Sunday, September 13, 2009

Harini Saya Hepi Sbb Nak Jumpa Dila Montel..Yeyyyy


Puasa ni saya tak jumpa kfc lagi. Biasa tergila2 nak mkn kfc. Hehe. Mungkin sbb En Husband takde kot. Jadi tak tahu nak menggila dgn sape mintak blanja kfc. Kfc akan lbh sedap dan lazat di makan bila ada org yg blanja. Sengeh.


Tak sabarnya nak tggu husband balik. Lagi 5 hari. Huwaaaa..lamanya. Walau saya dah biasa keseorangan tp lain rasanya bila tiada husband unt mengadu di sisi. Lg satu sbb nak mengumpat. Dia kat sana..takkan la nak calling2 dia unt mengumpat kan. Lgpun tak baik tau mengumpat di bulan puasa ni. Kurang pahala. Dan berdosa. Dan wanita yang paling byk dalam neraka kelak adalah mereka yang suka mengumpat. Nauzubillah..mintak dijauhkan..


Dalam Ramadan ni..saya berkesempatan berjumpa beberapa kwn yang dah lama tak jumpa. Klw last jumpa pun time saya kawin dulu. Tu pun mana ada sembang2 kan. Maklumlah saya tgk sebok dan tak sabar2 nak kawin masa tu. Then jumpa baru2 ni mcm2 ceritalah yang kluar. Antanya yg buat saya percaya bahawa
"SETIAP MANUSIA TU ALLAH DAH TENTUKAN REZEKINYA..JODOHNYA...DAN AJALNYA..STIAP ORG PASTI AKAN DPT 3 PERKARA NI..CUMA CEPAT DAN LAMBAT SAHAJA..KITA MAMPU MERANCANG DAN ALLAH JUA YANG MENENTUKAN SEGALANYA".


Saya agak terkejut bila dgr cerita :

1) Kawan saya yang dah ada 2 orang anak beraya seorang diri tahun ni setelah diceraikan suaminya. Nasib msg2...tp tringt lg saya akan kebanggaan dia berkahwin dgn suaminya dulu. Siapalah saya unt dapat lelaki kaya dan berupa seperti itu. Saya khilaf diri saya. Dan smua saya much2 more better then her husband tuh.


2) "Aku seronok sangat. Tgk aku dah pregnant dulu dari ko. Itulah ko tak pandai main..hahaha". Walau dlm nada bergurau saya agak terasa masa dia ckp dgn saya masa tu. Tp just ignore it. Lama saya tak dgr cerita psl dia. Ingat dah bersalin la. Rupa2nya 2,3 bulan lepas tu dia keguguran..dan skrg status dia sama dgn saya. Married but still waiting for cahaya mata.


3) Beberapa rakan saya di ambil rezekinya..seperti seorg kwn ni kereta nya baru di curi. Hemm..hilang sudah kereta kebanggaan diri. Nak kena start kumpul duit balik beli kereta baru lagi. Insurans cover pun 10% mcm tu je.


Kesimpulannya : Apa2 pun pemberian yang Allah bg kat kita ni...jgn kita riak..jgn kita takbur. Ini rezeki yang Allah beri. Syukurlah ada dan berusahalah jika tiada lagi. Hidup kita kat dunia ni hanya sementara, yang kekal hanya di akhirat sana. Stiap segalanya di dunia ni adalah pinjaman semata2..untuk menguji tahap keimanan kita. Sentiasalah bersyukur agar kita tak lupa yang kita hanya hamba biasa di sisiNya.


:::Seronok saya bila kakak ipar call mintak no akaun bank. Haha. Dia ingat saya ni anak yatim agaknya nak sedekah2 di bulan Ramadan. Tapi syukur sangat..rezeki saya lagi. Dia risau saya tak mkn kat rumah..maklumla suami takde di sisi..Tapi kenapa saya tak kurus2 pun puasa ni. Huu.


:::Haritu saya iklankan jualan kuih dlm mudah.my untuk geng2 mak saya yang suka buat kueh tp hantar kat gerai bwh rumah ptg2. Income diorg klw hbs kueh tu hbsla. Klw hari hujan takde org beli, kueh akan di return dan haritu takdelah incomenya. Saya suka part tu sbb nnti makcik2 tu akan bg kueh yang tak hbs tu kat saya. Yeyyy dpt mkn kueh free. Haha. Dan haritu ada sorang tokey Nyonya Kopitiam call saya..deal everythings dan confirm lepas raya ni makcik2 tu dpt tender buat kueh, nasi lemak bla bla untuk Restoran Nyonya Kopitiam kat Wangsa Walk Mall. Dahla cina tu ambik harga mahal..tak nego2 dah. Bagus2. Sebijik kueh dia ambik 40sen coz dia jual pun dlm 80 sen ke atas. Dan yang bestnya no kueh return. So pendapatan mereka akan tetap tiap2 hari. Seronok Cik Pah. Dan saya pun seronok juga dapat jd org tgh...walau saya lupa untuk mark up kueh tu jd 50 sen. Keh keh.


p/s: Smlm husband ckp dia belikan 2 psg jubah unt saya. Nampaknya baju kebaya bandung yang saya beli mahal2 tu akan hanya berada di dlm jubah la agaknya raya nnti. Takpe2...bila time bergambar boleh bukak. haha. Kejam.

