya dipaksa cium dan gambarnya diambil.

Tapi saya musykil, klw tak salah kenapa smpai mcmtu sekali. Sampai sanggup hutang sana sini nak tutup cerita tu. Saya TAK PAHAM.

Melainkan ko betul2 curang, betul2 buat salah. Entahlah. Saya bukan nak salahkan cikgu tu. Mungkin dia takut atau apa kan. Tapi sampai diperbodohkan sebegitu sekali oleh budak belasan tahun. Klw saya jd suami dia saya akan marah. Bukan sebab dia bercium dgn lelaki lain, tapi sebab dia bodoh bagi duit kat orang. Hish tak tahulah nak kata apa.


Ini keratan akhbar tersebut:


Aksi panas: Guru wanita bayar pelajar RM40,000
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Hadzlihady Hassanam@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Dua remaja lelaki mengaut keuntungan hampir RM40,000 sejak setahun lalu dengan menjadikan gambar ‘panas’ guru wanita yang mengajar mereka tuisyen sebagai mangsa peras ugut.Guru wanita terbabit berusia 37 tahun dikatakan teraniaya apabila tindakannya mencium seorang daripada pelajar berkenaan secara paksa dirakam mereka.Sejak itu, guru itu diugut menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang jika tidak mahu gambar berkenaan jatuh ke tangan suaminya. Wanita terbabit yang mempunyai dua anak bimbang dengan ugutan dua remaja berkenaan terpaksa membayar wang diminta mereka kerana tidak mahu rumahtangganya bergolak disebabkan gambar aksi panas itu.

Menurut sumber, guru wanita itu mengajar subjek Matematik dan dia memang agak rapat dengan pelajar berkenaan.
Menceritakan kejadian itu, sumber berkata guru wanita terbabit terjerat apabila dia yang mengajar kelas tambahan kepada anak muridnya membawa mereka keluar makan awal tahun lalu.“Ketika itu, pelajar berkenaan turut membawa seorang lagi rakannya berusia 19 tahun kononnya menemani mereka keluar makan.“Namun, sejurus makan mereka masuk ke dalam kereta yang diletakkan berhampiran kawasan restoran itu untuk pulang,” katanya.

Menurutnya, ketika itulah pelajar terbabit secara tiba-tiba mengambil kesempatan mencium guru wanita itu secara paksa sebelum rakannya mengambil gambar aksi perlakuan mereka. “Sejurus mengambil gambar aksi panas itu, dua remaja terbabit mengugut guru wanita itu supaya membayar wang kepada mereka jika tidak mahu foto berkenaan terlepas ke tangan suaminya.“Takut dengan ugutan itu dan bimbang rumah tangganya bergolak, wanita terbabit setuju membayar sejumlah wang kepada mereka,” katanya.

Namun, sejak itu, bermulalah satu episod hitam buat wanita terbabit apabila kedua-dua remaja itu mengambil kesempatan mengugutnya setiap kali mereka mahukan wang hingga menyebabkan dia terpaksa menanggung bebanan hutang.Sumber berkata, kerana khuatir gambar aksi panas itu diketahui suami, wanita terbabit terpaksa meminjam wang dari bank, saudara dan rakan-rakanya hanya kerana mahu memenuhi permintaan dua remaja itu.“

Namun, rahsia yang disembunyikan terbongkar apabila suami wanita terbabit curiga selepas melihat surat pinjaman bank yang sampai di rumah mereka.“Selepas didesak, wanita terbabit akhirnya menceritakan kejadian dia diugut dua remaja berkenaan,” katanya. Wanita berkenaan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung kejadian itu Sabtu lalu.Susulan daripada laporan itu, dua remaja terbabit ditahan Isnin lalu di Setapak dan direman bagi membantu siasatan.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan namun enggan mengulas lanjut berhubung kejadian itu.


**Isteri hendaklah mengelakkan diri dari berniat untuk curang dengan suami kerana walau siapapun kita syurga itu di bawah tapak kaki suami. Sila cek tapak kaki mereka..diorang basuh bersih2 tak? ;-)

-------------------------------------------------------------------------------

KAHWIN SELAMA 12 HARI JE


Ini lagi satu kes yang saya tak paham. Nak lawan kes Beego ke apa ni? Beego 10 hari je kawin. Ni pasal pemain badminton negara kita, Roslin Hashim. Inai kat jari pekat lagi dia dah lafazkan cerai talak 1 kat bini dia depan mak pak mertua dia. Haish macam2 hal. Penat buat kenduri pun tak habis lagi dah bercerai.


