Kalau ambil anak angkat dekat rumah kebajikan pun sama. Kebiasaannya ibu bapa angkat taknak diketahui ibu bapa sebenar di mana anak mereka. Pastu pandai2 lak letak bin atau binti nama sendiri. Takut esok2 budak tu dah sekolah diejek kawan2 nama ayah atas buku tak sama dengan nama ayah dia.
Ada orang takut nak ambil anak angkat dari rumah "bayi luar nikah" tu. Sebab takut budak tu membesar jadi macam mak ayah dia. Moral tak elok. Tapi bagi saya yang penting didikan dan asuhan. Kalau budak tu anak india, kita besarkan dia dengan cakap melayu, tidak ler budak tu boleh cakap tamil pun. Samalah macam budi pekerti dia. Walau dari baka yang tak elok sekalipun, kalau dah dididik di asuh dengan baik, insyaAllah soleh dan solehah lah jadinya. Anak umpama sehelai kain putih, kita ibu bapa penjaganyalah yang akan mencorakkan kain putih tersebut.
Baby obersiti ni nama dia Nurul Haziqah Husna. Bakal gadis melayu musim ke 200. Itupun selepas dia masuk program The Biggest Loser la. Kalau tak, belum tentu lepas ujibakat gadis melayu ni. Hehehe.
Ini sebenarnya anak sepupu saya. Baru berusia 2 bulan dengan berat terakhir ditimbang ialah 6.1kg. Mungkin dah 7kilo kot sekarang ni. Kemain berat nak dukung dia. Takpe dia baik je. Tak banyak ragam. Nak dengar dia menangis pun susah. Kerja dia makan tido makan tido. Mana tak gemok. Suruh exercise malas. Haha.
Saya mintak baby ni dari sepupu saya tu. Selain mempunyai berat badan yang sama macam Husna, semua cakap dia ada iras2 saya. Tang pipi tu lah. Sama2 tembam. Haha. Masa saya dukung dia semua orang ingat Husna ni baby saya. Cuma slek tang mata la. Asal kau mata tak sepet cam Cik Ngah jugak Husna oiii.
Aduhaiii..comel giler Husna ni. Rasa nak lempang2 je pipi dia ni. Dahla bila orang cubit pipi dia tak kesahpun. Cubit kuat2 pun dia tak nangis. Baik betul.
Sepupu saya kata nak ambik Husna ni boleh. Bayaran dia adlh setelkan payment rumah yang dia tengah buat. Sekarang ni baru naik tiang je rumah tu. Belum sempat saya mintak diskaun, dia cakap lepas rumah tu siap dia ambik balikla Husna ni. Janji rumah dah siap. Hahahaha hampeh!
Saya kalau nak ambik anak angkat saya nak kenal mak bapak budak tu. Nak keep in touch. Dalam 3 bulan sekali bawak budak tu g rumah mak bapak kandung dia. Boleh makan nasi free. Hehe.
Tetiba Mak Su saya yang ada anak 5 offer anak dia. Ko ambikla Hiiran ni. Bayar 2 ringgit pun jadilah. Hiiran, anak sulung Mak Sue saya. Tahun ni sepatutnya tingkatan 4, tapi dah tak sekolah. Sebab asyik ponteng last2 kena buang sekolah. Huhh kalau budak besar ni dibuat anak angkat, dengan aku aku terangkat. Nak lentur pun dah jadi kayu. Tak boleh pakai. Buat unggun api boleh la. Huu.
Ini Humayrah. Masa dia kecik pun saya nak ambik dia jadi anak angkat. Nak ambik baget yang comel2, putih dan obersiti je. Kalau baby yang slim2 yang jaga badan ni tak mau la. Orang kurus-kurus ni bukan cantikpun. Haha. Dengki.
Humayraa ni cerdik. Hasil pemakanan spirulina sejak dari dalam kandungan. Sebuk mintak ngn mak dia nak dukung baby gemok. Dia geram.
Sekarang ni Humayraa dah makin petah bercakap.
"Nenek nama ape?"
Humayraa: "#%^*^$jahhhh.."
Dengar bunyi yang belakang je. Yang depan tak jelas.
"Atok, atok pulak. Atok nama apa?"
Humayraa : "Tengku Sulaiman"
Wakaka...kitorang gelak golek2. Sukati ayah saya je ajar nama dia ada Tengku kat depan. xoxo