11 comments:

Unknown said...

salam ramadhan emy.

banyak pengalaman orang yang boleh kita jadikan iktibar.

pengalaman sendiri pun jika dianalisa dengan baik akan menjadikan diri kita semakin rendah diri dengan Allah. siapalah kita untuk berbangga-bangga kan.

amboi... bagusnya suami dia belikan 2 helai jubah. sayangkan isteri dimanjakan, tentu seronok, hehe.

Dearie Pearls said...

pelbagai kisah..
pelbagai cerita..

ada yang baik, ada yg tak baik..

apapun terus sabar utk dapatkan baby..

hehhe

Hanisumayyah said...

Insyaallah ada rezeki adalah baby tu...saya pun tengah usaha juga menambah ni...dah 6 tahun usaha masih blom berhasil...

Ana Lyana said...

hehehe...emy emy..ko punye tulisan, kadang2 buat aku terbayang sekali dgn gaya ko cakap..hikhik

sedih dgn nasib yg menimpa kawan2 ko..
tula kan..what u give u get back..
minta maaf ye kalau aku ade buat ko terasa hati pasal pregnen2 ke..ape ke...
aku pun setelah dinasihatkan oleh org yg lbih tua dr aku, aku jadik tak excited sangat pasal pregnen ni..
takut kang lain yg jadi...
anggap je masih takde rezeki ko mi..

ieyla said...

Salam....seronoknya suami belikan 2helai jubah....sayangnya cik abang kat akak nye...Salam lebaran...:)

mama uzma said...

bagus cita ko ni nob...
leh jadikan iktibar...
kadang2 kita selalu terlepas
pandang tanpa kira perasaan org kan..sentiasa bersyukur seadanya..


Nob..
bestnya dapat jubah..
2helai lg..cantik2 tau jubah kat sana..sedap pakai...iena ada satu mil bg masa buat umrah kat sana..hihi

MaZNi PutERi said...

emy,
rezeki masing-masing kan. ada cepat, ada yg lmbt. semuanya ada sebab. yg pntg, b'syukurlah ats apa yg kta ada kan...

Dee said...

betul emy..jgn riak jgn takbur..dh dkt mulut pun lum tentu kita pya..

fazemy said...

hehe. kwn2 nih. Psl baby not big matter la for me. We all pun bkn nak cepat pun. Cuma tak suka org perli2 nih..lg2 makcik2 yg akan dijumpai ketika musim raya nih. Adeeehhh. Susah nak ckp dgn org pemikiran singkat nih..kang ckp lebih2...trasa...kecik hati..merajuk. Apapun zaman skrg ni bkn cam zaman dulu ada org mandul. Zaman skrg mcm2 teknologi blh kita usahakan unt dpt anak. Plg koman BIODEX kan ada. Huhuhu. Cuma nak taknak je. Janji kena ada usaha. Benda tu small topik la..serius tak ambik hati..cuma tulis coz masa dia perli saya kecik hati..tahu2 dia pun takde anak jgk. Sbb sumpahan sayakah? haha. Tidaklah..

p/s: Liana..dont wori..aku takde trasa okeh. Serius weyyy aku bkn manusia yg terlalu extrem inginkan anak on the sport. keh keh. Apapun anak tu rezeki Allah. Dan anak tu penting yg akan doakan kita bila dh mati kelak. Anak tulah warisan kita...sian aku dah tua esok2 klw takde anak nk dtg beraya kat rumah. Sob sob. Kesian kan. hehe

fazemy said...

Psl rezeki pun..klw ckp psl rumah besar..rumah blh runtuh..blh di bawa arus tsunami..ckp psl kereta..keteta blh di curi. Hah tu lah 2 perkara yg org suka bangga. Bila jumpa tanya. Ko beli rumah kat mana? Ko pakai kete apa skrg nih? Grrrr...tak tahu ke tu smua pinjaman. Pinjaman dari Allah buat kita. Dan juga pinjaman bank ok. Tak setel2 aku byr! Hehe

Izzah said...

dalam dunia nia ada banyak kisah..
ragam manusia..
yang baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan..

emy,
baju kebaya tuh still leh pakai..tayang depan hubby...;)