Itulah..dah habis kata2 saya. Sebab saya tak paham dengan mereka semua ni.


***Perkahwinan bukan sekadar menukar status diri.

17 comments:

ain said...

akak pun tak paham!!hishhhh!!!

Dee said...

ntahlah..sbb tu pikir abis2 b4 kawen kan..kalo rasa xnak..awal2 kasitau org tua..xyahlah penat2 buat kenduri pehtu cerai..

yg cikgu tu apa kehal kuar ngan student mlm2..mmg sama2 menggatal lah tu..pdn muka!!

dakgilachoc said...

tak faham..tak faham..tak faham..*tiru gaya cakap triple gaya upinipin* hikhikhik...

kakngah said...

cepat2 aku cr metro...

Dearie Pearls said...

aku sendiri p0wn tak faham..
adedede..
mcm2 kes dowh..
Kes Roslin lagi aku beriya-ya nak tau..
hehe..
aku bz bodi skit..
hihi..

e_ja said...

hmm mcm2 hal dlm dunia nih..makin lama makin byk perkara2 pelik yg x masuk akal2 kdg berlaku..x faham sungguh!!

fazemy said...

Kegawatan ekonomi kot yang menyebabkan pemikiran seseorang itu efek. Mungkinkah..?

MuMMy 2 Haqq said...

makno eh cokgu tu salah ler gamaknyer..apesal lak nak takut? ye x?

Anonymous said...

benda yang sblm tak terfikir nak dibuat, dah jadi pun skrg nih... dah terlalu 'advance'... ntah la...

akula said...

Ambo pun tak paham jugak...cikgu hapa macam tu...

Itulah bercinta bukan main, kenduri kawin lagi 'bukan main' lps tu cerai..wah...wahh...wah...

Memanglah 'sesuatu' itu indah dalam impian, bila jadi kenyataan tak seindah yang diimpikan.

Terima je kekurangan yang ada..lama2 'keindahan' itu datang.

AyKay said...

Emy,
tok sah buang karen nak faham2 benda2 gini. Kenapa? Kerana memang dah dijanjikan gitu. Byk hadis2 sahih yg memberi amaran akan berlaku perkara2 gini, akhir2 zaman. Janji kita yg masih tak pelik ni ambik iktibar je. Jgn buat2 donno je... :-) "La Tahzan"..

nurdaniella said...

salam emy, akak pun tak faham gak.. advance betul budak2 sekarang ni cari duit.. pasal roslin hashim tu, diorang kawin pun bukan atas dasar cinta, kann?? raja azmi yang rekemenkan.. tapi, betul la cakap emy, penat buat kerja kawin pun tak ilang lagi, dah runtuh mahligai.. huhu..

fazemy said...

Betul betul..hidup ni penuh dugaan. Mungkin itu dugaan rumahtangga cikgu tersebut. Tetapi patutnya dia kena cerita hal sbnr dari mula lagi pada suami dia. Suami dia kena percaya pada dia. Sbb sbuah hbgn tu perlu ada kepercayaan dan kejujuran. Barulah hidup ini bahagia. Kesian cikgu tu..tanggung beban sorg2.Smpai hbs ribu2. Kesian..

Psl Roslin plak. Apapun mslh dia nk bercerai tu hanya mereka yg tahu. Apapun kita perlu tahu dlm sesebuah hubungan tu tak semua yg kita impikan akan kita kecapi, perkahwinan itu untuk saling melengkapi kekurangan yg ada.

Izzah said...

aku pun tak paham..tapi naluri hati aku berkata(ceh..ayat..tak ingat..)cikgu tu memang ada apa2 ngan budak tu..kalau tak takkan bawak kuar makan berdua2an(tapi dia bawa kawan dia kono2 teman)..

kes roslin nie plak..bukan kita yang tak paham..tapi dorang yang tak paham tujuan perkahwinan tu apa sebenarnya..

yang penting pelihara iman...

Darling Pya said...

bila tgk dgn situasi ari nie
membuat kan acu takut utk berkawin...

Tie said...

Hmm...nampak nya mereka tu terlebih tingtong!!

attyfir said...

MCM2..
pasal cikgu tu panas sgt ke gambonya..
kalo takt cium pipi apa salahnya..

nie mesti lebih dr tuh..

pasal pemain badminton nie apa lah pulok.bazir duit je buat kenduri bagai kalo tau nak bercerai..baik sedekah je kpd yg lebih memerlukan..