Wednesday, December 16, 2009

Perempuan! Bawak Kete Tolong Jangan Berlagak Sangat..

1- Saya selalu lihat. Dalam situasi kesesakan lalu lintas yang amat sangat, sebuah kereta yang biasanya dipandu seorang lelaki memberi signal untuk mencelah dihadapan kereta seorang pemandu wanita. Haram nak diberi jalan oleh pompuan tu. Jangan kata nak break, semakin ditekan minyak rapat ke kereta depan. padahal bukan dapat laju kemanapun dalam kesesakan tersebut.

2- Saya lihat bila tiba dipersimpangan jalan. Perempuan tu tak reti nak slowkan kereta nya. Memangla kalau ikut undang2 jalan raya kereta yang dijalan utama berhak lalu dahulu. Tapi bila laluan utama sesak, tak salah kan kita bagi laluan pada orang yang ingin keluar dari simpang jalan dahulu.

Gambar hiasan : Drag Me To The Hell.


3- Saya selalu lihat. Pemandu perempuan suka guna honk. Bukan sekali ditekan honk nya itu. Bertalu2 umpama ini kes emergency. Cepat bagi laluan. Saya nak lalu. Tak takutkan anda jika orang yang anda honk tu naik angin esok2 jumpa kereta anda di pecahkan cermin atau mungkin lebih teruk lagi kejadian boleh berlaku pada anda. Jadi jangan sesekali gunakan hone anda itu. Biarlah orang lain salah pun, masuk laluan anda atau apa sahaja, biarkan. Bersabarlah...terutama pada sikap mat rempit di jalan raya. Jangan dicabar mereka, kelak anda yang merana.

4- Perempuan kalau bawak kereta takdela terer sangat. Tapi nak berlagak. Pantang ada orang potong kereta dia nak potong balik. Haihhh dah macam kes kereta berhantu dijalan raya perempuan nih. Pantang dipotong. Padahal masuk parking pun tak center. haha.

5- Perempuan kalau bawak kereta kemain berlagak. Siap pakai spek mata hitam lagi. Baget orang pandang la diorang tengah drive tu. Apakejadahnya memakai spek hitam di malam hari? Buang tebiat..buang tebiat...

6- Perempuan kalau bawak kete, mesti nak laju je. Habis bonggol kat jalan raya dilanggarnya. Mana aligment screw kereta semua tak lari. Bila kereta rosak, ditanya apa yang rosak...hurmmm haram tak tahu. Hantar bengkel, kena charged mahal redho je. Nak buat camne..bodoh punya pasal. Seb baik tahu macam mana nak isi minyak kereta, kalau tak tak bergerak la kereta tu. xoxo

7- Perempuan bila nak masuk dalam kereta saja je lambat2. boleh plak kadang2 tu siap kibas2 lagi karpet kereta. Well nak bagi orang tengok "this is my car". Sedangkan peratus untuk kena ragut ketika baru masuk kereta adalah amat tinggi. tak bolehke masuk kereta laju2, start enjin dan terus lock kereta. Nanti sampai rumahla kalau ye pun nak bersihkan kereta tu.

8- Perempuan kalau bawak kereta kemain berlagak. Kalau orang lain silap dan angkat tangan kemain menjeling 90darjah smpai nak terkeluar bijik mata. macamla kesilapan orang tu besar sangat. Nasib dia tak langgar ko mati je tau.

9- Perempuan kalau parking kereta memang sukati. kadang 2 tempat parking dia parking sorang2. haishh sukati makcik je. pastu masuk parking, keluar parking kemain terhegeh2. Lembab!

10- Perempuan masa memandu kancil tahap berlagak dia kecik macam kancil. Dapat drive kereta besar sikit macam kereta perdana, level berlagak dia naik lagi. Bila memandu kereta Honda City atau Vios..pastu duduk plak dekat rumah flet yang majoriti mampu memandu plg komanpun BML baru, tahap berlagap naik lagi. Kalau masuk area parking kawasan rumah, slurp slurp laju...konon kereta paling power di situ. Padahal di parking itulah budak2 selalu bermain berlari sana sini. Itu belum cerita tahap berlagak perempuan yang memandu Harrier...Bimmer dan seangkatan dengannya...kalau boleh nak bukak tingkap luas2. biar semua orang tgk, terutama ketika di traffik light...dengan rambut warna berkarat kehitam2an ditiup angin, pandangan dilepaskan keluar. Biar semua orang tengok. Aku mampu memandu kereta ini. Tiba2 terdengar budak mat rempit yang berhenti disebelah berkata "Kereta mahal2, gas aircond pun tak mampu nak isi..."...

11- Perempuan kalau dapat memandu dipikirnya dia sudah terer memandu. Semua orang salah semua orang lembab. tapi mujurlah perempuan lebih berhemah sikit dari lelaki. Sebab itu kadar kemalangan melibatkan pemandu wanita kurang. Perempuan...kalau memandu tu janganla berlagak sangat.


:::Heeee...Just talking about myself.xoxo. Tahniah kepada adikku Ira yang baru sahaja lulus ujian memandu JPJ. Terimalah sebijik kancil dariku dengan ucapan ko sambungla bayar plak bulan2. Setahun je lagi hutangnye. Huhuhu

8 comments:

eya said...

pompuan bwk kete mmg berlagak sket..ish3..

~~~ kay ~~~ said...

x semua pompuan macam gituh kan...
(^_^)

Queen said...

ye...ramai yang berlagak..tapi laki pun ape kurangnyer...benda tu sbenanrnya pada kita..lelaki drive kurang hajar.... tak berhemah....
bahaya...buli org...

pompuan plak...berlagak...adeh...

nak ngaku pompuan segan...nak ngaku lelaki mak aih simpang 14....
in the middle la jawapnya...


wengweng

Diamilikku said...

hahahaha...
berlagak itu style...
style quality dan keunggulan...

kakngah said...

dush!!! ada la aku terkene sebijik dua.. huhuhu!!

fazemy said...

Owhh korgla makcik2 tu yer. Haha

Dee said...

x semua..baik lelaki baik pompuan..tp majoritinya gitu kot..hihihi..

Anonymous said...

Simply wish to say yоur article is аѕ
amazing. The сlarity to youг publish is just
exсellent and thаt i coulԁ think
you аre a pгofеѕsional on this subjeсt.

Well with yοur permіsѕion let me to grasp
your fеed to keep up to ԁate with cоming near nеar post.

Thanκ you one million аnd pleaѕe continue the gratifуing wοrκ.


My wеb blog - Online Payday Loan
Also visit my webpage ; Payday Loans