Thursday, September 10, 2009

Gubahan Bunga

Saya dah jarang2 post new entry kan kat blog nih. Alah takpe sbb ramai je masuk blog saya ni hari2. Ceeewah berlagak plak dia. Huhu. Saya tgk blog saya menjadi carian org yg nak tgk gubahan bunga la..design langsir la...hehe. Tak sia2 dah siapkan posting2 penting menyambut hari lebaran tu awal2. Jadi bln puasa ni saya rileks je. Duit nuffnang tetap jalan. Haha.

Pejam celik pejam celik dah 20 hari kita berpuasa. Time2 puasa ni mcm2 makanan sedap yang jarang2 dinikmati dapat kita nikmati. Padahal tak puasa pun ada makan jugak. Haha. Tapi nikmat dia lain la. Yang tak sedap pun kata sedap. Lapar punya pasal.



Alhamdulillah..rezeki saya murah sangat2 bulan puasa ni. Walau berpuasa tanpa suami di sisi..ada je rezeki saya. Rezeki yang dtg tanpa di duga. Bermula dgn hasil jualan kat blog saya yang sangat laris. Terima kasih kepada En. Azman dan Puan Wirda yang 2kedua-duanya dari Sarawak. Habis diborongnya baju2 yang saya jual tu. Siap kena jahit yang lain lagi untuk diorg. Kata mereka baju2 kat Sarawak mahal2..mereka ambik kata saya dgn harga RM80 sehelai, kat sana diorg jual RM120. Wahhh sangat menguntungkan. Dan saya juga untung. Takdelah dapat sebalang tat nenas je seperti yang dijanjikan tu...dgn pokok2 nenas saya dpt. Haha. Syukur.


Lepas tu bos saya pulak dgn muka yang ceria dan tanpa perlu di bodek2 telah meng-approved bonus untuk raya...horey horey! Tak sangka tu mmg tak sangka coz dah la dgn project tak byk sangat tahun ni...then kitorg rasa mesti bos bg bonus stgh bln je plg tidak. Alih2 apa yang kitorg dpt lebih dari yang diharapkan. Syukur sekali lagi.



Hari2 saya makan sedap ketika berbuka puasa..sehinggalah saya ke Nilai 3 bersama kawan saya Hanis dan Syafa pada hari Ahad lepas. Saya teman Hanis shopping barang2 kawin dia. Sangat meletihkan jalan dari hujung ke hujung. Saya dah pergi Nilai 3 tu dalam 3 kali dah. tapi tak pernah sekalipun habis pusing semua kawasan. Tapi dengan Hanis dan Syafa seluruh pelusuk Nilai 3 tu kami teroka. Haha..dah la dgn cuaca panas..puasa plak tu. Kurus saya haritu. Tapi tidakla kami masuk smua kedai.


Sehinggalah jam dah pukul 6.30petang baru terhegeh2 nak pergi semayang asar. Yang kelakarnya kami betul2 dah keletihan. Nak pergi cari makanan mmg tak larat dah. Lepas solat kami berbaring sementara menunggu maghrib. Elok2 nak dekat maghrib, jemaah lelaki berbangsa Pakistan or Bangla cam tu la rupanya hidangkan kat kitorg makanan. Cekodok mamak, buah2an..roti nan dan air oren sejuk. Diorang siap minta maaf lagi coz takde nasi nak hidang kat kitorg. Haha. Sweet sangat masa tu.
Saya ni takdela suka sangat makan makanan mamak tu..dan unt pertama kalinya saya rasa sedap smua makanan2 yang diorg bg tu. haha serius betul2 lapar. Time keluar nak pergi berkumur, terkejut kitorg tgk kat luar surau Nilai 3 tu ramai Bangla dan Pakistan tu tgh makan. Dah mcm kat negara diorg lak. Kitorg cam pelancong asing lak kat situ. Apapun..cara berbuka puasa haritu akan saya ingat sampai bila2. Sangat menyentuh jiwa. Touching.



Ok ni saya snap beberapa gambar gubahan bunga. Khas unt mereka2 yg masuk blog saya nak tgk contoh gubahan bunga.









Dan saya jumpa ni. Gubahan hantaran dari warna feveret saya. Cantiknya...


Dan ini warna gothik. Mcm2 la org zaman skrg ni. Pelik2 warna ada.

Set cadar pengantin. Sbnrnya nak ambik gambar bunga kiri dan kanan katil tu..tp nk tangkap takut2..yang ni je dapat.


Dan inilah Hanis..bakal kawin bulan 10 nih. Ok masuk kedai karpet bkn beli barang dia yer..barang saya. Hanis ngn Syafa tension je klw saya masuk kedai2 barangan rumah..diorg dok melanguk je tunggu saya pilih. Nak beli sekali tak tahu nak letak mana..itulah..suruh kawin cepat tak mau. Haha.

10 comments:

LotsOfLove-Pearls said...

wah emy..
memang murah rezeki ar..

nak share boleh tak?

hehhee..

Queen said...

macam mana nak buat bagi orang klik kita dapat duit kat nuffnang kak emy?tolongla ajarkan...

arryani said...

Masyaallah...

lawa nye bunga2 tu...

dapat plak amik gambor..kalo kat sini, jgn harap dorang bagi amik gambor..

fazemy said...

LOl- boleh..nnti raya jemputla dtg rumah.

Queen - Tak tahula Nik. maybe diorg terklik kot. tp selagi blog kita ada pembaca..selagi tu duit kita jalan.

Arryani -Kat Nilai tu takpe tangkap gambar..cuma segan org lain tgk..mcm batak plak budak nih org kata. haha.

ain said...

Alhamdulillah...murah rezeki!!!

fazemy said...

Alhamdulillah Kak Ain..rezeki anak2..erh saya mana ada anak lg. haha.

nekPP said...

amboiii sakan jalan2 nak raya yerkkk...

alhamdulillahhh murah rezekii..errr jgan lupa angpow hijau kat nekpp tawww ahaks...

atty's said...

rezeki ye emy..kadang warga asing lagi berbudi bahasa dr kaum kita sendiri..

honeysour's blog said...

cakap ngan hanis, jgn lupe jemput aku tau...

Akmaelinda said...

nuffnang tu cmner emy!nak buat duittttttttt jugak!