Wednesday, January 7, 2009

Sudahla dimadukan, dibuangnya aku ke sungai

Baca tak Harian Metro harini. Hehe lawak pun ada aku rasa kes mcm ni. Kes sorang suami ambik jln terbaik, tersingkat yang dia ada dgn menolak bini no 2 dia ke dalam sungai. Dengan harapan setle masalah dia agaknya. Hu..kesian makcik tu. Mujurlah umur dia panjang diselamatkan orang.

Itulah, tak payahla nak kawin banyak2 wahai lelaki2 kat luar sana tu. Wat serabut kepala otak je nak berpike. Cuba jaga betul2 isteri yang anda ada sekarang ni. Kasi maintenance cukup2, bersihkan hati jiwa dia jgn sampai dia berubah jadi isteri yang derhaka. Cukuplah yang 1 tu,sayangilah seadanya dia. Toksah la tambah bala, tambah beban, tanpa dosa dengan kawin lagi. Memangla tak berdosa lelaki kawin 4, tetapi kalau dah asyik nak kena jaga hati yang sana sini situ dengan menipu, tidakkah itu berdosa namanya?

Saya attachkan keratan akhbar tu.


Tolak isteri dalam sungai
Oleh Shahrul Nizam Mohamad
am@hmetro.com.my

KUANTAN: Pertengkaran sepasang suami isteri di atas Jambatan Sungai Bukit Rangin di sini, tengah malam kelmarin, berakhir dengan wanita itu ditolak ke dalam sungai.

Namun, nyawanya masih panjang kerana terselamat walaupun terpaksa berpaut pada kayu bakau selama tiga jam.

Dalam kejadian jam 12 tengah malam, wanita berusia 45 tahun itu diselamatkan polis marin dan anggota Bomba dan Penyelamat Pahang selepas menerima maklumat orang awam.

Sumber memberitahu Harian Metro, sebelum kejadian, mangsa yang juga isteri kedua lelaki berusia 42 tahun itu bertengkar kerana berselisih faham.

Selain cemburu, wanita itu dikatakan tidak mengetahui dia sebenarnya isteri kedua. Ini berikutan ketika pasangan terbabit berkahwin di Thailand, dia dipercayai tidak mengetahui lelaki itu masih mempunyai isteri.

Perang mulut pasangan itu bertambah tegang menyebabkan suaminya hilang pertimbangan lalu menolaknya ke dalam sungai.

Lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori itu bagaimanapun panik sebaik isterinya terjatuh ke dalam sungai sebelum melarikan diri.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Jasmani Yusoff, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, dua pemancing yang kebetulan berada berhampiran jambatan itu menyedari kejadian berkenaan bergegas menghubungi polis untuk meminta bantuan.

Katanya, sepasukan anggota polis marin dibantu anggota bomba bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui wanita itu terapung kira-kira 500 meter dari tempat dia ditolak jam 3.30 pagi.

Mohd Jasmani berkata, mangsa dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk menerima rawatan.

“Susulan itu, polis menjejaki rumah lelaki itu di bandar ini dan menahannya untuk siasatan lanjut kira-kira jam 5 pagi.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut mengenai status pasangan itu yang bernikah di Thailand,” katanya.

Menurutnya, polis mengklasifikasikan kes mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan bunuh.

Sementara itu, cubaan Harian Metro mendapatkan kenyataan mengenai kejadian itu daripada mangsa gagal kerana dia dikawal rapi seorang anggota polis wanita.

Berdasarkan tinjauan, mangsa dipercayai masih trauma dan fobia dengan kejadian itu, tidur dalam keadaan berselimut menutup separuh muka.

14 comments:

Tie said...

Kesiannya dia....dahlah kena tipu , ditolak pulak ke dlm sungai!! Memang suami dia tu antu!

lillies said...

Nape kejam sangat lelaki tu??!!meh cni nak ajar ckit...!!

Nek Cun said...

Terok betul lelaki tu!... lelaki camtu memang tak boleh dibuat baik. Elok isterinya tu saman ajer kat court biar dia tahu tinggi rendah dunia ni!...nekcun pantang betul dengar lelaki yang suka menipu nih!...

jabishah said...

Apa lah nasib suami tu nanti ye... Panik lah tu. Siapa sangka panjang lagi umur isterinya.

fazemy said...

Ni kes kena tipula ni. siap kawin kat thailand bagai. dh terbongkar mulalah haru biru. so anak2 gadis kat luar sana..kawin biarlah ada bermajlis:-)

Anonymous said...

memang kejam.. kalau saya pun fobia kena tolak dalam sg.. lagi2 kalau org x tau berenang..

Nurmala Mazlan said...

Lor….kurang ajar punya suami..
Aku kerat ***** kau kang baru tau..
Wakakakak~~ emo nih

p/s: thanks eh drop kat blog saya..kita xchange link nak..saya dah link awak..huhu~~

fazemy said...

Yelah Mama Mya..klw saya la yg kena tolak mau terus lemas kat situ. Sungai tempat orang memancing mesti dalam. uuu

Amboi Cik Mala..blom kawin dh pandai nak kerat2 yer..ahaha.

sue said...

mmgla benda baru mmg la best dah lama buang jer mcm tu ibarat kasuk dah buruk....bau pun dah kureng...

fazemy said...

Dalam paper harini bagitau si suami tu dah kena reman dgn polis. Kalau aku la yang jd bini dia tu, mau aku hempuk kepala dia pakai helmet. Hempuk 10kali berturut2..ee geram betul!

Deqna said...

la hai macam tu pun ada.. seb baik tak lemas....

~~Ms.LuVLyHoNeY~~ said...

kejam bebenor laki tu...tak berperi kemanusiaan...padan muka kena reman terima la balasan

Unknown said...

uiks... selambe jek dia tolak bini dia yang?? perghhh...

fazemy said...

Inilah namanya habis amdu sepah dibuang..hu