Friday, January 9, 2009

Owh Hentikanlah! Hentikanlah!

Minggu ni Hamas mengistyiharkan Intifada buat kali ke-3nya. Allah telah memilih mereka untuk berjihad lagi dengan mengorbankan jiwa, nyawa, harta, dan segala-galanya untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Mereka masih mempertahankan al-Aqsa, kiblat pertama kita umat Islam. Mereka juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, mereka hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah mereka dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa? Hanya kerana mereka rakyat Palestine mengucap La Ilaha Ila Allah, dan hanya kerana mereka masih ingin mempertahankan sekeping tanah suci serta masjid.

Ini adalah Bandar Gaza pada waktu-waktu tenang. Seperti di Malaysia juga, mereka menjalani kehidupan seharian dengan mencari rezeki, bekerja, dan membangunkan negara.


Tetapi segalanya musnah dalam sekelip mata apabila Rejim Zionis yang berhati binatang memulakan serangan mereka. Segalanya hancur. Mereka mebedil sekolah, masjid, kediamanan tanpa ada belas kasihan. Laknat punya Israel!Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah air sendiri. Mereka dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dipukul, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah mereka lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap bersabar dan komited untuk terus kekal berjuang mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang akan dibawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan mereka.






Ini gambar yg aku ambik dari satu laman web arab. Yang bahasanya 1 harampun aku tak faham tetapi 1 gambar sudah cukup untuk menceritakan seribu macam penderitaan. Tabahlah wahai rakyat Palestine!

Dan makhluk bernama Israel itu terus menerus melancarkan serangan. Diorang didik anak2 mereka membenci Islam. Mereka adlah manusia yang berhati binatang! Ya Allah..turunkan bala kepada mereka yang Allah. Tunjukkan kekuasaanmu..agar satu dunia tahu tiada siapa yang lebih hebat dariMu ya Allah.



Dan lawan mereka adalah kanak-kanak yang kalau kat negara kita ni masih pegang pensil, tetapi kanak2 Palestin sudah memegang senjata. Yang paling aku sedih ialah bila tengok budak2 tu hanya bersenjatakan batu untuk melawan segala kelengkapan senjata yang canggih dari pihak Israel. Sedih sangat. Israel yang kejam!




Bagi aku ini bukan soal agama sahaja..ini soal kemanusiaan. Ini adalah krisis kemanusiaan yang paling dasyat pada zaman teknologi ini. Tiada langsung belas ihsan..mereka menyerang membabi buta. Dan ramai yang menjadi mangsa. Kanak2 dan wanita adalah sasaran utama mereka. Tujuannya adalah untuk menghapuskan terus etnik Palestine dari muka bumi ini. Kejam mereka memang kejam. Dan mereka menyekat bantuan untuk tiba ke dalam Palestine. Dan dilaporkan beberapa penyelamat dari negara luar turut menjadi mangsa. Hentikanlah tangisan mereka, hentikanlah penderitaan ini. Tolonglah!




Gambar2 mayat bergelimpangan ini betul2 meluluhkan hati aku. Ya Allah..Selamatkan Palestine.







Selamatkan kanak-kanak ini.


Agar mereka dapat membesar dan mati dalam syahadah.

----------------------------------------------------------------------------------

9 comments:

~~Ms.LuVLyHoNeY~~ said...

geram sungguh emy..tak thn air mata melihat kezaliman yg sedang berlaku di palestine skang ni...dimana perasaan kemanusiaan mereka?apa yg mereka rasa if mereka alami nsb mcm tu..actually dorang tu semua bukan manusia malah sebaliknya sbb tidak mempunyai perasaan belas kasihan...

Nurmala Mazlan said...

mari lah kita bersama2 mendoakan saudara2 kita di sana..

lillies said...

kejam..!!kejam...!!!

Lee said...

Really sad and distressing see whats going on over there. Lee.

nurdaniella said...

aduuhh.. sayu betul hati bila tengok gambar2 ni.. betul punya laknat la Israel ni.. moga Allah turunkan seramai2 malaikat untuk membantu rakyat palestin ni.. Aamiiiin...

HuSnA said...

tgk gmbar dh terasa sgt kt hati, apeth lg kalo btl2 hadapi keadaan cmtu.no choice.marilah doa sama2, semoga Allah lindungi rakyat pelestin,semoga israel laknat hancur!

mrs popo~ said...

benci giler kt israel!!rase cm nk gi bom negara dorg!~

pwincess AJA said...

tak sanggup nak tgk pic2 neh.
sayu,sebak,sedih semua ada...

fazemy said...

Doakan semoga penderitaan mereka akan berakhir dengan cepat. Aminn..