Tuesday, November 29, 2011

Cara Nak Ke Wang Kelian


Rantau Panjang, Kelantan----->Golok, Thailand
Bukit Kayu Hitam, Kedah------>Danok
Padang Besar------->Padang Besar, Thailand?
Wang Kelian, Perlis------->Satun
Johor Bahru----->Batam/Singapore
Miri, Sarawak----->Kuala Belait, Brunei

Semua senarai kat atas saya pernah sampai. Haha eksyen. Setiap hari ahad, boarder Wang Kelian-Satun ni di buka kepada orang ramai. tak payah pakai passport orang Malaysia boleh sesuka hati masuk Thailand, orang Thailand suka ayam Malaysia..erh tetiba.



Nak pergi Wang Kelian dari Kuala Perlis ambik masa 40 minit. Lebih kurang 40km jarak perjalanannya.


Tak terasa pun jauh perjalanan sebab pemandangan sepanjang jalan sangat indah.Ikut je singboard ke Kaki Bukit @ Gua Kelam. Memang macam nak pergi hujung dunia. Kiri kanan alam semulajadi je. Start naik bukit tu agak mencabar sikit. Betul2 macam ular sawa kena pukul jalan dia. Zig zag.



Kitorang sampai dah tengahari. Orang ramai dah nak balik pun. So masa lalu imegresan tu takdela jadi ikan sardin.


Angry bird ni RM18 je. Mula2 nak beli, jalan dulu. Last2 dah jauh malas nak patah balik cari angry bird ni. Ambik burung marah lain je. Kaler kuning.


Ramai orang Malaysia angkut Kereta Mainan untuk anak2 diorang. Harga RM150-RM250 camtu. Kira murah la dari beli kat Malaysia kan.

Basikal pun murah2.


Ha camni je tempat jualan dia. Cam pasar tani. Ni Satun Thailand tau. Bukan Malaysia. Macam2 ada jual. Dari bawang, periuk belanga,beras hinggalah ke baju, handbag segala. Tak payah tawar2 harga memang dah murah. Berbanding kalau shopping kat Padang Besar bila tanya cakap RM40 sehelai baju. Agak2 kita tak jadi nak beli dan mahu berlalu pergi terus dia cakap RM20 pun boleh. Heh!


Panjang ooo pasar dia. Lenguh berjalan. Tapi sbb brg2 dia murah...best2. Semua nak beli.



Orang Satun ni majoriti nya Islam. Dia bertutur sleng melayu Kelantan. Ada jugak yang tak pandai cakap melayu. Pandai2la guna jari buat bahasa isyarat.


Yang ni hasil paling besar saya harini. Buat binatang peliharaan kat rumah. Itupun sebelum anak2 buah datang merembat. Taraaaa...



Ok dah habis shopping. Balikkkk!

8 comments:

atty's said...

amboi sama besar hello kitty tu ngn emy , kalau tau..emy g sana ..leh kim basikal utk fir..huhuhuuhhu

fazemy said...

hehe..klw kirim pun x tau mana nak sumbat dlm kete kak tie. penuh brg.

Queen said...

pernah prgi kawasan sempadanni sekali je.. kat serikin..sarawak...

=p

SYANI said...

Amboi berjalan sampai Thailand ek... Pernah tengok pasal Wang Kelian ni dalam citer Destinasi Bajet.. Bila la nak sampai sana..

Dee said...

dee nak gi wang kelian cuti krismas ni..hehehe...tak sabar..

@cu SaYaNg said...

Dah lama acu tak ke sana
asyik ke padang besar je

axdiey said...

Salam, tie..basikal kt sana murah2 x? agak2 bapa ek harga? sy nk cari mountain bike ni..

Nau Q Biz Shoppe said...

Salam..pegi sana mmg xyah pakai pasport ke?