Tuesday, September 15, 2009

Gambar yang menyentuh perasaan hari ini..

Sedihnya baca berita mcm ni. Korang smua hati2 di jalan raya yer nanti. Sesungguhnya setiap yang ada pada kita ini hanya pinjaman dari Allah semata2. Bila Allah nak ambik..dia akan ambil bila2 masa dan dgn apa jua cara. Termasuklah nyawa kita.

JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal yang cuba bangun selepas terjatuh dari motosikalnya sejurus bergesel dengan sebuah lori, meraung sekuat hati apabila menyedari kedua-dua kakinya hancur digilis tayar kenderaan berat itu.Dalam kejadian kira-kira jam 4.10 petang semalam di Kilometer 9, Jalan Skudai menghala pusat bandar berdekatan pejabat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) di Bandar Baru Uda di sini, mangsa dikenali sebagai Arief Ftri berusia awal 30-an, meraung menahan kesakitan akibat parah pada kedua-dua kakinya selain sedih kerana kudung.Sebelum itu, mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan berat dipercayai lori dari arah sama menyebabkan dia terjatuh sebelum kedua-dua kakinya digilis tayar belakang kenderaan berkenaan.Dalam keadaan menyeksakan itu, Arief cuba ditenang beberapa pengguna jalan raya sementara menunggu ketibaan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang menghantarnya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk rawatan.

16 comments:

Queen said...

masyaAllah..mintak dijauhkan dari segala malapetaka.....

takziah utk mangsa dan keluarga..

Unknown said...

salam alaikum emy. memang menyayat hati melihat takdir Allah ke atas pemuda tu. kakchik tak berani nak baca beritanya bila nampak s/khabar pagi tadi. semoga Allah menjadikan beliau seorang yang tabah. trauma memang amat besar nanti. moga2 keluarganya akan sentiasa di sini membantu menguatkan semangatnya.

Fazemy said...

Itulah..kesian dia. dah nak raya ni. kaki pulak takde. camne la nak harungi hidup lg. pastinya segala2nya tak kan sama lg..

~mrs azmi~ said...

sangat menghibakan!

Izzah said...

Nauzubillah..
Ya Allah..seramnye...
kalau Allah nak tarik balik..sekejap jer kan..
emy,
hati2 juga di jalan raya..
biar lambat asalkan selamat..
jaga diri baik2...
ingat org2 yang sayangkan emy ok!

Kay said...

ALLAH maha besar...

anyway nak ucap;
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI 1430H
MAAF ZAHIR DAN BATIN

ain said...

Ya Allah...kesiannya!! semoga dia tabah dgn dugaan Allah ini!

siti said...

sy pon tersentuh :(

Darling Pya said...

masa acu baca semalam...ngeri betullll...semoga kita dijauh kan dari malapetaka nie...

Dee said...

MasyaAllah..berdiri bulu roma aku baca..dhlah smlm anak buah aku jatuh motor..mintak dijauhkanlah perkara2 buruk mcm ni..amin..

attyfir said...

MASYA ALLAH ...TAKUTNYA..SIAN PEMUDA TU..HARAP DIA TABAH..

selamat hari raya ..andai ade terguris perasaan..terkecil hati..harap dimaafkan ..sepanjang berblogging..

Dearie Pearls said...

Salam Emy,
Salam Aidilfitri daripada LOL utk Emy sekeluarga.

*Tak tahan nengok tragedi itu.
Parah..

Mintalah dijauhkan..

Emy take care okey..

cheryna zamrinor said...

adoiii....kesiannye...kadang2 sakit tuh tak rasa...tp bila dah nampak baru lah nak rasa. semoga mangsa nieh tabah la...dah nak raye plak nieh..

* selamat hari raya dan maaf zahir batin kepade tuan punya blog:)

S u H a I d A said...

takut!

Dearie Pearls said...

Aku saja nak banyakkan komen aku utk bulan 9..
Aku nak naik carta nie..
Patot ko jangan copy dulu sehingga mlm nie.
Hahaa..

Anonymous said...

RzsRun http://kuroebaggu.com/ HueTrg [url=http://kuroebaggu.com/]クロエ[/url] SyePxv http://saiyasunerubutan.com/ YztJbt [url=http://saiyasunerubutan.com/]クリスチャンルブタン ブーツ[/url] XgxJne http://mcmhannbai.com/ BffMnr [url=http://mcmhannbai.com/]MCM バッグ[/url] JqdPwc http://vuittonkakaku.com/ XelQco [url=http://vuittonkakaku.com/]ルイヴィトン マフラー[/url] AbxIil http://chloenihon.com/ IcsFsp [url=http://chloenihon.com/]クロエ 店舗[/url] RbvHta http://louboutindendou.com/ LtlZox [url=http://louboutindendou.com/]クリスチャンルブタン 財布[/url] RqzCzn http://guccisenmon.com/ JuuEvf [url=http://guccisenmon.com/]GUCCI ショルダーバッグ[/url] EoqEup http://tuminihoo.com/ VbqIri [url=http://tuminihoo.com/]TUMI 26141[/url]