Tuesday, July 13, 2010

Kami Kalah Pada Makcik Beranak 14 Di Malam Final Piala Dunia


Malam Final Piala Dunia haritu saya berada di kampung. Berkumpul ramai-ramai buat kenduri doa selamat sempena yang dah selamat2 tu. Malam tu lepas kluar makan ramai2 kami ke Menara Condong Teluk Intan. Selalu juga kami ke sini masa arwah nenek masih hidup, tapi inilah pertama kali kami datang sambil bergambar2.


Disebabkan diorang pasang skrin besar kat bawah Menara tu, banyakla aktiviti sempena Piala Dunia ni di buat.


Kitorg pun buatlah aktiviti memasukkan kepala anak2 buah dan juga bapak2 buah ke dalam patung2 pemain bola yang ada. Sapepun pemain bola tersebut, tidaklah saya tahu.

Posing-posing dan posing je lagi.

Mencuba meneka bendera-bendera dunia.


Dan yang ni bila budak2 dah start beli benda vuvuzuela ke apakejadahnya nama benda tiup2 ni. Satu RM5. Bila smua tiup serentak dah macam segerombolan gajah mau jalan. Kalau yang sebenar tu lagilah, lebih kuat dari bunyi enjin jet.


Masa DJ Perak FM yang mengacarakan majlis ni buat soal2 memang kami failed la unt menjawab. Gila kau tanya pasal bola. Manalah kitorg ambik tahu. Hanya sotong Paul yang lebih arif tentangnya.~~Masa acara rebut2 bola kitorg berjaya la bawak balik 2 bijik bola. Riak rasanya bila salah satu daripada bola tu saya yang tangkap. Penangan petang tadi training depan rumah main futsal. Geng sluar lawan geng kain. Haha sangat takleh blah masa tu.


Dan bila DJ tu suruh buktikan group paling ramai yang datang akan dapat hamper, kami ramai2 ke depan. Sebenarnya kami ramai jugak, cuma orang2 tua duduk dalam kereta je tak mau turun.

Tapi kami mengaku kalah bila makcik ni dan anak2 dia ke depan. Anak dia ada 13 orang dan dia sedang mengandungkan anak yang ke 14. Dasyat ooooooo. Dan part yang paling best, smua anak2 dia perempuan. Sorang je lelaki. Adehhhh bayangkan betapa meriahkan rumah makcik ni. Mesti seronok beraya di rumah mereka.

Dan itu adalah ayahnya. Bestla makcik ni. Fisrt time tengok orang anak ramai ni kuar jalan ramai2 camni. Walau ada juga anak makcik tu yang tak ikut, tapi kira ramai jugakla yang ikut mak ayah diorang ni. Happy family sungguh.

Orang kata menjaga seoarang anak perempuan ni ibarat menjaga sekandang lembu. Jaga lembu sekandang tu lagi senang. Tapi cuba bayangkan anak2 makcik ni. Berapa kandang lembu dah perlu diibaratkan. Dengan macam2 emosi yang ada, macam2 nafsu yang ada, pastu bila tiba minggu period aduhhhh macam2 hal.

Semoga anak2 makcik ni dapat menjaga ibu dan ayah mereka bila diorang dah tua nanti. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak. Tapi 10 orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu. Respekla kat makcik ni. Bangga dengan dia^_^

6 comments:

mendatak hijau said...

respekkkkkkkkkkkk sama itu bapak and mak...

Dee said...

wui..ramainya..akak pun respek emy..kan senang..akak dua org pun dh penat..hahaha..

kakngah said...

wa surender la ngn makcik tu...
hebat!

Queen said...

respek...ahahha..saya un tak mampu kot...

tapi betul..dulu mak saya jaga saya adik beradik 8 orang..usung ke hulu ke hilir..yang besar jaga yang kecik..takde hal la...

skang cuba suruh adik yang kecik jaga yang kecik satu lagi..confirm hilang..huhu

Kujie said...

kalah kita ni..aishhh.... raya best emy....beli kain sekayu

izzah said...

wah..berapa lama dorang kawen erk????
agaggaga...