Thursday, December 24, 2009

Selagi Kita Hidup, Selagi Itu Ada Yang Tak Suka

Memilih kawan ibarat memilih untuk menaiki van jenazah atau ambulans. Jika ambulans, dia memberi kita harapan untuk teruskan hidup dan memberi kita semangat dalam menahan kesakitan juga keperitan hidup. Tapi jika kita memilih van jenazah, dia hanya sekadar kawan yang tak boleh nak buat apa, hanya melihat kehilangan kawan. Harini dia sedih, esok2 belum tentu dia ingat pada kita lagi.Kawan ada banyak kawan. Jika dia suka berkawan dengan kita, dia tidak akan sesekali fikir negatip tentang kita.
Kawan ada ramai kawan. Ramai kawan suka ke Majlis Perkahwinan kita, dan hanya 2,3 kawan yang mungkin akan hadiri Majlis Pengebumian kita.


Ada kawan suka lihat kita bahagia, tumpang bangga dengan kejayaan kita. Tapi ada kawan suka ambil tahu hal kita, tetapi sekadar ingin mencemuh kita.



Tapi bila kita mati, kawan hanya tinggal kawan. Kawan yang baik sekalipun tidak sanggup menemani kita di dalam kubur kelak. Kawan datang dan pergi. Yang pasti bila tiba saatnya nanti, kawan hanyalah kenangan.


Al-fatihah buat arwah Mok Nik(makcik) saya yang telah pergi kerahmatullah pada Ahad lepas.
:::Setiap hari ada ramai bayi yang baru dilahirkan di dunia ini. Begitu juga dengan kematian. Dan kita pun bukan hidup keseorangan di dunia ini. Jadi jagalah hati kawan, selagi nyawa kita dikandung badan. Al-fatihah.

14 comments:

mYpRecious said...

Al-Fatihah..

setiap yg hidup tu pasti mati..

Queen said...

yup..kene hargai kawan....dan kawan yg bagus juga akan tegur sesama kawan kalau buat salah... jd nya sama2 muhasabah diri dan saling perbetulkan...

kene jaga hati selalu. Sebab tu agaknya nik tak sanggup de kawan baik ramai2... biar berkawan semua..tapi tak terlalu rapat.. bila terlalu rapat, banyak benda yang perlu di jaga... or else jadi gadoh2..and its not good for u...

huhuuhu..masih lagi rasa down

Diamilikku said...

i like this entry..really like it....
nanti i cilok yer nak letak kat FB...hehehhehehehe...

al fatihah...moga rohnya ditempatkan bersama org2 yang beriman...

fazemy said...

Rafidah-yup. hidup kat dunia ni hanya sementara.

Queen-Hehe ko ni Nik. Kasi up skit. Biarkan mereka tu, janji ko hdp bahagia sudah.

Diamilikku- Ok ok. takde hal..apatah lg watermark. kekeke

saypOOL rafhtello said...

takziah...
alfatihah...
semoga roh dicucuri rahmat..

@cu SaYaNg said...

Al-Fatihah untuk arwah

naz ilyn said...

salam..Al-Fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman..aminnn.

harapnya kita sentiasa berbuat baik kepada sesiapa pun dengan rasa ikhlas tanpa sesekali meminta balas.

Dee said...

Al-Fatihah utk mokcik emy..moga rohnya dicucuri rahmat..dan ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..

kakngah said...

al-fatihah.

Tie said...

Alfatihah, dan takziah dari kak tie.

Kujie said...

Al-fatihah

hidup ini singkat, jadi beringatlah

kakchik said...

innalillahi wa inna ilaihi rajiun.
semoga Allah cucuri rahmat ke atas ruh arwah.
takziah ya emy.

fazemy said...
This comment has been removed by the author.
fazemy said...

Terima kasih semua.