Sunday, June 27, 2010

Ariel Peterpan Meninggal Dunia Dalam Jel?

Saya baru pulang dari Bandung. Kisah Ariel dan Luna Maya memang menjadi topik hangat di sana. Kebetulan Ariel pun berasal dari Bandung.

Ariel bermula seperti budak yang bermain gitar ini. Bergelandangan di tengah jalan meminta sesuap rezeki. Kata pakcik teksi tersebut, setiap kali pulang ke Bandung Ariel tidak lupa bagi duit banyak2 dekat budak2 tepi jalan ni. Sampai kadang2 dia bawa pulang ke rumah dan beri mereka makan.

"Innalillahi wa innalillahi rodjiun, telah berpulang kepada tuhan yang mahakuasa, NAZRIEL IRHAM (ARIEL PETERPAN) yang menagalami overdosis zat psikotropika di dalam kamar tahanan pada jam 13:08 hari ini. marilah kita doakan agar arwahnya diterima di sisi tuhan yang maha kuasa. Amien." -sms yang tersebar semalam (Sabtu-26 Jun 2010) tetapi kesahihannya masih belum diketahui.

Berita mengenai video seks Ariel dan Luna Maya memang sedang hangat diperkatakan di Indonesia. Mukadepan suratkhabar di sana hari2 melaporkan tentang kes mereka berdua ni.
Tajuk seperti "Kerjaya Ariel dan Luna Menjunam" dan pelbagai lagi kata-kata negatif dijadikan tajuk berita. Sehinggakan liputan berita TV di sana menemuramah cikgu-cikgu sekolah Ariel. Kata cikgu Ariel-dia yakin itu bukan Ariel..Ariel tak macam dulu masa zaman sekolah dulu. Dia budak baik.

Dan polis pula menyangkal kata2 cikgu tersebut. Kata polis-dulu pun mereka tak tahu bakat Ariel. Tahu2 dah jadi penyanyi band popular.
Di Indonesia, berita2 yang dikeluarkan sangat details. Kalau ada kejadian mati lemas, siap ada gambar kronologi kejadian lagi. Kalau ada berita kemalangan jalan raya, no plat kereta, jenis semua dinyatakan dalam berita. Termasuklah no rumah di mana kemalangan tersebut terjadi. Semua diorang nak cerita.

Apapun memang sangat stress kalau menjadi berita hangat di Indonesia. Mereka tiada cover2 cerita. Semua dilaporkan sahaja. Sampai ada satu berita tu, Ariel sedang di interview dan kamera kena kepala. Tapi sebab dia dilayan seperti banduan, tiada siapapun kesah. Kesian jugak tengok Ariel keluar TV dengan memakai baju banduan dan bergari tiap2 hari.

Saya berjumpa dengan ramai kanak-kanak bergelandangan di tengah jalan. Sekecil 3 tahun sudah mula mencari rezeki. Jalan seorang2 pula tu. Ada yang menjual bulu ayam tanpa berselipar, ada yang jual makanan, dan bermacam kraftangan lagi. Kalau tiada produk mereka guna bakat yang ada. Ada yang bawa gendang kecil dan menyanyi ditepi2 jalan. Yang remaja sikit bawak gitar dan menyanyi di tingkap2 kereta yang berhenti dalam kesesakan jalan raya. Dan yang tiada produk, hanya gunakan bakat mereka dengan menyanyi. Begitu berusaha sekali mereka mencari rezeki. Tanpa segan tanpa malu, tanpa kenal penat dan letih mereka berkeliaran mengharap simpati orang ramai.

Seperti budak ni dia menjual makanan. Jalan sorang2 jauh2. Sedih bila tengok dia yang sebaya anak buah saya yang hari2 beli barang mainan baru.


Dan yang ini hanya menggunakan bakat menyanyi. Saya suruh dia nyanyi lagu Rossa. Dia tak tahu. Dia menyanyi lagu apa2 tah. Sedap jugak suaranya. Tak tahulah lagu tu sedih ke apa, tersentuh hati saya sehingga mengalirkan air mata. Sebelum sampai di meja kami, saya lihat dia ceria sahaja walau selepas menyanyi tiada orang menghulur duit. Tapi masa kat meja kami, air mata dia bergenang di tahan2 bila dia tengok saya dan mak menangis juga. Untungla kita dilahirkan di bumi Malaysia, susah2 kita...ada lagi mereka yang susah.

6 comments:

cikbedahlaser said...

sudah pulang ke rahmatullah?

hmmm...

ye..harus sgt bersyukur..sbb malaysia ni x la sesusah negara sekitar kita nih... alhamdulillah...

fazemy said...

Hanya ura2 sahaja. Tak tahu betul ke idak sms tu.

izzah said...

adik saya pernah ke jogja..dia citer kat sana mmg banyak sgt pengemis..pantang trafic light merah...berduyun org tadah tangan minta sedekah...bial kita kat luar pulak..kalau sorg dapat duit dari kita..yg lain confirm kejar kita..selagi tak dapat duit..selagi itu dorg mengendeng...agaknya betapa susahnya kehidupan mereka yer...

LotsOfLove-Pearls said...

erk..
meninggal?

hissss..
xgempar pun..

wah..
baru balik dari bercuti rupanya..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kesian budak2 kat sana..

xmcm kat negara kita..

bersyukur dgn apa yg ada..

Queen said...

betul kak emy..kesian kan..insaf kot...
tapi katmalaysia ni pun dahramai..cuma pengemis sini demand lebih