Friday, June 11, 2010

Mak! Saya Dah Besar (Selepas Adegan Makan Sesuap Kokocrunh)

Hehehe..saya dah besar. Ramai kawan2 terkejut and nak tegur pun takut. Rileks la. Hidup perlu ada perkembangan. Sampai bila kita nak hidup pada tahap yang sama je. Tak berkembang-kembang orang kata. Dari dulu sampai sekarang menten macam tu jugak. Ish ish..orang tengok pun tak teruja..nampak macam biasa-biasa je. (ayat jaga hati sendiri)


Tgk macam saya, sekali BESARRRRRRRRR PUNYA(baca seperti nada iklan Maggi)-smua rakan-rakan teruja. Hahahaha. Mayday..mayday. Mula2 naik sekilo..pastu 3 kilo..lama2..hambek ko. Berpusing meter penimbang berat tu. Heh heh.


Bila pikir2...rasa mcm "down" je. Yelah beli baju ni tak muat..baju tu tak muat..baju yang lama2 usah nak cakap la. memang tak muat. Bila tgk orang kurus2 ni cantik je dalam gambar-takde jauh mana di lubuk hati sangat jeles pada mereka...tapi ibarat nasi yang dah jadi bubur~~Saya bangkit! Buang segala pikiran negatif-buang segala anasir2 luar yang mengejek-andaikan bebelan mak yang pot pet pot pet itu umpama angin sepoi2 bahasa yang berlalu di telinga-buang duit suami bila baju dah tak muat beli je baju lain yang lebih besar-saya buang segala2 nya. Dan inilah saya..nasi yang dah jadi bubur mcD. Mahal dan sales terhadapnya amatlah memberangsangkan. (Ha ha ha-gelak tak sedar diri). haha

Gambar first masa agak kurus. Tapi time tu pun dah ada orang komen2 macam berisi. Jadi saya cover nya dengan memakai baju style2 ibu mengandung. Gambar kedua yang bersantai2 kat tepi laut tu gambar saya bulan lepas. Bercuti di Cherating atas ehsan rakan blogger saya, Nurmala. (nnti taruk link). Nampak takdela gemok mana pun coz saya pilih gambar yang paling nampak kurus. ha ha ha. Dan selepas dari Cherating tu saya berjalan lagi. Ke Terengganu, Kelantan, Penang dan inilah hasilnya:

Gambar masa reunion Sabtu lepas. Semua orang terkejut. Saya pun terkejut. Buat2 baju sekali tak muat da. Mayday sungguh. Saya memang dah weight gain la slow2..tapi since pergi Cherating tu saya naik lagi 4 kilo. Takmo bgtau berat badan skrg. Malu. miaw..miaw..hihi

.

Gambar2 kat sini agak cun2 jugak yer..klw nak tgk saya yang latest dgn muka terkejut silalah cari kat fesbuk kawan2 saya. Sebab dengan angle hampeh yang diorg ambik pastu tak reti2 nak edit gambar..dah tu bergambar sebelah org betul2 kurus..mata anda akan terbeliak melihat saya. Sebab ini blog saya jadi saya patut menipu anda dengan gambar2 yang agak menawan yer. Hehe.

Minggu ni saya ke Langkawi, weekend ni ke Melaka pula dan next week ke Bandung. Memangla tringin nak kurus dalam gambar2 percutian berlatarbelakangkan pemandangan yang indah..tapi bila ke tempat orang...terasa sayang pula jika tak mencuba makanan mereka. hemmm..

Ok lepas ni saya akan start diet..tapi kan tapi kan..program jalan2 saya dah penuh sampai hujung tahun ni..camne nak kurus ni. Haishhh. Sekarang saya dah paham perasaan org2 gemok. Untuk kurus saya tak perlukan sendayu tinggi mahupun menghadiri kelas London Weight Gain sekalipun jika Dr Rozmey menghulurkan pil dietnya..ianya bermula dari diri sendiri. Mengikuti gaya hidup yang sehat dan mengawal nafsu makan adalah jalan terbaik. InsyaAllah saya akan kurus balik...wink!



pssss: Kenapa gambar-gambar promosi pusat kuruskan badan kadang taruk model masa gemok buruk, pakai tudung....tapi bila dah kurus terus cantik berseri siap pakai baju pengantin lagi..dan yang paling best time gemuk pakai tudung dah kurus tros menyeksi. heh

9 comments:

Jemari Seni said...

Ok la tu! masa badan besar ni makan puas2 pastu diet la balik mcm Hakak hehehhehe!

fazemy said...

Mslh dia kan kak...nak naikkan badan tu senang je. Nak turun 1 kilo..susah kemain. Kdg tak phm org yg kurus sgt yg nak jd gemok tu..apalah susah sgt diorg ni nak gemok. heh

Adlina Husaini said...

hah tu dia baru nampak muka dia camner

Nanie M. Ali said...

Alah Emy.
Tak kisah la gemuk ke, kurus ke, happy ke, sedih ke. Janji kau happy selalu :)

mrs.ecam said...

klu hubby x komplen kire ok la tut...hikss

Queen said...

memang pun...asyik makan je..pe kata lepas nie gi berjalan bawak nik sekali..confirm kak emy tak naik dah berat badan sebab nik dgn dzul dah sebat semua...ahahahahha.....

selagi hubby akak ok..ok la tuh... yang penting biar dia lagi besar dari kita..ha..ok la tuh...heeeeee=)

fazemy said...

Sorry terdelete komen korg smua kat sini. Tak sengaja tau tau.

cikbedahlaser said...

kurus?? gemuk?? apakah itu... ye itu hnya la fizikal... ape yg pnting?? rohani...
yeayy

sy dlu pon kurus (la jugak)...
lps berkenalan dgn suami... berat naik mcm roket...laju nye... so..dlm masa 2 thn.. sudah naik berpuluh kilo..ye jgn x caya.. berpuluh kilo... owhh sgt tak sihat....

honeysour's blog said...

huhu.,.aku pun mi..ingat lpas pantang dapatlah kurus selim melim kan..tapi..huh..bila bf lagila kne makan banyak sebab nk supply baby susu...

takpela, bila baby dah beso sket kurusla kot..hahaha..ayat nk sedapkan ati sendiri..