Thursday, November 10, 2011

Saya Bukan Catwomen

Malam tadi tengah syok2 tengok TV tiba2 ada sekor kucing keluar dari sebalik langsir. Saya buka tingkap sikit je..boleh dia muat masuk ikut situ.

Dah halau2 dia buat dek je. Siap jalan2 dalam rumah. Masuk bilik ke bilik. AMboii...buat macam rumah sendiri nampak. Bila di halau shushh shushh dia buat pekak je. Last2 dia pergi dapur mengiaw2..rasa kesian pulak saya bagi la dia makan. Memang kat rumah ni selalu ada je stok makanan kucing.


 Comel kucing ni. Mesti sesat tak jumpa rumah ni. Dah sudah makan saya tolak dia kluar ikut pintu belakang. Kejam tak kejam la kan. Kalau dia berak kat karpet naye!


Sampai pukul 12 dia bising duduk mengiaw2 kat blakang. Takut agaknya. Bila saya buka lampu diam dah dia. Dia bukan keseekoran. Ramai ada kat belakang tu.


Ni ha geng2 dia. Saya tak bela pun tapi memang dia tidur belakang rumah saya. Pernah sekali saya tak balik rumah dekat 3 minggu balik2 tengok ada sekor kucing mati. Dah reput habis...tapi xde bau bangkai pun.



 Bila balik rumah sekali sekali. Denagr je saya buka air paip kat sink, semua memekak2 mengiaw kat belakang tu mintak makan. Pantang betul. Kadang petang diorg xde pergi jalan2..saya panggil "miawwww" sekali je berderu diorg dtg berlari. Cait! Ingat aku nak bagi makan la tu.

 Banyak kali juga 2,3 ekor terlepas masuk rumah cari makan. Tunggang langgar periuk atas dapur. Biasanya yang buat perangai macam tu bukan kucing yang saya kenal. Kawan2 dia tah datang dari mana. Main masuk je rumah. Ada sekali tu saya bukak tingkap belakang baik punya berak atas tilam. Huwaaaaaaa..


Saya bukan tak sayang kucing ni, sayanggg...cuma malas nak jaga berak cuci dia. Makan minum dia ok lagi. Kalau saya kluar sidai baju kat belakang mulala 2,3 ekor gesel2 kat kaki. Nak jalan pun susah. Manja mengada2 betulla! Pernah sekali diorg bawak balik kawan diorg. Comel sangat. Sebijik cam garfield. Bulu tebal kaler oren. Sayang lupa nak tangkap gambar. Esok2 xde dtg dah pulak tu. Rugi2...baru nak jual kat internet td. Haha




Nota kaki : Tabik spring kat kawan2 yang suka bela kucing, tidur dengan kucing, siap bawa pergi klinik semua bagai. Teringat cerita Kak Wong bawak kucing liar kena langgar buat operation sampai habis RM2ribu. Semoga Allah balas jasa baik kalian terhadap kucing di akhirat sana. Kucing kan haiwan kesayangan Nabi S.A.W.

8 comments:

atty's said...

dulu kan masa umur kty sekitar 10 thn..kty suka giler bela kucing, sampai 10 ekor kty bela..lepas tu bila nak pindah ..sbb pndah pun umah flat je..terpaksa tinggal kucing2 tu kat quarters..lor ni mcm takut lak ngn kucing..lepas dah 20 tahun tak bela..

Queen said...

samela..takat nak bagi makan gitu..memang boleh..bab berak kencingyangtak tahan..

pun sama..tabik spring kat org yang sayang kucing gila2.. sayang kat haiwan kesayangan rasulullah..

tapi..ada je yang sangat obses..sampaikan bila ada yang tak tolong kucing jalanan tu..dikatanya kejam la..hapela.. pastu siap marah2 sume... pastu kalau nampak kucing sakit.tak bawak pergi vet..siap cakap kejam la...tak berhati perut la..stupid la..bila tengok situation mcm ni..membuatkan saya naik meluat... bukan semua org mampu utk membantu... selagi kita tak menzalimi..kucing2 tu tahu cari cara nak hidup...ni tak..dikejinya sesama manusia cuma kerana kucing...padahal menyakiti hati manusia pun sama tak boleh jugak kan... kadang tak paham..terlampau obses...


eh..ter emo plak
hehe.. saya pun sayang kucing..tapi nak membelanya..hee..sorry la..tak reti =p

~mrs azmi~ said...

kucing adalah sebahagian hidup saya.. membesar dengan kucing

tapi masih sedar diri..saya tak mampu nak bela banyak2... cukuplah sekadar jangan menzalimi binatang tu tak kirala binatang ape pun..

fazemy said...

heee...kucing kucing. Pakcik sebelah umah penah citer dia langgar mati kucing kesyangan anak jiran lg sebelah. siap tanam kucing tu depan umah. kesian bdk tu dok tercari2 kucing dia. Yela x semua org mampu nak jaga kucing. Cukupla jgn pukul2 mcm kes bdk tomboy aritu. pakcik sblh rmh tu x sengaja langgar..dah ajal kucing tu.

@cu SaYaNg said...

perangai emy lebih kurang sama dengan mak acu...tak suka bela kucing tapi suka bagi makan kat kucing2 liar...tiap2 malam tunggu depan pintu umah mak sebab tunggu mak keluar bagi makan

fazemy said...

hehe...best klw ada geng cinta kucing camtu:))

putrilycious~ said...

saya takowt kucing.... boleh demam wooo

six_6pm said...

Saya nak buang anak, anak kucing, nak tak???